Panik dapati rakan meninggal ketika tidur
Written By aku on Thursday, 6 April 2017 | 1:20 am
BESUT - Seorang lelaki warganegara Bangladesh panik selepas mendapati rakan senegaranya didapati meninggal dunia ketika sedang tidur di sebuah bilik chalet dekat Pulau Perhentian pagi semalam.
Lelaki berusia 34 tahun itu yang bekerja di sebuah chalet di Pulau Perhentian Besat itu didapati tidak sedarkan diri dan meninggal dunia di atas katil bilik chalet tersebut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata,polis menerima maklumat jam 7 pagi daripada seorang pekerja chalet tersebut memberitahu seorang pekerja chalet warganegara Bangladesh meninggal dunia.
Menurutnya, pada malam sebelum kejadian, simati, Alimin mengadu kepada rakannya, Ahidullah, 40, bahawa dia sakit-sakit badan.
“Pada jam 9.30 malam (Isnin), ketika Alimin makan bersama Ahidullah dan dia menceritakan keadaan kesihatannya kepada Ahidullah lalu dia menyuruh rakannya supaya berehat.
“Kemudian pada jam 6.30 jam keesokannya (semalam), Ahidullah bangun dari tidur untuk solat subuh dan telah mengejutkan rakannya namun tidak sedarkan diri, maka dia mengesyaki Alimin telah meninggal dunia,” katanya.
Mohd Zamri berkata, Ahidullah telah memaklumkan kejadian itu kepada rakan setugasnya yang lain sebelum dilaporkan kepada polis
Labels:
Semasa