Home » » Tidak Mustahil PAN Juga Bakal Dipermainkan DAP – Prof Dr Azmi

Tidak Mustahil PAN Juga Bakal Dipermainkan DAP – Prof Dr Azmi

Written By aku on Saturday 23 January 2016 | 11:49 pm


Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan tidak menolak kemungkinan Parti Amanah Negara (PAN) juga bakal dipermainkan DAP terutamanya berkaitan dengan soal pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).
Menurutnya, DAP tidak akan begitu mudah menyerahkan kerusi milik mereka kepada rakan pakatan seperti PAN kerana menganggap parti mereka kuat dan mampu bersendirian.

“Diramalkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi DAP pada PRU14 ini akan bertambah berbanding PRU13 kerana ketiadaan PAS dalam Pakatan Harapan. Secara logiknya kekosongan PAS sepatutnya diisi PAN tetapi DAP ketika ini begitu dominan dalam pakatan.

“Saya jangka DAP akan menang besar dari segi pembahagian kerusi berikutan ketiadaan PAS manakala PKR pula hanya peroleh kerusi tambahan dalam bilangan sedikit sahaja.

“PAN pula akan rasa tertipu dan dipermainkan kerana mereka sepatutnya miliki kerusi PAS tetapi tidak akan dibenarkan DAP,” katanya dilapor Sinar Harian

Azmi berkata, secara logiknya PAN menyimpan harapan untuk bertanding di semua kerusi milik PAS, namun hasrat parti hanya dapat diputuskan Pakatan Harapan yang didominasi DAP.

“Mungkin PAN beranggapan semua kerusi PAS milik mereka, namun pada hakikatnya DAP dan PKR akan memperoleh sebahagian besar komposisi kerusi berkenaan manakala PAN cuma mendapat baki lebihan itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, situasi seperti ini jelas menguji keikhlasan DAP bersama rakan-rakannya yang lain.

“Susulan kemelut ini, PAN boleh menilai reaksi DAP sama ada bersetuju atau tidak menyerahkan sedikit kerusi mereka kepada sekutu baharu seperti PANh.

“Malah PAN juga harus berhati-hati untuk pastikan mereka tidak disabotaj jika dapat kerusi kelak,” katanya.
Beliau mengandaikan, DAP akan meredakan isu panas ini dengan meyakinkan PAN untuk bertanding di kerusi PAS.

“Kerana DAP pasti mahu kekalkan majoriti mereka untuk tidak timbulkan undi protes dalam kalangan ahli.

“Bagaimanapun, DAP perlu sedar dan buka mata bahawa mereka masih perlukan sekutu Melayu Islam untuk dapatkan sokongan pengundi Melayu,” katanya

Sivamurugan berkata, buat masa ini tidak nampak persaingan dengan formula satu lawan satu malah berkemungkinan berlaku pertembungan tiga penjuru di kawasan bukan PKR atau DAP.

Sebelum ini, Setiausaha AMK, Chang Lih Kang menyarankan DAP menyerahkan separuh daripada kerusi majoriti Cina yang diwakilinya kini kepada PAN hal ini bertujuan mengikis label ‘anti-Melayu’ terhadap parti itu.

Bagaimanapun, DAP menyifatkan cadangan itu sebagai pendapat peribadi semata-mata bahkan perkara itu tidak pernah dibincangkan di peringkat kepimpinan DAP Selangor.

Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat pula berpendapat adalah mustahil untuk DAP memberikan kerusi miliknya kepada PAN pada PRU 14 nanti.
“Pandangan saya setakat satu ke dua kerusi DAP boleh berikan kepada PAN. Kalau separuh itu tidak mungkin DAP akan berikan. DAP pun ada calon Melayu yang bertanding di beberapa kerusi. DAP hanya sandiwara sahaja, mereka hanya bermain politik sahaja,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang hasrat DAP untuk meramaikan calon mereka daripada kaum Melayu bagi mendapatkan sokongan Melayu, Tan berpandangan rancangan DAP tidak akan berjaya tanpa sokongan PAS.

“Kita tengok apa yang mereka buat dengan PAS, itu adalah jawapannya kerana tanpa PAS, DAP tidak boleh menang begitu besar. Mereka tidak akan menang.

“Walaupun saya seorang Cina saya sanjungi agama PAS, ini bererti mereka ini kuat. Apa yang dulu mereka ceritakan memang mereka akan lakukan. Pimpinan DAP sekarang ini tidak demokratik,” ujarnya.
--SUMBER
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger