Home » , » Pemungut hutang kena belasah

Pemungut hutang kena belasah

Written By aku on Wednesday 7 November 2018 | 3:58 pm


KAMPUNG RAJA -  Hasrat seorang pekerja sebuah syarikat barangan elektrik mahu memungut hutang bertukar sebaliknya apabila dia dipukul dengan penyodok tanah dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sekolah Maarif di  sini,  Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang, lelaki berusia 55 tahun pergi ke rumah suspek berusia 51 tahun untuk mengutip bayaran ansuran pembelian barangan syarikat berkenaan.


Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Asisten Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, keadaan menjadi kecoh apabila pelanggan syarikat tersebut bertindak memukul mangsa menggunakan penyodok tanah.

Menurutnya, bukan setakat itu sahaja malah dikatakan suspek turut menendang muka mangsa.


“Mangsa yang cedera di muka dan badan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Besut sebelum membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohd  Rozaime berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang jahit dikatakan bertindak demikian kerana menyangka mangsa menyamar untuk mengutip wang ansuran.

Menurutnya, mangsa dari Jertih adalah wakil yang dilantik syarikat berkenaan yang berpejabat Machang, Kelantan.

“Susulan laporan tersebut, polis telah berjaya menahan suspek di rumahnya di Kampung Raja dekat sini jam 10.30 pagi sehari selepas kejadian,” katanya.

Mohd Rozaime berkata lagi, suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.
--sinar--
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger