Home » » Tamatkan Khidmat Pegawai EIO Tergesa-Gesa; Pengurusan Top IT Tidak Pro – Mantan CEO

Tamatkan Khidmat Pegawai EIO Tergesa-Gesa; Pengurusan Top IT Tidak Pro – Mantan CEO

Written By aku on Thursday 7 January 2016 | 1:37 pm


TERIMA KASIH MB...EIO
“Kami masih berkhidmat seperti biasa sebagai EIO Pegawai Teknologi Maklumat dan berterima kasih kepada kerajaan negeri, khususnya MB,” kata Mohd Salman bin Mohamad, 33.
Beliau seorang yang begitu komited dalam tugasnya dan kini ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman.
Sebelum ini kata Salman, beliau bertugas sebagai EIO di Sekolah Kebangsaan Wakaf Tapai, Marang Terengganu, khususnya dalam memantau e-Book yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri pada waktu itu.
Beliau berharap tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri kerana telah banyak nikmat yang diperolehi melalui pekerjaan secara kontrak dari tahun ke tahun sebelum ini.
Bagi rakannya, Faizol bin Azami, 33 tahun menyatakan memang terdapat rakan-rakannya yang gagal disambung kerana bila sebut lantikan kontrak:
“kami perlu memahami sama ada akan disambung atau tidak terpulang kepada pihak majikan, terutama berdasarkan penilaian prestasi.
Beliau merayu dan berharap beberapa orang rakan sekerjanya yang masih belum disambung kontrak agar membuat rayuan kepada kerajaan negeri, khususnya melalui syarikat yang melantik mereka Top IT sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Menteri Besar Terengganu di Besut baru-baru ini.
“Janganlah terpengaruh dengan parti pembangkang, dulu pembangkang juga minta kerajaan negeri hapuskan e-Book, kini mereka pula seolah mahu menjadi jaguh untuk membela kami,” kata Faizol yang berasal dari Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu.
Faizol kini ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan.
Penulis difahamkan ada segelintir di kalangan mereka bermasalah dan tidak berdisiplin yang akhirnya tercicir dalam proses penyambungan kontrak.
Bagaimanapun dari semasa ke semasa difahamkan kerajaan negeri akan memberikan peringatan supaya mereka memberi tumpuan dan komitmen pada tugas berkenaan setelah disambung perkhidmatan tahunan mereka.
Penyelia dan pihak pengurusan TOP IT akan menilai mereka setiap tahun; oleh itu mereka mestilah menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi walau di mana sekalipun di tempatkan.
Faizol berkata, langkah Menteri Besar membenarkan rayuan dibuat untuk dibuat penilaian amatlah wajar dan beliau bagi pihak rakan-rakannya mengucap terima kasih atas kecaknaan dan kesungguhan MB dalam membantu EIO dan Juruteknik Komputer (TSO).
Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman
Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) yang tidak disambung kontrak sejak 31 Disember 2015 boleh mengemukakan rayuan kepada TOP IT bagi dinilai semula prestasi semasa mereka.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata rayuan mereka akan dinilai oleh panel penilai Top IT berdasarkan prestasi kerja mereka sebelum ini
‘Mereka boleh membuat rayuan dan kita akan lihat balik (prestasi) mereka’
‘Kita buat penilaian berdasarkan KPI iaitu 60 peratus daripada (laporan) penyelia dan 40 peratus oleh CEO Top IT sebagai penilai kedua.’
Faizol berharap rakan-rakannya segera membuat rayuan dan jangan sekali-kali bersengkongkol dengan pembangkang yang hanya mahu menangguk di air yang keruh.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger