Home » » Nenek disamun dua lelaki menyamar pekerja TNB

Nenek disamun dua lelaki menyamar pekerja TNB

Written By aku on Tuesday 3 October 2017 | 10:18 pm


JERTIH – Seorang nenek menanggung kerugian ribuan ringgit selepas disamun dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kejadian di Kampung Gong Mak Som dekat Alor Lintah, di sini .

Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, wanita berusia 61 tahun berada di rumahnya sebelum didatangi suspek menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek berpura-pura mahu memeriksa meter elektrik rumah mangsa dan meminta mangsa mengambil bil.

Menurutnya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa pergi mengambil bil yang berada di dalam rumah dan ketika mangsa menyerahkan bil elektrik itu, suspek terus meragut rantai lehir mangsa sebelum melarikan diri.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger