Home » » Pas sedia maafkan kesalahan Umno

Pas sedia maafkan kesalahan Umno

Written By aku on Monday 21 December 2015 | 10:13 am


KUALA LUMPUR - Pas sedia untuk melupakan dan memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan Umno terhadap parti itu sebelum ini, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, itu antara ciri-ciri yang ada dalam perjuangan Pas.

"Ini bukan perkara baru ramai pemimpin lain masuk dalam Pas mereka ada kedudukan baik, mereka diterima dengan hati terbuka itu di kalangan ahli (Pas).

"Sekarang ini antara parti (Pas-Umno) kita akan laksana perkara sama (memaafkan dan melupakan)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Persidangan Agung Perkasa ke-6, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu memberitahu yang Pas dalam proses memberi penjelasan menyeluruh kepada ahlinya mengenai kerjasama itu.

Kehadiran Takiyuddin dan Pengarah Pilihanraya Pas, Datuk Mustafa Ali di Persidangan Agung Perkasa menarik perhatian ramai dan  menguatkan lagi dakwaan bahawa Pas akan bekerjasama dengan Umno.

Takiyuddin berkata, kehadiran mereka adalah atas jemputan Perkasa.

Ketika ditanya adakah ahli menerima untuk bekerjasama dengan Umno, beliau berkata, setiap keputusan yang dibuat Pas adalah secara kolektif bukan hanya atas kepentingan peribadi.

"Boleh lihat benda baru ada suasana faham masing-masing, pokoknya dalam Pas apa yang dibawa oleh presiden bersikap kolektif atas nama parti itu keputusan kolektif," katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger