Home » » Rancang bina 5,000 unit lagi rumah kos rendah

Rancang bina 5,000 unit lagi rumah kos rendah

Written By aku on Tuesday 5 January 2016 | 8:25 pm


BESUT - Kerajaan Terengganu akan membina 5,000 unit lagi Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) dalam tempoh sebelum pilihan raya umum ke-14.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pembinaannya akan bermula selepas selesai pengagihan sebanyak 6,577 unit rumah RAKR yang dibina sebelum ini.

Beliau berkata bagi mengelak kerosakan ke atas rumah yang telah siap dibina, beliau telah mengarahkan Bahagian Perumahan dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menyelesaikan segera agihan rumah tersebut, selewat-lewatnya Mac ini.

Ahmad Razif berkata biasanya kerosakan berlaku ke atas rumah yang tidak berpenghuni dan vandalisme.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika melawat projek perumahan PMINT di Kampung Padang Luas di sini hari ini.

Katanya, kini terdapat 6,577 unit RAKR yang telah siap di seluruh negeri ini dan 5,841 unit daripadanya telah ditawarkan kepada orang ramai.  - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger