Home » » Pasangan berumur 17th di tangkap khalwat di bilik hotel

Pasangan berumur 17th di tangkap khalwat di bilik hotel

Written By aku on Monday 27 February 2017 | 2:37 pm


BESUT - “Saya tidak tahu dia nak ajak tidur sini, sebab dia janji nak hantar balik rumah,” demikian alasan diberikan seorang pelajar tingkatan tiga selepas ditangkap berkhalwat bersama teman lelakinya yang berusia 17 tahun di sebuah bilik hotel murah, di bandar Besut, Khamis lalu.

Calon ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) itu ditahan selepas bilik hotel yang disewa bersama teman lelakinya yang juga merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kira-kira jam 11.30 malam.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam memberitahu menjadi satu kelaziman pasangan remaja menyewa bilik-bilik hotel murah di sekitar bandar Besut terutama pada malam minggu.



Katanya, siasatan mendapati pelajar perempuan itu sebelum ini dijemput oleh teman lelakinya dari asrama sebelum sama-sama merancang untuk menyewa bilik di hotel terbabit sehingga Sabtu.

“Gadis itu memberitahu kekasihnya yang juga bersekolah di sekolah berhampiran sentiasa menjemputnya balik dari asrama setiap kali ibunya tidak dapat berbuat demikian kerana terpaksa ke Kuala Lumpur.

“Malah, petang tadi (hari kejadian), dia mendakwa teman lelakinya terpaksa mengambilnya di asrama kerana ibunya tiada dan pergi ke Kuala Lumpur kerana ada urusan kerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya lagi, remaja itu mengakui menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya sejak November tahun lalu selepas berkenalan di gerai kuih ibunya, bagaimanapun mendakwa langsung tidak menyangka teman lelakinya itu berani mengajak tidur di bilik hotel terbabit.

“Malah dia mendakwa lelaki itu memang tidak pernah sesekali memaklumkan kepadanya berkaitan perancangan bermalam di situ kerana sebelum ini, teman lelakinya berjanji akan menghantarnya pulang ke rumah.

“Dalam masa sama, gadis itu mengakui memang sebelum ini teman lelakinya pernah menemaninya bermalam di rumah ketika ibunya tiada di rumah,” katanya.

Wan Mohd berkata, kedua-dua remaja itu di bawa ke Pejabat Agama daerah Besut untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana berkhalwat.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger