Home » , » 13 sekolah di Terengganu masih tutup

13 sekolah di Terengganu masih tutup

Written By aku on Sunday 22 January 2017 | 9:56 pm


KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir yang semakin pulih di Terengganu menjadikan hanya 13 sekolah akan ditutup esok manakala 14 sekolah lagi akan dibuka seperti biasa.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata berdasarkan data yang dikemas kini sehingga 5 petang tadi, penutupan 13 sekolah itu melibatkan 3,415 pelajar dan murid serta 379 guru.

Katanya, penutupan itu melibatkan 11 buah sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah.

"Di Setiu, tiga sekolah yang masih ditutup akibat ditakungi air ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Besut, SK Kampung Bukit dan SK Sungai Las.

"Di Hulu Terengganu pula, enam sekolah yang ditutup ialah SK Kua, SK Bukit Tadok, SK Getang, SK Tengku Ampuan Intan, Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang dan Sekolah Menengah Agama Mahmudiah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun di Kemaman, sekolah yang ditutup meningkat kepada tiga berbanding satu hari ini iaitu  SK RTK Seberang Tayor, SK Seberang Tayor dan SK Pasir Gajah.

Di Besut pula hanya sebuah sekolah ditutup kerana masih ditakungi air iaitu SK Tembila. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger