Home » » Penyelam disengat obor-obor

Penyelam disengat obor-obor

Written By aku on Wednesday 18 January 2017 | 1:01 pm


KAMPUNG RAJA - Pasukan penyelam yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Raja, Muhammad Izzat Haikal Alias, 12, yang dikhuatiri lemas di pantai Bukit Keluang di sini berdepan cabaran getir apabila terpaksa berdepan serangan obor-obor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Mohd Zailani Abdullah berkata, pasukan penyelaman terdiri daripada polis marin, Maritim, bomba dan orang awam berdepan dengan cabaran tersebut ketika membuat selaman mencari mangsa di sepanjang pantai tersebut.

Menurutnya,seramai dua orang terkena sengatan obor-obor semalam dan salah seorang daripada mereka iaitu anggota Scuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan.

“Semalam masuk hari kedua selaman dilakukan dalam gerakan mencari tersebut dan setiap hari ada di kalangan penyelam disengat hidupan laut itu,” katanya.

Salah seorang mangsa Zawali Hassan, 42, disengat sebanyak dua kali oleh obor-obor ketika menyelam mencari mangsa termasuk kali kedua disengat di bahagian muka.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia menyelam tidak jauh daripada tempat mangsa lemas apabila pada mulanya sengatan obor-obor terkena pada bahagian tangan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger