Home » » Jambatan Besut masih selamat dilalui

Jambatan Besut masih selamat dilalui

Written By aku on Saturday 21 January 2017 | 10:14 pm



JERTIH - Orang ramai diminta tidak mempercayai khabar angin mendakwa jambatan Jertih di sini berbahaya dilalui kerana berlaku retakan di bahagian bawahnya.

Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raja (JKR) Besut, Ir  Mohd Alwi Mat Zin berkata, pemeriksaan pihaknya malam tadi mendapati jambatan tersebut masih selamat digunakan oleh semua kenderaan.

Menurutnya,  pihaknya mengakui ada sedikit rekahan kecil pada simen di bahagian  bawah jambatan  laluan motosikal di situ namun ia tidak menjejaskan struktur jambatan.

"Jambatan itu masih selamat dilalui dan tidak ada keretakan pada permukaan jalan jambatan itu.

"Hanya tampalan simen bahagian luar sahaja yang tertanggal sedikit ,"katanya yang turut memantau keadaan  jambatan  tersebut kira kira jam 8 malam tadi.

Mohd Alwi berkata lagi,  maklumat yang  diviralkan  tidak benar dan jambatan itu dibuka seperti biasa.

Menurutnya, JKR akan membuat pemantauan secara berterusan dan akan menempatkan kakitangan untuk tujuan itu.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger