Hanya, ingin gembirakan puterinya, peduli kecaman: Che Ta
Written By aku on Wednesday, 7 November 2018 | 4:27 pm
SETIAP tahun sambutan ulang tahun kelahiran anak pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana akan disambut meriah dan sering mendapat perhatian.
Tidak terkecuali sambutan hari lahir Aaisyah yang keempat tahun baru-baru ini. Bukan sahaja mendapat perhatian malah menerima pelbagai kecaman apabila Rozita atau Che Ta mengadakannya dalam tema duyung atau kartun popular Mermaid.
Pada majlis sambutan hari jadi itu, Aaisyah memakai baju bertemakan duyung dan dilihat turut mendedahkan sedikit bahagian perutnya.
Seperti biasa, Che Ta tidak pernah mempedulikan apa jua kecaman dan mempunyai alasannya tersendiri.
Menurut Che Ta, tema hari jadi itu diminta sendiri oleh Aaisyah dan puterinya itu gembira serta berpuas hati dengan sambutan hari jadinya.
“Budak kecil (Aaisyah) ini lah yang minta sambutan hari lahirnya dia tema Mermaid... nak pergi Tokyo Disneyland lah... kerana kasih, ku turutkan.
“Walaupun ramai yang kecam'...tapi tak apalah, Aaisyah sungguh gembira pada sambutan hari lahir dia hari itu... hari-hari dia cakap, terima kasih mummy, buat majlis hari lahir Aaisyah, Aaisyah gembira sangat," tulis Che Ta di Instagram miliknya.
Katanya lagi, dia tak kisah apa orang nak cakap, janji anaknya gembira dan tidak sangka Aaisyah menghargai sangat apa yang dia lakukan.
Aktress itu turut memuat naik fotonya bersama keluarga yang kini sedang bercuti di Tokyo, Jepun.
Rata-rata pengikut IGnya juga turut bersetuju dengan pendapat Che Ta. Maklumlah anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan, dan umpama permata keluarga tentunya setiap keinginan ingin dipenuhi oleh pasangan selebriti itu.
"Pedulilah apa orang cakap. Bukan duit mereka pun. Duit Che Ta sendiri yang keluar," tulis miz_wdm.
"Kalau ada masalah hati memang macam itu, janji kita mampu dan anak pun gembira," tulis ashqienmanap.
"Pandai Aaisyah menghargai... semoga sampai besar ade sifat macam itu sayang," tulis nuriejshoppe.
"Rezeki Aaisyah... kalau saya banyak duit pun, saya buat juga," nany_karin
"Kalau mampu apa salahnya, janji tak membazir... niat untuk penuhkan hasrat hati anak tak salahnya... yang salah itu bila berbelanja berlebihan hingga membazir... dan lebih teruk lagi bila sanggup berhutang," tulis kerodiana1417.
--sinar--
Labels:
Hiburan