Tuesday, 8 December 2015

Sesi Persekolahan 2016 Bermula 3 Januari


Sesi persekolahan tahun 2016 bagi empat negeri, iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor akan bermula pada 3 Januari manakala negeri-negeri lain 4 Januari, kata Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid.

Tarikh akhir persekolahan bagi empat negeri berkenaan adalah pada 24 November manakala bagi negeri-negeri lain pada 25 November, katanya.

“Seramai 448,498 murid baru akan memasuki Tahun Satu pada tahun depan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan penggal persekolahan 2016, semalam.