Home » » Gambar Gambar 13 Orang Penjenayah Yang Berasal Dari Besut Kini Jadi Buruan Pihak Polis

Gambar Gambar 13 Orang Penjenayah Yang Berasal Dari Besut Kini Jadi Buruan Pihak Polis

Written By aku on Monday 1 February 2016 | 1:46 am


Kuala Terengganu, 31 Januari 2016 (Ahad) – YDH ACP Wan Abd Aziz bin Wan Hamzah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM Kontinjen Terengganu telah mengadakan sidang media bertempat dibilik mesyuarat JSJ IPK Terengganu. Hadir sama SUPT Chan Kuang Yu, Timbalan KJSJ, dan ASP Mohamed Kamil bin Abdul Jalil, Pegawai Turus D7 Kontinjen Terengganu.
Sidang media ini diadakan ekoran kes-kes berkaitan dengan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan khususnya kes tetak semakin menjadi-jadi. Kes disiasat dibawah Seksyen 324, 326 dan 506 Kanun Keseksaan. Bagi bulan Januari 2016 ini sahaja sebanyak 9 kes telah dilaporkan. Kebanyakan kes berpunca daripada rasa dendam dan tidak puas hati di dalam masalah hutang terutama melibatkan kegiatan pengedaran dadah.
Polis Kontinjen Terengganu ingin memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis sehingga tertangkapnya suspek yang dikehendaki ini. Seramai 14 orang suspek yang dikehendaki dan dipercayai boleh menyelesaikan kes-kes jenayah kekerasan yang masih dalam siasatan polis dari tahun 2013 hingga Januari 2016. Suspek-suspek tersebut berumur dalam lingkungan 20 an hingga 40 an. Maklumat boleh disampaikan terus kepada ASP Mohamed Kamil melalui talian telefon 017-519-1964. Orang ramai tidak perlu bimbang untuk menyalurkan maklumat berkaitan kerana pihak polis memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan demi keselamatan mereka.














Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger