Home » » PAS Belum Kenal Siapa Kawan, Siapa Lawan Sebenar?

PAS Belum Kenal Siapa Kawan, Siapa Lawan Sebenar?

Written By aku on Saturday, 12 December 2015 | 12:29 pm


Selepas bertalu-talu DAP menghentam PAS sejak ‘ayam-ayam tambatan’ mereka tewas merebut jawatan utama dalam parti berkenaan,

kini ‘ayam-ayam dedak’ yang membentuk parti baru telah membuat ‘tag-team’ dengan DAP, bergilir-gilir membelasah parti pimpinan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang itu. Parti politik pembangkang utama kini sudah empat jumlahnya. DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan PAS.

Keadaan terkini keempat-empat parti itu menyaksikan DAP dan Amanah hentam PAS, PKR pula tidak membela PAS. Senario tersebut menyebabkan penulis beranggapan bahawa PAS kini keseorangan dan tidak bersekutu dengan mana-mana pihak. Manakala DAP, PKR dan Amanah kini membentuk blok gabungan pembangkan yang baru dan diberi nama Pakatan Harapan. Seronok PAS dituduh mempunyai pengaruh IS? Suka?

Khabarnya ramai yang tidak puas hati pada Mat Sabu. Cuba tanya Mat Sabu, dia pula terpengaruh dengan unsur apa? Syi’ah? Iran? Siapa Ayatollah Khomeini di hati Mat Sabu? Siapa pula Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab dihatinya? Yang menghairankan penulis, ketika mana Abdul Hadi menyatakan hasratnya untuk bekerjsama dengan UMNO demi kepentingan rakyat, masih ramai lagi pemimpin PAS yang tidak faham tentang apa yang tersirat di sebalik kenyataan Presiden PAS itu.

Mereka masih lagi menyerang UMNO dan enggan menjalin persefahaman dengan parti tunjang pemerintahan negara itu walaupun Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah ‘beri muka’ pada PAS sebelum ini.

Bagi menggagalkan kerjasama dengan UMNO itu, masih ada lagi yang mengungkit kisah dulu-dulu ketika PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional dan masih ada lagi yang mengatakan UMNO menolak hukum hudud.

Apakah PAS memang pendendam? Menaruh dendam itu dianjurkan Rasulullah SAW? Islam mazhab manakah yang menganjurkan PAS untuk berdendam tentang kisah lama?

Pada pemerhatian penulis, kisah silam itu berlaku ketika mana UMNO diterajui oleh pemimpin UMNO lain dan bukannya Najib. Sebarang keputusan ketika itu adalah tanggungjawab dan diputuskan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN ketika itu, bukan Najib.

Apabila Presiden UMNO bertukar ganti, maka corak kepimpinan dan pendekatan juga berubah. Ia juga bertransformasi mengikut peredaran zaman, keperluan dan kehendak rakyat yang terkini berdasarkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Sebagai contoh, jika dulu Tun Dr Mahathir Mohamad memilih untuk berkali-kali menolak draf hudud yang dibentangkan Kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu, tanpa menawarkan sebarang pilihan lain, maka lain pula pendekatan yang dibuat Najib.

Pendekatan Najib dilihat jauh lebih terbuka dan menghargai usul PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Beliau tidak menolak draf hudud dari Kelantan seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir. Malah Najib bentang ‘karpet merah’ lagi kepada usul draf hudud itu.

Menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), draf hudud itu diteliti dan dikaji bersama. Dibahas dan dibincangkan secara menyeluruh dan Najib menyediakan platform khas untuk draf hudud berkenaan. Malah mahu dibentang di Parlimen pun Najib beri jalan…


Tapi, Najib dan UMNOlah juga yang ‘buruk’ di mata pemimpin PAS. Padahal, insan itulah yang membuka ruang pada sesuatu yang diperjuangkan PAS selama berpuluh tahun dan pernah berkali-kali ditolak oleh Perdana Menteri sebelumnya.

Menghairankan, DAP dan PKR yang menolak hudud secara terang-terangan sebelum ini pula yang dijadikan ‘adik beradik’ oleh PAS? Benar ‘tahaluf siyasi’ itu sudah berkubur, tapi tahukah PAS membezakan antara saudara seagama dengan mereka yang tegar menolak hukum Allah?

Jika enggan berterima kasih atau memuji, tidak perlulah menabur tohmahan dan persepsi negatif terhadap Perdana Menteri. Belajarlah mengenang budi baik dan belajarlah untuk menghargai perubahan yang dibawa demi kepentingan ummah dan rakyat Malaysia.

Justeru itu penulis berharap PAS sedar dengan tingkah lakunya itu dan cepat mengenali siapakah kawan dan siapakah lawan mereka yang sebenar. Ikhlaslah dalam perjuangan, nescaya Allah SWT bayar keikhlasan itu jika tidak di dunia, mungkin di akhirat kelak, kan?

Cenderawasih
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger