Home » » MB Rakam Takziah Buat Ahli Keluarga Lima Mangsa Di Kawasan Belukar Bukit

MB Rakam Takziah Buat Ahli Keluarga Lima Mangsa Di Kawasan Belukar Bukit

Written By aku on Monday 21 December 2015 | 10:27 am


Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan sanak saudara mangsa kejadian lemas di kawasan perkelahan Belukar Bukit, Hulu Terengganu, pagi semalam yang mengakibatkan lima terkorban.

Dalam kejadian kira-kira 10.45 pagi itu, mangsa seorang imam di Surau al-Furqan Fasa II Puncak Alam, Selangor Mohd Halim Samian, 44, isterinya Nurul Adilah Awang 39, serta tiga anak mereka Nurul Arifah, 16, Nurul Hidayah Aina, 12 dan Nurul Izah, 10.

Manakala anak bongsu, Mohd Hasif, 9 terselamat kerana dikatakan ketika kejadian, dia tidak turun mandi bersama ahli keluarga yang lain.

Katanya, dia mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada orang ramai dan anggota pasukan penyelamat yang bertungkus lumus membawa keluar mangsa, pihak bomba, polis dan hospital khususnya sehingga selesai dikebumikan malam tadi.

“Saya berharap pihak berkaitan, terutama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa mengambil langkah keselamatan dan pemantauan secara bersepadu di kawasan perkelahan jagaan masing-masing di terutama di musim hujan.

“Larangan dan amaran perlu diadakan dengan apa cara sekalipun kepada pengunjung agar tidak mandi manda di kawasan berbahaya di musim tengkujuh dan sering berlaku pusaran air kerana saya difahamkan bukanlah kejadian pertama berlaku di tempat perkelahan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, difahamkan kejadian itu berlaku disebabkan pusaran air yang kuat di tempat kejadian, bagaimana pun dia akan mendapatkan maklumat punca kejadiannya sebenar.

“Kalau perlu tutup kepada orang ramai di musim tengkujuh demi keselamatan pengunjung ia perlu dilakukan, di.samping itu orang ramai juga perlu lebih berhati hati agar kejadian tidak berulang.

“Insha Allah, saya akan menziarahi keluarga masa petang ini dan menemui anak mangsa, Mohd Hasif yang terselamat,”katanya.

Ahmad Razif berkata,kerajaan negeri akan memberikan perhatian kepada Mohd Hasif , terutama berkaitan penjagaan, pembelajaran dan masa depannya.

“Semoga roh kelima lima mereka dicucuri dan di tempatkan bersama orang -orang yang beriman,”katanya
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger