berkata kebanyakan kenderaan terbabit dibawa masuk dari negara jiran dan dibeli oleh rakyat di negara ini. Beliau berkata, pihaknya merampas pelbagai jenis kenderaan mewah yang diseludup masuk ke negeri ini oleh sindiket tertentu kerana mendapat sambutan daripada orang ramai. "Kebanyakan kereta terbabit yang berusia lebih 10 tahun, sudah dilupuskan di negara jiran," katanya kepada media selepas perasmian program Jom JPJ bersama komuniti di Kampung Keruak, Hulu Besut, hari ini. Turut hadir,
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut. Abdul Rahman berkata, kebanyakan kereta yang diklon adalah jenis Honda Odessey, selain kenderaan lain seperti BMW, Volkswagen, Toyota, Mazda dan Subaru. Katanya, harga murah yang ditawarkan menyebabkan kereta klon terus mendapat permintaan yang tinggi oleh pengguna di negara ini.
nawi dalam program jpj bersama rakyat di kg keruak semalam |
"Misalnya, sebuah kereta yang harga asalnya RM100,000, dijual sebagai kereta klon pada harga sekitar RM12,000 sebuah. "Setakat ini, Terengganu mencatat jumlah penahanan kereta klon paling tinggi di negara ini," katanya. Susulan itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya sentiasa menjalankan penguatkuasaan dan pemeriksaan rapi ke atas setiap kenderaan yang masuk ke negeri ini. Katanya,
permintaan tinggi terhadap kereta klon berpunca daripada sikap dan kekurangan pengetahuan orang ramai mengenai risiko memiliki kereta klon.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/124076