Home » » Nelayan warga Thai mati tergantung

Nelayan warga Thai mati tergantung

Written By aku on Saturday 10 November 2018 | 12:08 pm


KUALA BESUT - Seorang lelaki dijumpai mati dipercayai menggantung dirinya di kawasan Kompleks Perikanan lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat sini, hari ini.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Asisten Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, mangsa berusia lingkungan umur 30 an dikenali sebagai Mat itu dipercayai berasal dari Thailand.

“Lelaki yang tidak mempunyai pengenalan diri namun berpakaian baju kemeja lengan panjang dan berseluar jeans paras lutut itu ditemui orang awam kira-kira jam 7 pagi sebelum melaporkan kepada polis pada jam 7.30 pagi .
Mangsa yang dikatakan nelayan ditemui tergantung menggunakan tali nylon yang diikat pada tiang tengah bangunan terbuka tempat penyimpanan pukat di kompleks tersebut,” katanya.

Mohd Rozaimi berkata lagi, mangsa yang masih tidak diketahui siapa majikannya itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
“Siasatan  awal polis dapati kematian mangsa tidak ada unsur jenayah namun punca kematian sebenar mangsa akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan dan setakat ini kes diklafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger