Home » » Hospital Besut terpilih sebagai Pusat Pembedahan Katarak

Hospital Besut terpilih sebagai Pusat Pembedahan Katarak

Written By aku on Saturday, 10 November 2018 | 12:14 pm


JERTIH -  Berita gembira buat  pesakit katarak di daerah ini khususnya apabila tidak perlu pergi jauh lagi untuk mendapatkan rawatan kerana Hospital Besut terpilih sebagai Pusat Pembedahan Katarak mulai tahun depan.
Pengarah Hospital Besut, Dr Hariza Hussin berkata, pusat tersebut merupakan kerjasama yang berjaya direalisasi hasil kolaborasi dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Menurutnya, ia akan dilancarkan secara rasmi pertengahan tahun depan seterusnya akan dikenali sebagai Pusat Pembedahan Katarak Hospital Kluster Terengganu Utara.
Hospital Besut bersama Hospital Setiu dan Hulu Terengganu dipilih sebagai anak angkat HSNZ dan dari tiga hospital daerah tersebut,  pembedahan katarak hanya dilakukan di Hospital Besut selain HSNZ sendiri.
“Doktor pakar HSNZ akan datang ke sini untuk melakukan pembedahan tersebut pada masa yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau Karnival Pembedahan Katarak di Dewan Bedah Hospital Besut di sini, pagi semalam.
Hariza berkata, usaha ini akan dapat membantu pesakit menjalani pembedahan katarak tanpa perlu pergi jauh di samping menjimat kos mereka dan masa lebih singkat.
--sinar--
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger