Home » » Ahli perniagaan rugi, gaji pekerja RM80,000 dilarikan

Ahli perniagaan rugi, gaji pekerja RM80,000 dilarikan

Written By aku on Friday 7 April 2017 | 2:45 am


JERTIH -  Seorang ahli perniagaan kerugian RM80,000 selepas wang yang diletakkan dalam kereta dilarikan penjenayah di bandar Jertih, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata,  kejadian tersebut berlaku selepas seorang pekerja kepada ahli perniagaan itu baru sahaja mengeluarkan wang dari sebuah bank di sini untuk membayar gaji pekerja.

Menurutnya, sebelum itu, pekerja  berusia 28 tahun yang bekerja sebagai juruteknik di syarikat itu telah diminta oleh majikannya untuk menukarkan sekeping cek RM100,000 oleh majikannya kira-kira jam 11 pagi.


“Setelah menukarkan cek , pekerja terbabit memasukan wang RM20,000 ke akaun lain atas arahan majikannya manakala baki wang RM80,000 lelaki itu simpan di dalam beg  galas kemudian diletakkan di tempat letak kaki penumpang hadapan kereta jenis Proton Wira milik syarikat,” katanya.


Mohd Zamri berkata lagi, selepas itu lelaki terbabit pergi membayar bil tertentu dan selesai  urusan tersebut, dia pergi ke kereta dan mendapati pintu belakang kereta terbuka manakala  beg galas miliknya  berisi wang tadi telah lesap.

Menurutnya, lelaki yang beralamat di Rumah Kos Rendah Alor Lintang dekat sini kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Jertih.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger