Home » » 25 usahawan daki Bukit Keluang

25 usahawan daki Bukit Keluang

Written By aku on Monday 10 April 2017 | 2:38 am


KAMPUNG RAJA - Empower ECER Besut menganjurkan program mendaki Bukit Keluang dalam kalangan usahawannya bagi melahirkan bukan sahaja usahawan berjaya, tetapi juga sihat dan cergas.

Penyelaras program, Rohaya Shukri berkata, program separuh hari itu membabitkan seramai 25 peserta dalam kalangan usahawan yang bernaung di bawah bimbingan Empower ECER Besut.

Menurutnya, usaha itu untuk memastikan usahawan sentiasa sihat, sekali gus memberi impak positif kepada perniagaan yang mereka jalankan.


“Walaupun Bukit Keluang tidak setinggi bukit lain, namun pendakian untuk sampai ke puncak agak mencabar bagi mereka yang tidak pernah melakukan aktiviti sedemikian.


“Dengan kerjasama antara satu sama lain, semua peserta sampai ke puncak dan dapat menikmati pemandangan indah Laut China Selatan,” katanya.

Tambah Rohaya, program itu bukan sahaja menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan usahawan, malah mereka boleh bertukar pendapat dalam perniagaan selain memupuk rasa cintakan alam semula jadi.

Menurutnya lagi, pihaknya mahu menerapkan sikap positif agar mereka bijak mengurus masa untuk berniaga, bersama keluarga, riadah dan program kerohanian.

Katanya, pengurusan masa berkualiti akan membantu melahirkan usahawan berdaya tahan dan berjaya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger