Home » » Antara Intipati Ucapan Penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak sempena Persidangan UMNO 2015

Antara Intipati Ucapan Penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak sempena Persidangan UMNO 2015

Written By aku on Sunday 13 December 2015 | 2:00 am


Antara Intipati Ucapan Penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak sempena Persidangan UMNO 2015:

1.Presiden UMNO merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Pengerusi Tetap Persidangan, Ahli Majlis Tertinggi, Para Perwakilan, Ibu Pejabat UMNO, Para Sekreatariat, Anggota Keselamatan, barisan Media dan semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran persidangan kali ini walaupun pelbagai episod di luar jangkaan yang terjadi sebelum tarikh persidangan, yang sedikit sebanyak telah melahirkan kebimbangan dikalangan ahli UMNO dan masyarakat di negara ini.

2.UMNO akan tetap mempertahankan setiap prinsip dan pegangan yang diamalkan selama ini, berdasarkan pegangan UMNO sebagai parti bangsa Melayu dan UMNO selaku parti yang menjunjung tinggi syiar Islam.

3.Fitnah, atau 'War Perception' yang timbul tidak akan mempengaruhi mana-mana pihak, termasuk ahli UMNO khasnya sekiranya semua pihak berpegang teguh dengan landasan Islam.

4.UMNO merupakan sebuah institusi politik bagi bangsa Melayu berteduh, maka jika tiada kesetiaan yang diberikan, UMNO juga boleh rebah.

5.Persidangan sebelum ini banyak menyentuh mengenai hal-hal berkaitan Akta Hasutan, manakala persidangan kali ini lebih tertumpu kepada isu-isu berkaitan ekonomi rakyat dan perumahan, serta turut menyentuh mengenai masalah dalaman UMNO.

6.Masalah ekonomi rakyat wujud akibat faktor luaran dan dalaman, yang merangkumi harga minyak, kemerosotan ekonomi China dan dunia. Namun, ekonomi Malaysia dijangka berkembang sehingga 5% pada tahun ini, dan merupakan antara yang tertinggi di dunia.

7.Banyak usaha yang cuba dibuat bagi menyelesaikan masalah ekonomi rakyat, namun kekangan utama yang dihadapi adalah berkenaan dengan masalah ekonomi dunia yang sedikit sebanyak membantutkan usaha-usaha yang cuba dilakukan oleh pihak kerajaan.

8.Presiden melahirkan janji bahawa pihak kerajaan akan sentiasa prihatin dalam mendengar keluhan rakyat.

9.Kerajaan tetap akan melaksanakan usaha-usaha murni berdasarkan kemampuan dan bidang kuasa kerajaan.

10.Berkenaan isu kenaikan tambang ERL, perjanjian telah dilakukan pada tahun 1997 dan bukannya setahun dua kebelakangan ini. Perjanjian tersebut yang merupakan sebuah konsesi jangka masa panjang pada dasarnya bersifat berat sebelah apabila harga yang dipersetujui ketika perjanjian ditandatangani adalah berdasarkan 'Projected Traffic', bukan 'Actual Traffic'.

11.Sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah berusaha untuk menghalang kenaikan tersebut dari berlaku setiap lima tahun seperti yang dipersetujui dan ianya telah dipertahankan selama 14 tahun. Untuk tujuan tersebut, sejumlah RM 2.9 bilion perlu dibayar sebagai pampasan.

12.Proses perbincangan semula telah dilakukan, dan kontrak tersebut disambung untuk tempoh 30 tahun lagi.

13.'Legacy problem' terpaksa digalas di atas bahu Datuk Seri Najib, dan beliau sedia maklum dengan keadaan rakyat yang marah dengan situasi masa kini.

14.Najib telah mengambil beberapa langkah bagi membantu golongan pelajar, warga emas dan OKU yang akan diberikan potongan diskaun sebanyak 30% apabila menaiki perkhidmatan ERL transit dengan hanya menunjukkan kad siswa/ warga emas/ OKU milik mereka.

15.Pas bulanan bagi perkhidmatan ERL Putrajaya juga akan dikurangkan.

16.Bagi perkhidmatan KTMB, para pelajar dlam lingkungan 7 hingga 18 tahun akan menikmati diskaun sebanyak 50%, termasuk pelajar-pelajar universiti dengan hanya menunjukkan kad pelajar milik mereka. Bagi tujuan tersebut, ianya akan diumumkan oleh pihak KTMB di dalam masa terdekat.

17.Bagi membantu rakyat menangani masalah kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kerajaan sememangnya telah mengambil inisiatif yang dirasakan wajar dengan memberikan kenaikan gaji minimum yang merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

18.Para penjawat awam juga akan menerima sekali lagi kenaikan tangga gaji pada tahun hadapan.

19.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga telah diarahkan untuk sentiasa mengawal selia harga barang dari semasa ke semasa.

20.Bagi menjamin ekonomi bumiputera, kerajaan telah mengisytiharkan 'Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Sebagai Agenda Nasional'.

21.Bagi masa depan Malaysia, 'Beyond 2020' akan mula dibincangkan pada tahun hadapan bagi tujuan mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai gambaran dan hala tuju UMNO, dan Malaysia khasnya.

22.Perjanjian TPP tidak seharusnya dijadikan satu isu besar yang menakutkan masyarakat kerana hasil perbincangan yang dilakukan bersama Presiden Amerika, Barrack Obama, dan negara-negara terlibat telah membawa kepada persetujuan bahawa Agenda Bumiputera akan tetap dipelihara dan dipertahankan. Malaysia sememangnya bertegas dalam hal tersebut bagi menjaga hak dan ekonomi bumiputera.

23.Hasil perjanjian perdagangan dengan Mesir memperlihatkan bahawa nilai eksport Malaysia telah bertambah sebanyak dua ali ganda dari sebelum ini.

24.Bagi menghadapi pilihanraya akan datang, setiap bahagian UMNO diminta untuk mula menyusun atur strategi dan bekerja keras dalam memastikan kejayaan PRU14 memandangkan situasi politik sekarag yang dirasakan sedikit perlahan.

25.Bagi menangani isu ISIS yang semakin menular, Presiden UMNO telah menggesa Ketua Hakim untuk mewujudkan satu mahkamah khas berkaitan hal tersebut.

26.Di bawah pimpinan UMNO, Islam telah berjaya dipelihara dan dimartabatkan di negara ini.

27.Presiden UMNO memilih untuk berjiwa besar dan terbuka hati untuk kembali mengukuhkan ikatan ukhwah antara ahli-ahli UMNO. Namun jika ada pihak yang masih menolak keterbukaan yang diberikan, Najib menasihatkan supaya pihak-pihak tersebut lebih berhati-hati kerana penolakan yang dilakukan itu tidak hanya berkenaan dirinya secara peribadi, namun sebenarnya pihak tersebut menolak titik perdamaian demi parti.

28. Najib berikrar akan mempertahankan UMNO secara bermati-matian dan menegaskan , "There will be no surrender!"
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger