BERITA TERKINI
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

3:58 pm
KAMPUNG RAJA - Hasrat seorang pekerja sebuah syarikat barangan elektrik mahu memungut hutang bertukar sebaliknya apabila dia dipukul dengan penyodok tanah dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sekolah Maarif di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang, lelaki berusia 55 tahun pergi ke rumah suspek berusia 51 tahun untuk mengutip bayaran ansuran pembelian barangan syarikat berkenaan.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Asisten Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, keadaan menjadi kecoh apabila pelanggan syarikat tersebut bertindak memukul mangsa menggunakan penyodok tanah.
Menurutnya, bukan setakat itu sahaja malah dikatakan suspek turut menendang muka mangsa.
“Mangsa yang cedera di muka dan badan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Besut sebelum membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut,” katanya.
Mohd Rozaime berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang jahit dikatakan bertindak demikian kerana menyangka mangsa menyamar untuk mengutip wang ansuran.
Menurutnya, mangsa dari Jertih adalah wakil yang dilantik syarikat berkenaan yang berpejabat Machang, Kelantan.
“Susulan laporan tersebut, polis telah berjaya menahan suspek di rumahnya di Kampung Raja dekat sini jam 10.30 pagi sehari selepas kejadian,” katanya.
Mohd Rozaime berkata lagi, suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.
--sinar--
Pemungut hutang kena belasah
Written By aku on Wednesday, 7 November 2018 | 3:58 pm

8:16 am
KAMPUNG RAJA - Keputusan jawatankuasa Masjid Kampung Gong Bayor, di sini, memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan berbaloi kerana berjaya merakam perbuatan seorang lelaki cuba memecah tabung masjid itu sehari selepas ia berfungsi.
Perbuatan seorang lelaki berpakaian baju kemeja berjaya dirakam CCTV ketika berusaha memecah kunci tabung derma di bahagian dalam masjid kira-kira jam 11 pagi, Khamis lepas turut tular di media sosial.
Pengerusi jawatankuasa masjid berkenaan, Tengku Jusoh Muda berkata, pihaknya baru sahaja memasang kamera di masjid itu berikutan sebelum ini pernah dua kali peti tabung masjid dipecahkan pencuri.
Menurutnya, perbuatan lelaki tidak dikenali yang cuba mencungkil salah satu tabung berjaya dirakam.
“Namun lelaki itu tidak berjaya pecahkan tabung tersebut sebelum beredar meninggalkan masjid.
"Saya difahamkan hari yang sama, lelaki tersebut turut memecahkan tabung derma Masjid Tembila dan Masjid Lapan Kubah, di Kampung Lapan Kotak,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Lapan Kotak, Wahab Abdul Rahman berkata, lelaki sama yang dirakam cuba memecah tabung Masjid Gong Bayor juga telah memecah dua tabung Masjid Lapan Kubah kira-kira jam 11.15 pagi hari sama.
Menurutnya, suspek berjaya memecah dua tabung masjid dan melarikan sejumlah wang tunai hasil derma orang ramai dianggarkan bernilai lebih RM100.
“Berdasarkan CCTV yang dirakam di masjid kami dapati suspek datang dengan sebuah kereta Proton Iswara bersama seorang wanita dan empat kanak-kanak termasuk seorang bayi yang didukung wanita itu dipercayai isteri dan anak-anaknya.
“Kami kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan seterusnya termasuk menyerahkan rakaman kepada pihak polis,” katanya.
Sehubungan itu Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan menerima laporan tersebut.
Menurutnya, pihaknya turut menerima laporan termasuk suspek berjaya memecah tabung Masjid Tembila dan usaha mengesan suspek yang dipercayai datang secara berkeluarga untuk mengaburi perbuatannya sedang dijalankan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.
Cubaan pecah tabung masjid gagal
Written By aku on Tuesday, 17 October 2017 | 8:16 am

Labels:
Jenayah
8:04 am
BESUT - Polis menumpaskan geng Boy Alza yang dikesan menggunakan penyembur cecair racun serangga terhadap mangsanya sebelum menyamun di sekitar daerah ini yang aktif sejak sebulan lalu.
Kumpulan terbabit dipercayai melakukan sekurang-kurangnya tujuh kes samun berjaya ditumpaskan berikutan penahanan tujuh lelaki termasuk ketuanya dalam tiga tangkapan berasingan sejak Khamis sehingga awal pagi semalam.
Ketua Jabatan Siastan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, susulan beberapa kejadian samun di daerah ini, polis telah melancarkan gerakan dan risikan sehingga tertangkapnya dua lelaki berusia 17 dan 29 tahun di Kampung Pengkalan Nyireh pada jam 4 petang, Khamis lepas.
Menurutnya, polis turut merampas sebuah kereta Perodua Alsa yang dilaporkan dicuri dalam kejadian samun di hadapan sebuah bank di bandar Jertih bulan lepas.
“Hasil siasatan terhadap dua suspek itu telah membawa kepada penahanan empat lagi rakan jenayah mereka berusia 17 hingga 39 tahun termasuk ketua kumpulan dikenali Boy berusia 26 tahun dalam serbuan di Kampung Bukit Payung, Hulu Besut jam 6.30 petang, Jumaat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, di sini tengahari tadi.
Hadir sama Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi.
Fazlisyam berkata lagi, menerusi serbuan kedua itu sebanyak 33 keping dokumen seperti kad pengenalan, kad mesin pengeluar wang automatik (ATM) dan kad prabayar dipercayai milik mangsa dirampas di samping beberapa batang besi yang dipercayai dijadikan senjata ketika melakukan kegiatan jenayah.
Menurutnya, polis turut merampas beberapa telefon bimbit serta tiga buah kereta iaitu Proton Wira, Perodua Myvi dan Kancil.
Fazlisyam berkata, polis kemudiannya berjaya menahan seorang lagi suspek yang ketujuh berusia 18 tahun di sebuah rumah di Kampung Teluk dekat Alor Lintah kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin.
"Kita berjaya merampas tiga botol penyembur termasuk salah satunya satu botol penyembur racun pembunuh serangga daripada suspek ketujuh ini diberkas ini.
“Kumpulan ini dipercayai menggunakan modus operandi memanggil mangsa kemudian menyembur muka mangsa dengan cecair racun serangga untuk memedihkan mata mangsa sebelum menyamun,” katanya.SH
Geng samun guna spray racun serangga tumpas

10:18 pm
JERTIH – Seorang nenek menanggung kerugian ribuan ringgit selepas disamun dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kejadian di Kampung Gong Mak Som dekat Alor Lintah, di sini .
Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, wanita berusia 61 tahun berada di rumahnya sebelum didatangi suspek menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek berpura-pura mahu memeriksa meter elektrik rumah mangsa dan meminta mangsa mengambil bil.
Menurutnya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa pergi mengambil bil yang berada di dalam rumah dan ketika mangsa menyerahkan bil elektrik itu, suspek terus meragut rantai lehir mangsa sebelum melarikan diri.
Nenek disamun dua lelaki menyamar pekerja TNB
Written By aku on Tuesday, 3 October 2017 | 10:18 pm
JERTIH – Seorang nenek menanggung kerugian ribuan ringgit selepas disamun dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kejadian di Kampung Gong Mak Som dekat Alor Lintah, di sini .
Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, wanita berusia 61 tahun berada di rumahnya sebelum didatangi suspek menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek berpura-pura mahu memeriksa meter elektrik rumah mangsa dan meminta mangsa mengambil bil.
Menurutnya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa pergi mengambil bil yang berada di dalam rumah dan ketika mangsa menyerahkan bil elektrik itu, suspek terus meragut rantai lehir mangsa sebelum melarikan diri.
Labels:
Jenayah
3:24 pm
Gambar2 individu dari besut Di Buru Polis Terengganu
Kuala Terengganu - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu telah mendedahkan 50 lagi gambar orang yang dikehendaki semasa sidang media pada 01/10/2017 oleh YDH ACP Fazlisyam bin Abdul Majid, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu. Mereka dipercayai terbabit dalam kes mendatangkan cedera dan kesalahan merogol.
gambar2 di atas 27 individu berasal dari besut yang di buru oleh pihak polis terengganu. gambar2 di bawah individu yang bukan berasal dari besut yang di buru pihak polis sumber FB POLIS TERENGGANU
Labels:
Jenayah