BERITA TERKINI
Showing posts with label mh17 mh 370. Show all posts
Showing posts with label mh17 mh 370. Show all posts

Terkini Serpihan Boeing 777 ditemui, mungkin MH370?

Written By aku on Thursday, 3 March 2016 | 9:34 am


MOZAMBIQUE - Serpihan objek pesawat Boeing 777 yang berkemungkinan MH370 ditemui hujung minggu lalu di pantai Mozambique, kata seorang pegawai Amerika Syarikat kepada CNN.

Bagaimanapun serpihan berkenaan telah dibawa ke Malaysia untuk pemeriksaan lanjut.

Difahamkan, objek berkenaan adalah penstabil mendatar pesawat.

Sejak tragedi MH370 pada 8 Mac 2014 lalu, tiada laporan pesawat Boeing lain yang dilaporkan hilang.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.


Belum dapat disahkan bahawa objek yang  ditemui di Mozambique ialah milik MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata.


UPDATED --
Beliau berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kini bekerjasama dengan rakan sewatannya dari Australia untuk memindahkan serpihan tersebut.  

"Saya menyeru semua pihak supaya mengelak daripada membuat sebarang spekulasi kerana kami belum dapat mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370 ketika ini," kata beliau dalam laman Twitter malam tadi.  

Tiong Lai mengulas laporan media antarabangsa bahawa objek yang dijumpai di beting pasir di Terusan Mozambique mungkin serpihak dari pesawat Boeing 777, dan sedang diperiksa oleh para penyiasat yang menjejaki MH370 yang hilang.  


"Ia belum dapat disahkan@dca_malaysia sedang bekerjasama dengan rakan dari Australia untuk mengeluarkan serpihan itu," kata Tiong Lai.

MH370 membawa 239 penumpang dan krew apabila ia dilaporkan hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.

Pada 29 Julai tahun lepas, serpihan yang dijumpai di Pulau Reunion di Lautan Hindi telah dihantar ke Perancis untuk dianalisis.  

Pada 6 Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370, dan usaha diteruskan bagi mencari pesawat tersebut. - Bernama

Objek Yang Ditemui di Besut Bukan Dari MH370 – Liow Tiong Lai

Written By aku on Friday, 29 January 2016 | 10:34 pm


KUALA LUMPUR: Objek yang dipercayai serpihan pesawat yang ditemui di Pantai Beting Lintang, Besut semalam bukan dari pesawat penerbangan MH370.

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, objek itu tidak sepadan dengan bahagian pesawat Boeing 777.

Belia juga berkata, pasukan penyiasat dari Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan MAS melakukan siasatan ke atas serpihan itu untuk memastikan keasliannya.

“Hasil siasatan pasukan penyiasat mendapati objek berkenaan adalah tidak sepadan dengan sebahagian daripada pesawat Boeing 777 atau pesawat Malaysia Airlines MH370.

“Kami di kementerian ini mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terbabit dalam melaksanakan siasatan ini,” di dalam satu sidang media sebagaimana lapor BH Online.

Penyiasat MH370 tiba untuk memeriksa objek logam dijumpai di pantai Terengganu


BESUT:Tiga pakar termasuk penyiasat MH370 tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di sini untuk meneliti objek yang dipercayai serpihan pesawat.

Ketiga-tiga mereka tiba di sini kira-kira jam 10.36 pagi.

Difahamkan, turut menyertai rombongan itu adalah wakil daripada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan pegawai Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA), Kapten Mior Nor Badrisham Mohamad.

Mereka mengambil masa 20 minit untuk meneliti objek berkenaan sebelum meminta polis menunjukkan lokasi ia ditemui di Pantai Beting Lintang, di sini.

Bangkai paus dan serpihan pesawat ditemui terdampar


BESUT - Penduduk Kampung Beting Lintang, Besut bukan sahaja digemparkan dengan penemuan objek logam dipercayai serpihan pesawat yang dikaitkan dengan MH370, tetapi turut dikejutkan dengan penemuan seekor ikan gergasi dipercayai paus di kawasan pantai kampung berkenaan, semalam.

Bangkai ikan yang dianggarkan melebihi 1,000 kilogram dan sepanjang lebih 6 meter itu ditemui seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan pantai berkenaan.

Pengerusi JKKK Beting Lintang, Ghazali Daud berkata, ikan itu didakwa dijumpai seorang penduduk yang sedang mencari barangan terbuang di sepanjang pantai berkenaan, kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, kejadian itu merupakan kejadian kedua bangkai haiwan gergasi ditemui terdampar di kawasan berkenaan, selepas yang terakhir kira-kira 10 tahun dahulu membabitkan ikan bersaiz hampir sama.

“Penduduk percaya bangkai ikan yang ditemui hari ini (semalam) telah mati beberapa hari lalu kerana berbau dan bahagian ekor reput.

“Ikan itu dipercayai terdampar setelah dihanyutkan ombak dalam kejadian fenomena air laut pasang besar yang berlaku sejak Selasa lalu. Bangkai ikan itu baru dapat dilihat semalam (kelmarin) setelah air laut surut, manakala sebahagian kecil bahagian bawah ikan telah tertimbus dalam pasir,” katanya.

Ghazali turut tidak menyangka kampung berkenaan akan menjadi tumpuan ramai selepas dua penemuan dianggap unik di pantai.

Menurutnya, selain bangkai paus, penduduk turut menemui objek logam didakwa serpihan pesawat, sehingga menimbulkan spekulasi mendakwa ia adalah serpihan pesawat MH370.

Sementara itu, menurut sumber Jabatan Perikanan daerah, Jabatan Perikanan negeri telah menghantar pegawai untuk menjalankan siasatan di lokasi penemuan pada petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof turut melawat lokasi kedua-dua penemuan itu, petang semalam.

Terkejut jumpa objek seperti serpihan pesawat

Written By aku on Thursday, 28 January 2016 | 6:50 pm


BESUT - Seorang tukang rumah terkejut apabila menemui satu objek disyaki serpihan bangkai pesawat di tepi pantai Beting Lintang  dekat Kampung Raja, di sini petang semalam.

Penemuan serpihan tersebut menyebabkan timbul spekulasi ia mungkin milik pesawat Malaysia Airlines  System (MAS) penerbangan MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu.

Lelaki terbabit, Zakaria Muhammad, 26, berkata, dia menemui satu serpihan logam besar itu ketika berjalan di tepi pantai bersama anak perempuannya  berusia 9 tahun  kira-kira jam 6 petang.

Menurutnya, sebaik sahaja terpandang objek yang berada  di dalam air di tepi pantai tersebut, dia bertindak menarik objek tersebut ke pantai.

“Selepas terpandang objek tersebut, saya terus terlintas ia adalah serpihan pesawat (MH370) kerana bentuk dan warnanya.

“Apabila saya mendekati objek itu, saya bertambah yakin kerana ia adalah kepingan logam tahan karat aluminium,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Zakaria berkata lagi, sebaik menemui objek itu petang semalam dia hanya memaklumkan penemuan tersebut kepada beberapa penduduk kampung sebelum berita penemuan itu menjadi heboh selepas tersebar melalui laman sosial pagi tadi.

Menurutnya, bangkai tersebut yang dianggarkan berukuran kira-kira tiga meter panjang dan satu meter lebar mempunyai beberapa lapisan logam serta kesan telah terpisah daripada bahagian lain.

Zakaria lagi, ada beberapa individu dipercayai terlibat dalam bidang penerbangan datang melihat serpihan ini kira-kira jam 11 pagi semalam dan mendakwa serpihan tersebut dipercayai sebahagian daripada kulit enjin sebuah pesawat.

“Penemuan ini sudah dimaklumkan kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)  kampung ini semalam dan selepas itu orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat objek tersebut,” katanya yang seakan-akan bermimpi bertemu dengan serpihan sebuah pesawat itu.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi tersebut mendapati kawasan tersebut menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk melihat secara dekat serpihan tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah diketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan objek yang didakwa serpihan pesawat itu.

Yb dato pehimi sempat meninjau serpihan besi yang di dakwa milik pesawat

Menurutnya, anggota polis telah dihantar ke lokasi tersebut untuk memeriksa dan mengawasi  objek itu sebelum  dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah.

“Polis belum dapat mengesahkan apakah serpihan logam itu  sebenarnya tetapi  dakwaan mengatakan serpihan logam itu  menyerupai kulit bahagian enjin pesawat.

“Kita akan serahkan kepada pihak berkaitan untuk membuat pemeriksaan dan  mengesahkan objek yang ditemui itu,” katanya.


Serpihan pesawat di Thailand bukan dari MH370 - Liow Tiong Lai

Written By aku on Tuesday, 26 January 2016 | 11:40 pm


KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan Malaysia mengesahkan serpihan yang disyaki pesawat yang ditemui di pantai Nakhon Si Thammarat, ke selatan Thailand, Ahad lalu bukan milik pesawat MH370.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata pasukan pakar dari Malaysia mengesahkan nombor bahagian pemasangan, nombor ikatan wayar dan nombor bahagian bolt tidak sepadan dengan pesawat jenis boeing 777.

Tambahnya, terdapat beberapa nombor yang dikesan di beberapa bahagian lain serpihan itu juga tidak tersenarai dalam manual katalog ilustrasi bahagian MAS B-777.

Pasukan pakar membabitkan tiga agensi termasuk kementeriannya, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa serpihan itu bukan milik B777 9M-MRO pesawat MH370.

Panel logam yang terdampar di pantai Thailand lebih mirip kepada bahagian daripada roket, dan bukannya pesawat, kata syarikat pengeluar Jepun pada Isnin.

syarikat Mitsubishi Heavy Industries dari Jepun yang menyatakan nombor siri pada serpihan panel yang ditemui itu menunjukkan ia berkemungkinan berasal daripada salah sebuah roketnya.

 “Walaupun kami tidak dapat mengsahkan sepenuhnya, kami prasakan ia merupakan bahagian daripada roket H-IIA atau H-IIB,” kata jurucakap Mitsubishi Heavy Industries, Sayo Suwashita. Roket-roket tersebut lazimnya bertindak sebagai pelancar satelit ke angkasa. Firma Jepun itu membuat rumusan tersebut selepas mengambil kira bentuk dan nombor siri yang terdapat pada permukaannya. Kementerian Pengangkutan turut melahirkan  terima kasih kepada Kementerian Pengangkutan Thailand dan pihak berkuasa penerbangan awam Thailand kerana tindakan pantas serta sokongan mereka dalam proses mengenalpasti itu.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pada 29 Januari tahun lepas, kerajaan secara rasmi mengisytiharkan pesawat MH370 kemalangan dan kesemua penumpang dan anak kapal dianggap telah terkorban.

Serpihan Dipercayai Milik Pesawat Dibawa Ke Bangkok


BANGKOK – Serpihan yang dijumpai di pantai Nakhon Si Thammarat semalam telah dibawa ke Bangkok hari ini untuk dianalisis lebih lanjut oleh pakar-pakar penerbangan negara itu.
Ini disahkan oleh jurucakap Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF), Naib Marsyal Udara Porngsak Semachai, yang berkata pesawat yang membawa serpihan itu mendarat di pangkalan udara tentera Dong Mueang pada 5 petang (6 petang waktu Malaysia).

“Serpihan itu akan disimpan di pangkalan udara Dong Mueng untuk membolehkan pakar-pakar membuat pemeriksaan selanjutnya,” kata beliau kepada Bernama dalam temu bual melalui telefon di sini, hari ini.

Dua hari lepas, beberapa orang nelayan menjumpai serpihan dipercayai dari bangkai pesawat terdampar di pantai Pa Thya di Nakhorn Si Thammarat dan memaklumkan kepada pihak berkuasa, kerana percaya objek itu ada kaitan dengan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines.

Penerbangan MH370 yang dinaiki oleh 239 penumpang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 mac 2014.

Awal hari ini, empat orang pegawai Malaysia, dipercayai dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA) melawat kawasan serpihan itu ditemui untuk mengumpulkan pelbagai data dan bukti sebelum kembali ke Kuala Lumpur. – BERNAMA

Keputusan serpihan pesawat diketahui dalam masa sehari - DCA

Written By aku on Monday, 25 January 2016 | 8:22 pm


KUALA LUMPUR: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi jaminan bahawa keputusan analisis serpihan pesawat yang ditemui di pantai Nakhon Si Thammarat, Thailand akan diketahui secepat mungkin.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman memaklumkan, ia akan diketahui selewat-lewatnya pada Selasa.

"Saya rasa tidak lama. Insya-Allah, hari ini juga atau petang ini juga sekembalinya mereka (Pasukan DCA) daripada Nakhon Si Thammarat atau kalau pun esok pagilah kalau boleh kita dapatkan hari ini, hari ini juga kita akan bincang dengan YB  Menteri untuk kita keluarkan kenyataan," ujar Azharuddin ketika dihubungi Astro AWANI.

Azharuddin mengulas mengenai penemuan serpihan bangkai pesawat di pantai wilayah Nakhon Si Thammarat pada jam 10 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia), pada Ahad.

Penemuan objek logam besar berukuran dua meter lebar dan tiga meter panjang itu dipercayai daripada bangkai kapal terbang.

Beliau berkata, pihaknya perlu bertindak cepat dan tepat bagi memastikan spekulasi atau khabar angin tentang penemuan serpihan membabitkan MH370 khususnya tidak terus tersebar di media sosial.

"Kalau mana-mana pun serpihan dijumpai kita tidak boleh ambil saja dan kalau dari segi gambar daripada apa yang kita ketahui, kita tengok adalah serpihan mungkin daripada pesawat, kita kena pergi, kita kena tengok sendiri dan kena menganalisakan adakah serpihan tersebut daripada pesawat? Adakah ia daripada MH370?


"Kita tidak boleh biar segala andaian dibuat begitu sahaja. Kita perlu analisa yang tepat supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi. Kita kena jaga juga perasaan waris-waris MH370," tegasnya.

Azharuddin menambah, pihaknya telah berbincang dengan pakar-pakar di Australia  dan telah telah mengenal pasti trip pattern ataupun arus Lautan Hindi.

"Jika ada serpihan yang timbul di mana sekalipun ia akan tetap timbul. Flaperon yang ditemui di Pulau le Reunion adalah satu daripada arus Lautan Hindi yang akan membawa serpihan yang timbul ke Benua Afrika, dan apa-apa yang ditemui di sana akan dilihat dengan teliti," katanya lagi.

Bukan milik MH370’

SHAH ALAM 24 Jan. – Isteri pramugara Malaysia Airlines (MAS) MH370, Mohd. Hazrin Mohamed Hasnan, Intan Maizura Othman, 36, tidak yakin serpihan yang ditemukan di pantai selatan Thailand adalah milik pesawat malang itu. Menurutnya, ini adalah kerana bentuk serpihan itu menyerupai pesawat kargo, bukannya pesawat komersial seperti MH370. ‘‘Saya tidak percaya (serpihan MH370). Itu bukan pesawat komersial. Itu serpihan pesawat kargo,’’ katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas pe­nemuan serpihan besar kepingan logam melengkung yang dikatakan terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat, Thailand semalam. Ketua Pengarah Jabatan Pener­bangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman digesa menghubungi pihak berkuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan.

Masih tiada pengesahan serpihan ditemukan di Thailand milik pesawat MH370 - Tiong Lai

Written By aku on Sunday, 24 January 2016 | 8:12 pm


LANGKAWI: Masih tiada pengesahan bahawa serpihan yang disyaki milik sebuah pesawat yang ditemukan di pantai selatan Thailand adalah milik pesawat MH370.

Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman supaya menghubungi pihak berkuasa Thailand bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan.

"Ketika ini ia hanya spekulasi kerana kita belum dapat apa-apa pengesahan daripada Thailand," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini, hari ini.

Tiong Lai seterusnya meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dalam hal membabitkan MH370 kerana ia hanya memberi tekanan kepada waris penumpang dan anak kapal pesawat itu.

Berdasarkan laporan berita, serpihan yang disyaki bangkai pesawat telah dijumpai di pantai selatan Thailand.

Serpihan besar kepingan logam melengkung dikatakan terdampar di Wilayah Nakhon Si Thammarat, dan penduduk kampung telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk membantu mengenal pastinya.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.
Pada 29 Januari tahun lepas, kerajaan secara rasmi mengisytiharkan pesawat MH370 kemalangan dan kesemua penumpang dan anak kapal dianggap telah terkorban.
Lagi berita penuh di SINI

Tidak mungkin serpihan di Thailand milik MH370 - Pakar penerbangan


Serpihan yang disyaki bangkai pesawat telah dijumpai di bahagian pantai selatan Thailand pada Sabtu tidak mungkin milik pesawat Malaysia Airlilnes MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu.

Pakar penerbangan, Greg Waldron, seorang pengarang urusan di Flightglobal berkata walaupun arus kuat Lautan Hindi boleh menolak beribu-ribu serpihan sejauh mungkin namun adalah mustahil serpihan dapat dihanyutkan ke seluruh Khatulistiwa hingga ke Hemisfera Utara.

"Tanda-tanda diserpihan yang ditemui di Thailand itu, ciri-ciri kejuruteraannya dan peralatannya jelas menunjukkan ianya ada kaitan dengan aeroangkasa, namun ia perlu diperiksa dengan teliti bagi menentukan tempat asalnya.

"Berkemungkinan juga serpihan aeroangkasa itu datang dari pelancaran roket angkasa dari arah timur India ke Teluk Bengal," kata Waldron kepada Reuters.
Tambah Waldron, lokasi penemuan serpihan di Thailand itu akan dilihat tidak konsisten dengan lokasi kemunculan flaperon MH370 di Pulau Reunion, Perancis Julai lalu.

Serpihan besar kepingan logam melengkung berukuran kira-kira 2 meter lebar dan 3 meter panjang ditemui terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat.

Nelayan di kampung tersebut kemudian telah membuat laporan kepada pihak berkuasa Pak Phanang untuk membantu mengenalpastinya.

Nelayan berkata ia mungkin telah berada di bawah laut untuk tempoh tidak lebih dari satu tahun, jika dilihat daripada teritip di atasnya.
Setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi bahawa bangkai itu milik pesawat hilang itu.

Manakala, jurucakap Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC),  pihak berkuasa yang berpangkalan di Canberra, Australia yang menyelia pencarian antarabangsa MH370 sedang menunggu keputusan rasmi pemeriksaan bahan.

Laporan Akhir: MH17 Sah Ditembak Peluru Berpandu BUK Rusia

Written By aku on Wednesday, 14 October 2015 | 2:14 am


Penyiasat antarabangsa akhirnya telah membuat kesimpulan tentang pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Pesawat MH17 ini disahkan telah ditembak oleh peluru berpandu BUK buatan Russia yang dilancar dari kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine, lapor sebuah akhbar Belanda hari ini.

Tiada bangkai pesawat MH370 di selatan Filipina - KPN

Written By aku on Tuesday, 13 October 2015 | 12:29 am


KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat MH370 dijumpai di selatan negara itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu sekali gus menolak dakwaan kononnya ada bangkai pesawat yang dipercayai MH370 dijumpai di negara itu.

"Tak betul... Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama hari ini.

Pada Sabtu lalu, seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan di Balai Polis Sandakan yang mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.

Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa wanita itu menemui banyak rangka manusia dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm panjang dan 89sm lebar.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.

Pencarian pesawat itu bertumpu di selatan Lautan Hindi yang mana penerbangan itu dipercayai berakhir sejak lebih setahun lepas.

#MH370 Dakwaan bangkai pesawat di Pulau Sugbay cetus lebih banyak spekulasi

Written By aku on Sunday, 11 October 2015 | 10:04 pm


KUALA LUMPUR: Dakwaan penemuan sebuah bangkai pesawat dengan rangka manusia di kepulauan selatan Filipina menimbulkan lebih banyak spekulasi apabila ia dikaitkan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang diisytihar hilang, MH370.

Khabar yang mencetuskan pelbagai reaksi itu bermula dengan dakwaan seorang remaja lelaki yang menemui bangkai pesawat itu sewaktu memburu unggas di kawasan lembah hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi pada awal September lalu.

Di lokasi berkenaan, dia juga menemui sehelai kain lusuh dan tanpa mengetahui ia adalah sehelai bendera Malaysia. Tujuan asal remaja berkenaan mengambil kain tersebut hanyalah untuk dijadikan selimut.

“Orang di sana kehidupannya berburu dan tinggal di perkampungan atas air malah tidak menonton televisyen jadi mereka tidak mengambil tahu perihal dunia luar," kata Jamil Omar, individu yang membuat laporan polis tentang perkara itu semalam.

Menurutnya, khabar tentang penemuan remaja itu telah menjadi buah mulut hingga sampai ke pengetahuan ibu saudaranya, Siti Kayam, yang menetap di kepulauan tersebut dan sering ke Sabah.

“Apabila barangan yang diambil dari bangkai pesawat seperti yang didakwa remaja itu, dia (Siti Kayam) terkejut kerana ia adalah bendera Malaysia," kata Jamil kepada Astro AWANI.

Tambahnya, bendera yang dalam keadaan usang tetapi tidak reput itu bagaimanapun diberitahu telah dicuci.
Mengulas lanjut, Jamil berkata beberapa anggota polis telah datang ke rumahnya dan mengambil keterangan ibu saudaranya serta kain bendera tersebut.

Pada Sabtu, Ketua Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam kenyataan mengesahkan menerima laporan tersebut di Balai Polis Sandakan pada Jumaat dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.


Polis Filipina terkejut

Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis di selatan Filipina terkejut dengan dakwaan penemuan bangkai pesawat dengan bendera Malaysia di kawasan hutan terpencil itu.

Portal The Star Online melaporkan, seorang pegawai kanan polis Filipina di ibu pejabat Wilayah Autonomi Muslim Mindanao berkata tidak pernah ada laporan mengenai pesawat terhempas di kepulauan mereka.

“Kami akan menyiasat, namun kalau ia benar berlaku, tentunya sudah dimaklumkan oleh pihak berkuasa penerbangan awam. Setakat ini memang tidak ada,” kata Superintenden Rodoleo Jocson.


Bukan prosedur
Sementara itu, sumber daripada petugas kabin pesawat MAS memberitahu Astro AWANI bahawa bukan menjadi prosedur wajib untuk setiap pesawat MAS membawa bendera Malaysia.

“Namun, bendera itu mungkin dibawa sendiri oleh penumpang pesawat. Tidak boleh begitu mudah untuk mengaitkan penemuan sehelai bendera yang lusuh dengan pesawat MH370,” ujar sumber berkenaan.

Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

#MH370 PDRM tunggu pengesahan pihak berkuasa Filipina - KPN


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah meminta kerjasama pihak berkuasa Filipina untuk ke lokasi yang didakwa ada serpihan pesawat di Pulau Sugbay di Selatan Filipina.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang menunggu pengesahan dari pihak berkuasa Filipina sebelum membuat tindakan susulan.

Menurut Khalid, pengesahan itu dijangka mengambil tempoh dua hari.

"Kita sudah minta rakan di Filipina untuk membuat pemeriksaan... untuk pergi ke lokasi berkenaan dan buat pengesahan kalau ada. Setakat ini, kita dah buat pemeriksaan tapi kita belum dapat apa-apa lagi," katanya selepas Majlis Penutupan Sukan 4 Penjuru ke-12 Sukep di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, pada Ahad.

Laporan polis berhubung penemuan itu dibuat oleh salah seorang penduduk di kepulauan itu di Balai Polis Sandakan dan setakat ini tiada bukti kukuh selain gambar yang dibawa pengadu.

Sebelum ini, dilaporkan dakwaan bangkai pesawat di Pulay Sugbay itu mencetus lebih banyak spekulasi yang dikaitkan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 8 Mac 2014.

Khabar yang mencetuskan pelbagai reaksi itu bermula dengan dakwaan seorang remaja lelaki yang menemui bangkai pesawat itu sewaktu memburu unggas di kawasan lembah hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi pada awal September lalu.
LAGI BERITA MH370 DI SINI




Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

Polis Sabah Siasat Kesahihan Bangkai MH370 Ditemui


KOTA KINABALU – Polis Sabah masih lagi menyiasat kesahihan kandungan laporan polis berhubung penemuan bangkai sebuah pesawat kononnya MH370 milik Malaysia Airlines Berhad (MAB) di sebuah pulau di selatan Filipina.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya akan memanggil seorang lelaki yang membuat laporan tersebut di Balai Polis Sandakan bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut lagi.

(BACA JUGA > Polis terima laporan bangkai pesawat dipercayai MH370 ditemui di Selatan Filipina)

“Pihak Cawangan Khas akan menyoal pengadu untuk mendapatkan butiran terperinci. Setakat ini, polis Sabah belum dapat memastikan kesahihan maklumat dalam laporan itu,” katanya menerusi kenyataan media di sini, malam Sabtu.
Jalaluddin menjelaskan, seorang lelaki yang bernama Jamil Omar telah membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa ibu saudaranya menemui satu bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di selatan Filipina.

“Ibu saudara Jamil itu mendakwa dalam pesawat berkenaan terdapat banyak rangka manusia selain dia juga menjumpai sehelai bendera Malaysia yang berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar,” kata beliau.
Bagaimanapun, Jalaluddin memberitahu, pihak polis masih belum lagi dapat memastikan kepastian sama ada laporan yang mereka terima itu sebagai memang adalah benar ataupun mungkin sekadar maklumat palsu.

Dalam laporan berkenaan, lelaki berusia 40-an itu mendakwa ibu saudaranya yang berasal dari Tawi-Tawi itu menemui bangkai pesawat berkenaan yang dipercayai MH370 di pulau tersebut pada awal September lepas.

Sementara itu laporan lain pula menyatakan, lelaki yang bekerja sebagai juruteknik audio visual itu berkata dia, anak saudaranya serta beberapa yang lain sedang memburu burung ketika mereka menjumpai bangkai tersebut.

Akhbar The Star melaporkan, mereka kemudian mendekati bangkai itu sebelum menjumpai rangka manusia, malah turut menemui rangka di bahagian tempat duduk juruterbang yang masih lagi memakai tali pinggang.

Pesawat MH370 milik MAB itu dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lalu ketika melakukan penerbangan dari KLIA Sepang ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.- Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

Polis terima laporan bangkai pesawat dipercayai MH370 ditemui di Selatan Filipina


KUALA LUMPUR: Polis Sabah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan serpihan pesawat di selatan perairan Filipina pada Sabtu.

Menurut laporan yang diterima, bangkai berkenaan dipercayai milik MH370 kerana terdapat bendera Malaysia pada pesawat  tersebut.
(BACA  JUGA> Polis Sabah Siasat Kesahihan Bangkai MH370 Ditemui )
(BACA JUGA >> #MH370 Dakwaan bangkai pesawat di Pulau Sugbay cetus lebih banyak spekulasi)

Laporan the Star yang dipetik sebagai berkata, laporan polis mengenai penemuan itu dibuat seorang lelaki yang percaya bangkai pesawat dengan tulang manusia di dalamnya adalah milik MH370.

Bangkai pesawat itu dikatakan ditemui anak saudaranya di Pulau Sugbay, ke selatan Pulau Tawi-Tawi di selatan Filipina beberapa hari lalu.


Dia bertindak mengambil bendera Malaysia tersebut sebelum memaklumkan kepada bapa saudaranya.

Sementara itu, Ketua Polis Sabah, Datuk Jalaludin Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan tersebut dan akan menjalankan siasatan.

Pesawat malang  itu membawa 239 penumpang dan dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing sebelum dilaporkan hilang. 
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-terima-laporan-bangkai-pesawat-dipercayai-mh370-ditemui-di-selatan-filipina-76026
Promosi Pasang Astro 
PROMOSI : PEMASANGAN ASTRO
( BULANAN SERENDAH RM22.35 SAHAJA SELAMA 1 TAHUN )
TERENGGANU,KELANTAN, PAHANG
Siap Pasang ( complete sume hanya Bulanan Serendah RM22.35 Sahaja SELAMA 1 TAHUN )
1 DEKODER SET
1 OUTDOOR UNIT
1 WAYAR 20METER PERCUMA
*TIADA CAJ TERSEMBUNYI UNTUK PEMASANGAN
* WARANTI SELAMA ANDA MELANGGANG ASTRO UNTUK SET DEKODER
* HARGA PEMASANGAN BAYAR PADA INSTALLER SELEPAS DI PASANG
# Lebih murah & menjimatkan masa disamping menambah ilmu pengetahuan
# Dari rancangan kanak-kanak,hiburan,sukan,agama,sains & teknologi dalam 1 ASTRO
HUBUNGI- whatsapp CAL ke no - 01129206584

'Tidak mustahil serpihan hanyut ke pulau itu'

Written By aku on Thursday, 6 August 2015 | 12:44 pm


KUALA LUMPUR - Corak pergerakan ombak di lautan dilihat tidak mustahil serpihan sayap MH370 hanyut ke Pulau Reunion.

Menurut bekas ketua juruterbang Malaysia Airlines (MAS‎), Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, penemuan serpihan itu adalah bukti fizikal pertama pesawat tersebut sebenarnya terhempas di Lautan Hindi seperti yang dijangka oleh pasukan mencari.

"Ia adalah bukti fizikal pertama dan jika dilihat daripada corak pergerakan ombak di lautan, adalah tidak mustahil serpihan itu hanyut ke pulau itu," katanya.

Selepas penantian hampir 17 bulan ke atas misteri paling besar industri penerbangan, akhirnya ia boleh dikatakan MH370 disahkan terhempas di Lautan Hindi.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal pagi ini secara rasmi mengumumkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah sah milik MH370‎ yang hilang dari radar pada tengah malam 8 Mac tahun lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Namun persoalan sekarang adalah apa yang berlaku selepas pengumuman ini?

Sementara itu, kata Nik Ahmad lagi, ‎selepas pengesahan serpihan itu adalah sebahagian daripada pesawat tersebut,  pasukan siasatan harus membuat senarai inventori bahagian pesawat Boeing 777 itu yang mungkin boleh hanyut.

"Dengan cara ini, pasukan siasatan pasti boleh mengenalpasti secara pantas jika ada bahagian lain daripada pesawat itu yang ditemui penduduk pulau tersebut," katanya.

Nik Ahmad berkata, pasukan itu juga harus membuat model objek hanyut bagi mencari laluan kemungkinan serpihan lain di lautan berkenaan.

"Mereka juga harus melakukan simulasi menggunakan komputer untuk cuba mencari lokasi sebenar tempat ia terhempas di Lautan Hindi," katanya.

Mengulas perkara sama, Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian yang juga Ketua Kajian dan Inovasi Universiti Kuala Lumpur, tugas utama sekarang adalah untuk mengesan lebih banyak serpihan dan kemungkinan untuk itu adalah tinggi dengan penemuan itu.

"Langkah seterusnya pasti untuk menumpukan pencarian di sekitar Madagascar dan Afrika kerana serpihan pesawat berkemungkinan besar hanyut ke sana.

"Selain itu, lebih banyak ujian dan analisis perlu dibuat ke atas serpihan itu untuk memastikan sama ada pesawat tersebut terhempas ke laut atau terlebih dahulu meletup di udara," katanya.

Walaupun pengumuman Najib itu membongkar banyak soalan yang tidak terjawab lebih daripada setahun, ia tetap memberi cabaran yang lebih besar kepada penyiasat yang terlibat dalam misi pencarian ini.

Menurut Harridon, cabaran termasuk mencari keseluruhan pesawat yang mungkin terbenam di dasar laut serta mengesan 239 mayat yang mungkin bertaburan pasti satu tugas besar yang memerlukan kesungguhan daripada pasukan mencari.

"Ia pasti sukar dan mencabar untuk pasukan mencari kerana untuk mengesan serpihan adalah proses yang rumit kerana objek biasanya kecil," katanya.

Pesawat itu hilang 120 batu nautika dari timur Kota Kinabalu di Laut China Selatan, dan tiada isyarat kecemasan diberikan dari pesawat Boeing 777-200ER yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 tengah malam dan dijangka tiba di Beijing jam 6.30 pagi. - Bernama

Serpihan sayap di sahkan milik MH370


KUALA LUMPUR - Pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis adalah daripada MH370 - menyokong rumusan awal bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hari ini pakar-pakar yang berkumpul di Toulouse, Perancis telah mengesahkan serpihan pesawat dijumpai di Pulau Reunion sememangnya daripada MH370.

"Kami sekarang mempunyai bukti fizikal seperti yang saya umumkan pada 24 Mac tahun lepas, MH370 berakhir dengan tragik di selatan Lautan Hindi," Perdana Menteri berkata secara langsung menerusi TV3 pada jam 1.45 pagi hari ini.

Pengesahan itu dijangka mengecilkan kawasan pencarian dan meningkatkan harapan untuk menyelesaikan apa yang dikatakan sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbangan moden.    

Terdahulu, MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar pada 8 Mac 2014.

"Menghitung hari, minggu dan bulan merupakan suatu tempoh yang menyeksakan buat keluarga mangsa," kata Najib.

"Kehilangan pesawat itu adalah tanpa sebarang duluan.  Pada setiap peringkat, kami mengikuti sekecil mana bukti yang ada. Biarpun usaha dari 26 negara dan pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan dari Laut China Selatan hingga ke Lautan Hindi, pesawat itu tidak dapat dikesan.

Begitu juga penyiasatan oleh pakar penerbangan terkemuka dunia tidak dapat menjawab mengapa MH370 tersasar daripada haluan dan hilang. Sementara kehilangan pesawat itu kekal misteri, kami berkongsi penderitaan mereka yang dalam kesedihan," kata beliau.

Pengumuman Perdana Menteri yang disiarkan di seluruh dunia hari ini adalah selepas 515 hari pesawat itu hilang.

Najib mengucapkan terima kasih kepada banyak negara, organisasi dan individu yang terlibat dalam pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan.

Beliau berharap pengesahan itu walau bagaimana tragik dan menyakitkan sekurang-kurangnya memberi kepastian kepada keluarga dan "mereka yang tersayang" penumpang dan kru MH370.  

"Mereka mendapat simpati yang teramat dan doa dari kami, " kata beliau.

Perdana Menteri memberi jaminan kepada semua mereka yang menerima kesan tragedi itu bahawa Kerajaan Malaysia akan berbuat apa saja di dalam kemampuannya untuk mencari kebenaran tentang apa yang berlaku.

"Kehilangan MH370 menyebabkan kita bersatu sebagai satu bangsa. Kami berkabung bersama anda, sebagai satu negara.
 
Saya menjanjikan ini: Malaysia akan sentiasa memperingati mereka yang terkorban dalam MH370," kata Najib. - Bernama

Australia makin yakin penemuan MH370

Written By aku on Saturday, 1 August 2015 | 12:59 pm


KUALA LUMPUR 31 Julai - Seorang pegawai atasan Australia berkata pihak berkuasa yang mencari Penerbangan MH370 ‘semakin yakin’ bahawa serpihan yang dijumpai di sebuah pulau di Lautan Hindi berasal dari kapal terbang yang hilang itu, menurut AFP.

Agensi itu melaporkan serpihan berukuran dua meter panjang itu akan dihantar ke Perancis untuk dianalisis, dengan harapan tinggi bahawa ia akan menjadi bukti pertama menunjukkan pesawat itu jatuh di Lautan Hindi.

Para penyiasat juga berharap mereka akan semakin hampir menyelesaikan misteri yang menyelubungi pesawat Malaysia Airlines Boeing 777, yang hilang tanpa dapat dikesan 16 bulan lepas bersama 239 penumpang.

“Kami semakin yakin serpihan itu berasal daripada MH370. Bentuk objek itu kelihatan seperti bahagian tertentu yang dikaitkan hanya dengan pesawat 777,” kata Martin Dolan, ketua pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia yang mengetuai pencarian MH370 kepada AFP.

Dolan, bagaimanapun, senada dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa objek itu besar kemungkinan berasal dari Boeing 777, tetapi memberi amaran bahawa ia masih perlu disahkan, lapor agensi berita itu.

Pesawat berkenaan hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur. – BERNAMA
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger