Home » » Mat Sabu sentap, Bantah TPPA jadi medan hentam AMANAH

Mat Sabu sentap, Bantah TPPA jadi medan hentam AMANAH

Written By aku on Sunday 24 January 2016 | 12:20 am


Perhimpunan Bantah TPPA di ibu Negara pada Sabtu jelas gagal menepati sasaran menarik penyertaan orang ramai kerana hanya sekadar tidak lebih 5 ribu orang menyertainya.

Apa yang lebih jelas pada perhimpunan yang didominasi penyokong PAS dengan baju t berwarna hijau sebaliknya adalah ketidakpuasan hati mereka terhadap Parti Amanah Negara (AMANAH), iaitu parti serpihan parti Islam itu.

Sewaktu Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chang menyampaikan ucapan di Padang Merbok, sebilangan besar peserta terang-terangan mengejek dan menghina parti AMANAH.

Antara laungan yang kedengaran ialah “Jahanam Amanah” dan “Hancur, hancur, AMANAH hancur!”.

Sekretariat penganjur perhimpunan tersebut, Bantah TPPA mengesahkan bahawa tiada pemimpin parti AMANAH menyertai bantahan itu.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu bagaimanapun dilihat bercakap kepada sekelompok peserta yang turut disertai wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Jalan Parlimen.

Pun begitu, tiada seorang pun pemimpin atasan DAP dilihat kecuali Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, sekaligus seolah-oleh mengesahkan dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa DAP menyokong TPPA kerana aktiviti perniagaan di Malaysia didominasi kaum Cina.

Perhimpunan Bantah TPPA ini diadakan sebagai usaha terakhir untuk menghalang Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik yang keputusannya akan diundi di parlimen sewaktu sesi persidangan khas pada Selasa, Rabu dan Khamis ini.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger