Home » » Kenyataan Mahfuz sekadar penyedap telinga

Kenyataan Mahfuz sekadar penyedap telinga

Written By aku on Wednesday 7 November 2018 | 4:23 pm


SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berhubung kemasukan ahli Pas ke Amanah hanyalah untuk ‘halwa telinga’.

Menurutnya, sebelum ini juga Amanah pernah mendakwa kononnya 100,000 ahli Pas bakal menyertai Amanah namun sehingga kini tiada pula ia berlaku.


“Lama dulu mereka beritahu, hujung tahun lepas kata dapat 100,000 ahli Pas. Jadi tak tahulah apa pula kata kali ini.

“Tak tahulah apa KPI (Petunjuk Prestasi Utama) lagi. Nak ambil dari kalangan JKKK pun tiada ke mereka.


“Sekadar halwa telinga (kemasukan ahli Pas ke Amanah) sajalah,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, Pas tidak terkesan dengan kenyataan Mahfuz kerana perkara sebegitu pernah diungkapkan sebelum ini.

“Dulu kata 100,000 ahli masuk, terpulanglah. Kita tengok sajalah.

“Bagi halwa telinga boleh la...habuan minuman sebelum nak tunggu Maghrib,” katanya disusuli ketawa.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas kenyataan Mahfuz mendakwa ahli Pas beralih arah kerana kerjasama Pas - Umno, Idris menegaskan hubungan Pas - Umno disebabkan mereka sama-sama pembangkang.

Menurutnya, hubungan sebegitu sama seperti dengan DAP sebelum ini, sama-sama berjuang sebagai parti pembangkang untuk menumbangkan BN.

“Macam kita berkawan dengan DAP dulu. Kita tak jadi DAP dan DAP pun tak jadi Pas. Takkan pula pembangkang lawan pembangkang?

“Yang pembangkang lawan pembangkang, Amanah saja buat, lawan Pas dulu. Masa mereka jadi pembangkang dulu, dia lawan Pas, patut lawan dengan Umno,” katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata kejayaan Amanah perlu dilihat bukan sahaja berdasarkan penambahan ahli baharu golongan muda, sebaliknya jumlah ahli Pas yang berjaya ditarik menyertai parti itu.

Menurutnya, keadaan itu juga menunjukkan walaupun sudah lama meninggalkan Pas namun pemimpin Amanah di semua peringkat tidak pernah melupakan rakan-rakan yang masih bersama parti berkenaan.

“Ini antara petunjuk prestasi utama (KPI) kita, berapa ramai dapat tarik ahli dari Pas. Kami tinggalkan parti lama (Pas) tetapi tidak sesekali tinggalkan rakan-rakan lama dalam Pas.

“Semua ahli Pas adalah saudara kami, bukan semua ahli Pas dapat terima konsep baharu parti itu yang mesra Umno,” katanya.
--sinar--
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger