PAS Sudah Peningg Lagi Memeningkan Rakyat - Roslan Ismail
Written By aku on Tuesday 26 January 2016 | 7:04 am
Mengapa semua ahli dan mantan pemimpin PAS Terengganu kini sudah beralih arah dengan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) yang diketuai oleh Muhammad Sabu (Mat Sabu).
Di Terengganu ramai lagi mantan-mantan YB Pas pada tahun 1999 dan kini akan bersama PAN kerana PAS berpolitik hanya untuk mencari keredhoan yang maha berkuasa dan bukan untuk kemenangan parti dan juga ahli-ahlinya.
Menurut Ustaz Roslan Ismail bekas adun Pas Bukit Besi (1999-2004) yang juga naib pengerusi PAN negeri Terengganu, Pas telah membuat rakyat(pengundi) dan ahli Pas pening dan terus pening.
“Saya berada 32 tahun dalam PAS dan berabis duit, letak jawatan sebagai pensyarah kerana berjuang dengan Pas atas niat kerana Allah SWT demi menyelamatkan Malaysia ini”
“Tetapi yang kita marah, kita hairan kenapa berlaku perkara ini dalam Pas dan mereka yang keluar dari Pas telah memberi isyarat akan terus berada dibelakang saya untuk meneruskan perjuangan dan membawa syiar islam di dalam negara ini jika kita memerintah akan datang”
“Kalau dulu.. bergegar-gegar PAS bercakap diatas mimbar serta diatas pentas tentang perjuangan untuk memartabatkan islam dinegara ini tetap ia terus layu di tangan UMNO’ ujurnya.
Katanya lagi, Pas akan memainkan isu hudud apabila menjelangnya pilihan raya umum dan ia modal Pas dari dulu lagi sejak 50 tahun dendangan untuk meraih simpati pengundi melayu Islam.
“PAS lemah dengan UMNO dan siap tawar diri untuk menjadi penasihat kepada UMNO dan disini ada persoalan yang timbul… adakah PAS sudah menerima sesuatu dari UMNO sehingga sanggup putuskan hubungan dengan kawan-kawan pembangkang yang lain”
“Dengan menyertai landasan perjuangan yang baru ini ada sinar yang bakal menjelma kerana formula kemenangan parti adalah kerjasama dengan parti lain”
“Pas tidak akan menang dengan berpolitik berseorangan kerana sejarah sudah pun ada… kemenangan akan menjelma dengan pertolongan dan kerjasama dengan maklamat yang satu iaitu menumbangkan UMNO” , ujurnya.
Labels:
Politik