Home » » Pasangan bertunang dicekup khalwat di hotel Kuala Terengganu

Pasangan bertunang dicekup khalwat di hotel Kuala Terengganu

Written By aku on Saturday 23 January 2016 | 9:45 am

Gambar sekadar Hiasan

KUALA TERENGGANU – Tindakan pasangan baru bertunang berdua-duaan di dalam  bilik hotel di bandaraya ini menerima padah apabila dikenakan denda RM2,900, setiap seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, kelmarin.
Tidak cukup dengan itu, pasangan tersebut, Mohamad Azrolfizal Mat Arifin, 23, dan Siti Mariam Ramli, 23, turut berdepan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Keputusan dibuat selepas mereka berdua mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
Mereka mengaku salah melakukan perbuatan tersebut ketika ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan Tok Lam, jam 11.20 malam pada 18 Disember 2014.
Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu di hadapan Hakim Syarie Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.
Terdahulu, Nik Mohd Shahril Irwan dalam penghakimannya berkata, status sebagai tunang bukan tiket untuk tertuduh berdua-duaan di dalam sebuah bilik hotel sehingga dicekup.
Katanya, hukuman yang diberikan diharap dapat memberi keinsafan bukan hanya kepada tertuduh tetapi masyarakat lain agar tidak melakukan perbuatan sama.
Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai penguatkuasa syariah daerah melakukan serbuan berwaran di sebuah bilik hotel atas maklumat awam.
Sebaik tiba di depan bilik berkenaan, pintu bilik berada dalam keadaan tertutup sebelum anggota mengetuk pintu dan memberi salam.
Pintu dibuka salah seorang anggota dan terdapat seorang lelaki berdiri di hadapan pintu sebelum anggota memperkenalkan diri dan membuat pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita berbaju T dan memakai tuala berada di belakang pintu.
Soal siasat mendapati mereka tidak mempunyai hubungan suami isteri atau mahram sebelum ditahan untuk siasatan lanjut. -sh
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger