Home »
mh17 mh 370
» Masih tiada pengesahan serpihan ditemukan di Thailand milik pesawat MH370 - Tiong Lai
Masih tiada pengesahan serpihan ditemukan di Thailand milik pesawat MH370 - Tiong Lai
Written By aku on Sunday 24 January 2016 | 8:12 pm
LANGKAWI: Masih tiada pengesahan bahawa serpihan yang disyaki milik sebuah pesawat yang ditemukan di pantai selatan Thailand adalah milik pesawat MH370.
Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman supaya menghubungi pihak berkuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan.
"Ketika ini ia hanya spekulasi kerana kita belum dapat apa-apa pengesahan daripada Thailand," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini, hari ini.
Tiong Lai seterusnya meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dalam hal membabitkan MH370 kerana ia hanya memberi tekanan kepada waris penumpang dan anak kapal pesawat itu.
Berdasarkan laporan berita, serpihan yang disyaki bangkai pesawat telah dijumpai di pantai selatan Thailand.
Serpihan besar kepingan logam melengkung dikatakan terdampar di Wilayah Nakhon Si Thammarat, dan penduduk kampung telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk membantu mengenal pastinya.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pada 29 Januari tahun lepas, kerajaan secara rasmi mengisytiharkan pesawat MH370 kemalangan dan kesemua penumpang dan anak kapal dianggap telah terkorban.
Lagi berita penuh di SINI
Labels:
mh17 mh 370