Pacuan empat roda nyaris dihanyut ombak
Written By aku on Sunday 22 January 2017 | 10:01 pm
BESUT - Dua anggota Skuad Bencana Kelab Belantara 4x4 Besut yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa emas di pantai Bukit Keluang berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka nyaris dihanyutkan ombak pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, tayar kenderaan Mitshubisi Storm yang dipandu sendiri Presiden kelab tersebut, Wan Nadzlen Wan Mohamed dan rakannya itu terperangkap di dalam pasir di tepi pantai tersebut.
Menurut Wan Nadzlen, sebelum kejadian mereka sedang melakukan rondaan di sepanjang pantai antara Pantai Air Tawar sehingga Bukit Keluang untuk mengesan seorang lagi murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Raja, Muhammad Izzat Haikal Alias yang dikhuatiri lemas dan belum ditemui.
“Kami terpaksa melalui laluan berpasir di sepanjang pantai untuk memastikan setiap tempat dilalui dan dilihat dengan jelas sekiranya kemungkinan mangsa terrdampar di pantai setelah ditolak ombak.
“Bagaimanapun ketika kami cuba melepasi satu alur sungai kecil yang keluar ke laut di tempat kejadian, tayar kenderaan kami terbenam di dalam pasir menyebabkan kenderaan tersekat di situ,” katanya.
Wan Nadzlen berkata lagi, pada masa sama ombak besar dan air laut pasang dengan cepat menyebabkan kenderaan dipukul ombak serta dimasuki air.
Labels:
Semasa