Home » » Najib telah kembalikan sebahagian besar dana 'RM2.6 bilion' - Peguam Negara

Najib telah kembalikan sebahagian besar dana 'RM2.6 bilion' - Peguam Negara

Written By aku on Tuesday, 26 January 2016 | 11:27 pm


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengembalikan semula sebahagian besar dana yang dikatakan 'RM2.6 bilion' yang diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, wang sejumlah USD620 juta (RM2.03 bilion) telah dikembalikan semula oleh Najib pada Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Berhubung kertas siasatan berkaitan dana yang dikatakan berjumlah 'RM2.6 bilion' yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan oleh SPRM kepada saya.

"Ia menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun PM berjumlah USD681 juta (RM2.08 bilion) adalah merupakan sumbangan peribadi kepada PM daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada beliau tanpa sebarang balasan," katanya pada sidang khas di pejabatnya di sini, hari ini.

Katanya pihak SPRM di dalam siasatan itu telah menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dana tersebut yang mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada Najib secara peribadi.

"Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hati bahawa tiada terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut," katanya.

Sehubungan itu, beliau juga berkata tiada keperluan bagi Malaysia membuat permintaan bantuan bersama dalam perkara jenayah kepada negara asing untuk melengkapkan siasatan berhubung sumbangan dana itu.

Apandi berkata tiada terzahir apa-apa kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan berhubung dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger