Thursday, 6 April 2017

Beg sandang dicuri ketika selenggara CCTV masjid


JERTIH - Seorang pelatih sebuah syarikat pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) tidak menyangka beg sandangnya dicuri ketika dia sedang melakukan kerja penyelenggaraan di Masjid Hadhari, di sini, semalam.

Mangsa Mohd Rohaizam Najmi, 20, berkata, di dalam beg yang dicuri itu mengandungi beberapa  dokumen penting antaranya kad pengenalan dan lesen memandu
Menurutnya, sebelum itu, dia bersama lima rakan sekerjanya  terlibat dalam kerja penyelenggaraan CCTV masjid tersebut dan meletakkan begnya di sudut berhampiran beberapa peralatan kerja.


“Ketika rehat kira-kira jam 1 petang, mereka telah memunggah peralatan kerja masuk ke dalam van, namun tertinggal beg di situ.


“Apabila saya pergi semula ke masjid tersebut untuk mengambil beg itu kira-kira jam 1.45 petang mendapati beg tersebut telah tiada dipercayai dicuri,” kata bekas pelajar Kolej Vokasional Besut itu.

Mohd Rohaizan berkata lagi, semakan menerusi rakaman CCTV masjid  mendapati seorang lelaki berusia 20 hingga 30 an telah mengambil beg tersebut.