Home » » Unisza cipta 7 makanan berkhasiat

Unisza cipta 7 makanan berkhasiat

Written By aku on Friday 18 December 2015 | 5:01 pm


TEMBILA - Tujuh kumpulan penuntut Tahun Akhir Falkulti Biosumber dan Industri Makan (FBIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) berjaya mencipta dan menghasilkan tujuh jenis produk makanan berkhasiat dan berkualiti yang berpotensi dikomersialkan.

Provos (Pengarah) Unisza Kampus Tembila, Prof Dr Che Abdullah Abu Bakar berkata, penuntut tahun akhir jurusan tersebut mencipta dan menghasilkan kira-kira enam produk makanan setiap tahun sejak lima tahun lalu.

Menurutnya, projek penghasilan produk tersebut sebenarnya salah satu daripada kerja kursus yang wajib dilaksanakan penuntut akhir jurusan tersebut, malah produk yang dihasilkan berkelas antarabangsa dan boleh dikomersialkan.

“Pada tahun ini ada produk dihasilkan penuntut memperoleh anugerah emas dan perak dalam beberapa siri pertandingan disertai di peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan dan Pelancaran Produk Makanan Peringkat Universiti di Unisza Kampus Tembila di sini.

Hadir sama, Dekan FBIM, Prof Madya Dr Kamarul Ain Mustaffa dan Timbalan Pengarah Kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Ghani Sidek.

Che Abdullah berkata, idea dihasilkan penuntut terbabit amat baik, malah boleh menyaingi produk di pasaran seperti coklat, minuman dan makanan ringan yang lain.

“Mereka menghasilkan produk makanan berkhasiat, kurang lemak dan mempunyai pelbagai zat termasuk pewarna yang berasaskan tumbuhan herba semula jadi seperti lidah buaya, terung pipit, madu, labu dan pelbagai lagi,” katanya.

Sementara itu, menurut Kamarul Ain, antara nama produk yang dihasilkan kumpulan terbabit ialah Mayoking (sejenis sos pencicah yang dihasilkan dari bahan utama labu), Dietto Bite (snack coklat), Co –T Berry (buah terung pipit bersalut coklat dan madu), Bombastick (biskut berasaskan daun baya dan lidah buaya).

Katanya, tiga produk lagi ialah Boostgummy (gula-gula bergetah kesihatan untuk kanak-kanak) yang dibuat daripada pokok bawang, pisang, oren dan buah kurma, selain produk Tembiland Waffle yang dihasilkan daripada madu dan ubi keledek.

“Produk terakhir yang dipertandingkan ialah Cala Sparkling Calamansi dengan kiub lidah buaya yang tidak kurang hebatnya,” katanya.






󾔱 󾔱Memperkenal kan astro Packages Family LITE Mampu Milik Bulanan Hanya  Serendah RM 21.20 Termasuk GST Seumur Hidup !!!!
󾠜 33 Channel  Siaran TV Termasuh 2 Channel HD
󾠟 20 Siaran Redio
󾕆 Pendaftaran Adalah Percuma !!!
✳ Pemasangan RM 30.00 Bayar Selepas Siap Pasang
󾮊 Kontrek 2 tahun
❌ Tidak Boleh Tambah Mana Mana Channel Seumur Hidup Kecuali - UPGRATED KE PACKAGES FAMILY PACK
Channel Channel   SD        
1. Astro Prima                      
2. Astro Oasis                     
3. Tutur Tv PMR                  
4. Tutur Tv UPSR                 
5. Tutur Tv SPM                   
6. Astro Vaanavil                  
7. Astro AEC                        
8. Astro Makka                     
9.Astro Awani                      
10,CCTV 4                           
11. Bernama TV                  
12.TV 1 RTM                       
13.TV 2 RTM                       
14.TV3                                 
15. NTV7                              
16.8TV                                
17.TV9   
18.Al - Hijrah TV   
19.iView
20.Astro Xion Tai Yang
21.Arab Tv & Radio
22.TVIQ    
23.Astro Ceria
24.Zee Tv 
25.KBS World 
26.Astro Arena
27.CTI  Asia  
28. Astro Bella
29.Kalaignar TV
30.Astro Shuang Xing
31.TVB Xing He
Channel HD
32.Maya HD
33.Xi Yue HD                
󾔤 󾔤 HUBUNGI- 󾔤 󾔤 
󾔤 whatsapp ke no - 01129206584 
󾔤 whatsapp ke no - 01129206584 
󾔤 Cal & SMS Ke No - 016 652 6632

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger