Jari kaki terpijak duri ikan duri
Written By aku on Wednesday 18 January 2017 | 1:08 pm
BESUT - Seorang nelayan yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Raja yang dikhuatiri lemas di pantai Bukit Keluang di sini terpaksa menahan sakit apabila jari kakinya terpijak duri ikan duri pagi tadi.
Mangsa Asmadi Abdullah, 57, terpaksa dikejarkan ke Hospital Besut dengan keadaan seekor ikan duri masih terletak di jari kirinya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Mohd Zailani Abdullah berkata, sebelum kejadian mangsa yang menaiki salah sebuah daripada tujuh buah bot nelayan terlibat dalam membantu mencari mangsa lemas, Muhammad Izzat Haikal Alias, 12 tahun di berhampiran pantai tersebut.
Menurutnya, nelayan terbabit menggunakan pukat tunda sebagai usaha mencari mangsa di situ dan pukat tunda bot yang dinaiki Asmadi terlekat seekor ikan duri.
“Ketika menarik pukat itu tiba-tiba jari kaki kirinya terkena sengat duri ikan tersebut sehingga ikan duri tersebut terletak di bahagian tersebut.
“Usaha mencabut sengat ikan itu gagal menyebabkan mangsa dikejarkanke Hospital Besut dengan kenderaan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) sejurus kemudian,” katanya.
Labels:
Semasa