Home » » Kutip Hasil Lebih RM1.65 Juta

Kutip Hasil Lebih RM1.65 Juta

Written By aku on Saturday 12 December 2015 | 12:16 pm


Kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM11.7 juta bagi mewujudkan Kenyir Elephant Village (KEV) di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Dato’ Mohd Jidin berkata, KEV itu dipertanggungjawabkan kepada sebuah syarikat yang berpengalaman dalam melatih dan penjagaan gajah.

Katanya, peruntukan lain tidak akan ditambah kerana semua kos membabitkan makanan gajah dengan purata kira-kira 80 kilogram sehari untuk seekor gajah dan kos penjagaan gajah ditanggung oleh syarikat yang dilantik .

“Malah kerajaan negeri hanya mengenakan bayaran sewaan tapak sebanyak RM10,000 setahun kepada syarikat tersebut.

“Tempat itu diwujudkan kerajaan negeri untuk menyelamatkan haiwan itu daripada pupus selain dijadikan tempat pendidikan untuk generasi akan datang,” katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh).

Mohd Jidin berkata, untuk syarikat itu memperolehi pendapatan yang selesa, sebanyak 30 ekor gajah diperlukan di KEV namun setakat ini hanya 12 ekor dan kerajaan negeri sentiasa memantau perkembangan KEV dari segi pulangannya terhadap sektor pelancongan.

“Ia adalah produk pelancongan yang baharu di Terengganu, namun ia sudah pun dikunjungi banyak pihak terutama sekolah rendah dan menengah dari negeri luar yang ingin mengkaji haiwan itu dengan lebih dekat.

“Pendapatan hasil jualan tiket diperolehi syarikat sehingga akhir bulan lalu ialah sebanyak RM1.65 juta”, katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger