DAP Terengganu Kata PAS Lupa Diri Serta Sombong
Written By aku on Saturday 23 January 2016 | 9:34 am
Dungun : Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Heng dalam ucapan ceramah malam tadi disini telah menidakkan keupayaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Pas mudah lupa diri.
Menurut Ng Chai, beliau sebelum ini pada tahun 2003 lagi sudah bersama dengan Pas dalam Dewan Himpunan Penyokong Pas Terengganu (DPPPT) yang banyak bergerak untuk kemanangan Pas di Terengganu.
“Pas mudah lupa dengan bantuan kita berikan selama ini dan memberi pemahaman kepada non muslim tentang perjuangannya pada masa itu”
“Sekarang Pas sudah besar kepala dan sombong dengan kerusi yang mereka menang dengan undi kaum cina pada PRU 13 yang lalu”
“Di Paka ini sendiri undi orang cina seratus peratus diberikan kepada Pas begitu juga di dun Cukai, Alur Limbat, Bandar, Teluk Pasu,Sura dan Manir” katanya.
Ng Chai juga mengangapkan perjuangan Pas bukan berlandaskan Islam tetapi berlandaskan nafsu dan kekayaan.
“Pas bukan berjuang untuk kesenangan rakyat tetapi untuk mengejar habuan dunia yang telah diciptakan oleh mereka”
“Kerana itu mereka sanggup mengkianati pakatan rakyat dan bersama UMNO”
“Bercerai dengan PKR dan DAP bukan kerana hendak melaksanakan HUDUD tetapi mahu berkuasa dan duduk di Putrajaya dengan memilih untuk bersama UMNO serta siap tawar lagi menjadi penasihat kepada kerajaan hari ini”, tambahnya.
Labels:
Politik