BERITA TERKINI
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Hanya, ingin gembirakan puterinya, peduli kecaman: Che Ta

Written By aku on Wednesday, 7 November 2018 | 4:27 pm


SETIAP tahun sambutan ulang tahun kelahiran anak pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana akan disambut meriah dan sering mendapat perhatian. 

Tidak terkecuali sambutan hari lahir Aaisyah yang keempat tahun baru-baru ini. Bukan sahaja mendapat perhatian malah menerima pelbagai kecaman apabila Rozita atau Che Ta mengadakannya dalam tema duyung atau kartun popular Mermaid.


Pada majlis sambutan hari jadi itu, Aaisyah memakai baju bertemakan duyung dan dilihat turut mendedahkan sedikit bahagian perutnya.

Seperti biasa, Che Ta tidak pernah mempedulikan apa jua kecaman dan mempunyai alasannya tersendiri.

Menurut Che Ta, tema hari jadi itu diminta sendiri oleh Aaisyah dan puterinya itu gembira serta berpuas hati dengan sambutan hari jadinya.

“Budak kecil (Aaisyah) ini lah yang minta sambutan hari lahirnya dia tema Mermaid... nak pergi Tokyo Disneyland lah... kerana kasih, ku turutkan.

“Walaupun ramai yang kecam'...tapi tak apalah, Aaisyah sungguh gembira pada sambutan hari lahir dia hari itu... hari-hari dia cakap, terima kasih mummy, buat majlis hari lahir Aaisyah, Aaisyah gembira sangat," tulis Che Ta di Instagram miliknya.

Katanya lagi, dia tak kisah apa orang nak cakap, janji anaknya gembira dan tidak sangka Aaisyah menghargai sangat apa yang dia lakukan.

Aktress itu turut memuat naik fotonya bersama keluarga yang kini sedang bercuti di Tokyo, Jepun.

Rata-rata pengikut IGnya juga turut bersetuju dengan pendapat Che Ta. Maklumlah anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan, dan umpama permata keluarga tentunya setiap keinginan ingin dipenuhi oleh pasangan selebriti itu. 

"Pedulilah apa orang cakap. Bukan duit mereka pun. Duit Che Ta sendiri yang keluar," tulis miz_wdm.

"Kalau ada masalah hati memang macam itu, janji kita mampu dan anak pun gembira," tulis ashqienmanap.

"Pandai Aaisyah menghargai... semoga sampai besar ade sifat macam itu sayang," tulis nuriejshoppe.

"Rezeki Aaisyah... kalau saya banyak duit pun, saya buat juga," nany_karin

"Kalau mampu apa salahnya, janji tak membazir... niat untuk penuhkan hasrat hati anak tak salahnya... yang salah itu bila berbelanja berlebihan hingga membazir... dan lebih teruk lagi bila sanggup berhutang," tulis kerodiana1417.
--sinar--

Suami Datuk Seri Vida enggan komen isu cerai

Written By aku on Tuesday, 4 April 2017 | 2:05 am


SUAMI kepada pengasas produk kecantikan Qu Puteh Datuk Seri Vida, Fairuz Ahmad Zainuddin enggan memberikan komen berhubung isu keretakan rumah tangga mereka yang sedang hangat diperkatakan.

"Tengah viral ya, bior le (biarlah), tiada komen," jelas Fairuz dalam satu pesanan ringkas kepada Media Hiburan.


Ditanya mengenai kisah tersebut apatah lagi statusnya sebagai suami dan ketua keluarga serta persepsi masyarakat jika terus berdiam diri, Fairuz turut enggan memberi komen.

"Biarlah orang nak cakap apa. Komen saya adalah tiada komen," tulisnya ringkas.

Semalam pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida memberitahu hubungan dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin kini sudah rapuh.

"Ya. Hubungan kami ibarat sudah dihujung tanduk, terlalu rapuh," katanya.

Pasangan itu berkahwin pada Januari 2014 dan merupakan ia perkahwinan ketiga usahawan terkenal itu.

Potret dinobat juara AJL 30

Written By aku on Monday, 25 January 2016 | 12:44 am


LAGU Potret dinobatkan juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 di pentas akhir malam ini sekali gus menewaskan 12 lagu yang bersaing.

Kemenangan tersebut melayakkan Akim & The Majistret menerusi lagu Potret, komposer Hang Nadim dan liriknya oleh Kamar Empayer membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi AJL.

Naib juara pula memihak kepada Faizal Tahir yang membawa lagu Assalammualaikum komposer dan penulis lirik oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong dan Audi Mok menerima RM35,000 dan trofi AJL.

Manakala tempat ketiga berpihak kepada Caliph Buskers menerusi lagu Hanya Namamu, komposer dan penulis lirik, Edry Abdul Halim yang berjaya membawa pulang wang tunai sejumlah RM20,000 serta trofi AJL.

Sementara, bagi pemenang kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM12,000 beserta trofi AJL.

Berikut senarai pemenang bagi AJL29 :  

Persembahan terbaik: Akim & The Majistret (Potret)

Vokal Terbaik: Dayang Nurfaizah (Tak Pernah Menyerah)

Tempat ketiga: Caliph Buskers (Hanya Namamu)

Naib Juara: Faizal Tahir (Assalammualaikum)

Juara: Akim & The Majistret (Potret)

Fasha Sandha , Jejai bercerai talak satu

Written By aku on Wednesday, 20 January 2016 | 4:08 pm


Kuala Lumpur: Perkahwinan hampir empat tahun antara pelakon Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai berakhir hari ini apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.
Jejai, 40, melafazkan cerai itu di hadapan Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab ketika prosiding kes berkenaan disebut di dalam kamar.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, memfailkan permohonan cerai pada Isnin lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Sejurus selepas selesai prosiding itu, Jejai yang ditemani adik iparnya dilihat menangis meninggalkan mahkamah.
Fasha dan Jejai bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua orang anak, Putra Rayfal, tiga tahun dan Putri Raysha Jemaima, setahun.
Sementara itu, Fasha berkata, perceraian itu adalah jalan yang terbaik untuk kedua-dua keluarga.
"Saya sudah berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan ini. Saya reda dan akan meneruskan kehidupan bersama dua anak saya," katanya dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108763#sthash.ZVQZw6nq.dpuf

Sambut ulang tahun ke 25, ini 10 fakta Mr.Bean yang anda tidak tahu

Written By aku on Wednesday, 11 November 2015 | 8:08 pm


Siapa yang tak kenal dengan watak komedi Mr.Bean? Hanya dengan gerak tubuh dan mimik muka, watak itu mencipta fenomena yang sangat luar biasa di seluruh dunia.

Sempena sambutan ulang tahun ke 25 siri popular itu, kami berikan kepada anda 10 fakta tentang Mr.Bean yang anda mungkin tidak tahu.

1. Watak Mr.Bean dicipta sendiri oleh pelakonnya, Rowan Atkinson, ketika sedang mengikuti pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di University Oxford pada tahun 1979.

2. Atkinson kemudiannya mempersembahkan idea itu di hadapan sekumpulan penonton berbangsa Perancis pada tahun 1987. Tujuannya adalah untuk mengetahui jika lawak yang dipersembahkannya boleh difahami mereka.

3. Sebelum menggunakan nama Mr.Bean, Atkinson dan pihak penerbit memikirkan nama Mr.White sebagai nama karakter. Tetapi salah seorang krew mencadangkan agar nama sayuran digunakan, dan nama Mr. Cauliflower dipilih sebelum mereka akhirnya bersetuju menggunakan nama Mr.Bean.

4. Mr.Bean diterbitkan secara rasmi pada tahun 1990.

5. Tidak diketahui nama sebenar watak Mr.Bean, namun dalam beberapa episod pernah dipaparkan pasport Mr.Bean dengan nama Atkinson di hadapannya.

6. Mr Bean tinggal di Flat 2, 12 Arbour Road di utara London. Walaupun ia bukan alamat yang wujud di alam realiti, namun Arbor Road merupakan sebuah kawasan perumahan di Enfield, juga di utara London.
7. Episod siri Mr.Bean dengan rating paling tinggi ialah episod 'Merry Christmas, Mr.Bean'. Ia mencatat jumlah penonton lebih 19 juta pada tahun 1992.

8. Siri Mr.Bean ditayangkan di lebih 190 negara di seluruh dunia.

9. Jumlah kutipan dua buah filem Mr.Bean, Mr Bean: The Ultimate Disaster Movie dan Mr.Bean's Holiday, mencecah AS$330 juta.

10. Laman Youtube rasmi Mr.Bean pula mencatat tontonon lebih 1.3 bilion, manakala jumlah likes di Facebook rasminya ialah 65 juta.
Sumber :

http://www.radiotimes.com/news/2015-02-15/mr-bean-25-facts-and-figures-for-his-25th-anniversary

http://mentalfloss.com/article/62455/15-things-you-might-not-know-about-mr-bean

http://www.myinterestingfacts.com/mr-bean-facts/

Mr. Bean dicerai isteri dalam tempoh 65 saat


PELAKON yang terkenal dengan watak Mr. Bean, Rowan Atkinson, diceraikan isterinya selepas 24 tahun berkahwin.

Prosedur perceraian di mahkamah hanya mengambil masa 65 saat.

Isterinya, Sunestra Sastry, 54, memberikan alasan Atkinson 'berkelakuan tidak munasabah' kerana menjalinkan hubungan dengan seorang aktres Louise Ford, yang jauh lebih muda.

Atkinson, 64, dan Ford, 32, berkenalan selepas terbabit dalam satu pementasan di West End pada tahun 2013.

{ BACA JUGA  - 10 fakta Mr.Bean yang anda tidak tahu}
Laporan beberapa portal media antarabangsa menyebut Sastry sangat kecewa apabila Atkinson menggantikannya dengan wanita yang jauh lebih muda.

Atkinson dan Sastry mula tinggal berasingan sejak bulan Februari 2014.
Mereka berkahwin pada tahun 1990 dan dikurniakan dua orang anak; Ben, 22 dan Lily, 20.

Sheila hiasi ‘Sinaran’

Written By aku on Tuesday, 3 November 2015 | 2:21 am


Lebih dikenali sebagai penyanyi tetapi dalam lakonan, Datuk Sheila Majid juga berjaya menambat penonton melalui lakonannya sebagai Tipah dalam filem Ali Setan.
Agak lama juga Ratu Jazz Malaysia itu tidak tampil di layar perak begitu juga dengan lagu baru. Bagaimanapun, kini Sheila bakal kembali dengan lagu baru sekali gus di layar perak melalui filem Sinaran.
Lagu Sinaran Cinta dihasilkan khas untuk lagu tema filem Sinaran yang bakal ditayangkan di pawagam pada 26 November ini.
Ia juga diperkenalkan kepada umum apabila Sheila menyanyikannya ketika konsert akhir Akademi Fantasia 2015, baru-baru ini.
Sheila ketika ditemui di sesi fotografi baru-baru ini mengatakan, pembabitannya dalam filem itu bermula daripada peminat setianya, Kevin Chin, anak kelahiran Melaka tetapi kini bekerja tetap di Singapura.
Katanya, Kevin datang bertemu dengannya dan menyatakan hasratnya mahu menghasilkan filem Sinaran yang menampilkan tujuh lagu yang pernah didendangkannya sebagai runut bunyi.
“Bukan itu saja, tujuh lagu itu diberi gubahan baru manakala Sinaran Cinta sebagai lagu tema. Sewaktu dia mula-mula bertemu dengan saya dan cara dia menerang­kan projek khas ini, saya seperti tidak percaya sebab ia terlalu besar.
“Namun, melihatkan kesungguhannya membuat­kan saya yakin dengan apa yang mahu dilakukan. Sebaik saya mendengar lagu Sinaran Cinta, membuatkan saya rasa ia satu karya sangat bagus dan bersetuju mendendangkannya,” katanya.
Sheila sangat terharu melihat kesungguhan peminat setianya itu menghasilkan lagu dan filem sekali gus menghargai 30 tahun pembabitannya dalam industri seni.
Atas sebab itu juga katanya, dia bersetuju untuk terbabit dengan projek khas filem Sinaran dan berharap pembabitannya secara tidak langsung menerusi filem diterbitkan produksi Singapura dan diarahkan Osman Ali itu dapat mengubat rindu peminat setianya.
Kata Sheila, kesungguhan ditunjukkan Kevin juga membuatkan dia mahu bersama-sama turun padang mempromosikan lagu Sinaran Cinta dan filem Sinaran.
“Bayangkan banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya sepanjang menghasilkan filem Sinaran. Projek ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dan menampilkan pelakon tiga negara iaitu Lisa Surihani, Evan Sanders dan aggota kumpulan Sleeq, Syafiq.
“Masalah dan cabaran timbul disebabkan Kevin orang baru dan tidak pernah terbabit dengan kerja penerbitan filem.
“Begitupun, Kevin tidak putus asa. Dia lalui juga segala kepayahan setiap kali timbul masalah. Ternyata pengorbanannya membuahkan hasil apabila filem dan lagu Sinaran Cinta siap bersama dengan klip videonya. Semua itu dilakukan Kevin sendiri dan produksi dilantik dalam tempoh dua tahun ini,” katanya.
Berhadapan dengan pelbagai halangan dan dugaan tidak bermakna Kevin meminggirkan soal kualiti. Malah Sheila sendiri berpuas hati dengan klip video dihasilkan khas untuk lagu Sinaran Cinta. Segalanya diatur dengan baik sehinggalah semuanya siap serentak dan tarikh tayangan diperoleh.
“Mungkin berkat kesabaran, akhirnya apabila tarikh tayangan filem Sinaran diperoleh, lagu dan klip video Sinaran Cinta pula diedarkan dan diperdengarkan kepada peminat dalam waktu yang sama.
“Seperti semuanya telah diatur dan berjalan de­ngan lancar. Saya bersyukur dan gembira untuk Kevin atas segala pengorbanannya yang mahu menghasilkan karya memberi penghormatan kepada saya.
“Saya harap peminat dapat menerima dan memberi sokongan akan usaha yang dilakukan Kevin,” katanya.
Mengenai pembabitannya sebagai pelakon dalam filem Sinaran, Sheila akui masih berpegang dengan prinsip tidak akan berlakon dalam erti kata benar-benar beraksi dalam filem selepas penampilannya dalam filem Ali Setan.
Berbeza dengan Sinaran, kata Sheila dia hanya membuat kemunculan khas untuk beberapa minit sebagai pari-pari dan ia dilakukan kerana jalan cerita filem itu memerlukannya.
Filem Sinaran berkonsepkan romantik muzikal mengisahkan pelajar baru kolej bernama Shila yang belajar mengenai cabaran dalam menjalani kehidupan dan perhubungan cinta.
Shila (Lisa Suiani) dipaksa rakannya, Tina (Izara Aishah) untuk menyertai kelas tarian di kolejnya tetapi kecewa apabila Andre (Evan Sanders) mahu Shila menjadi pemimpin dalam persembahan mereka.
Shila dengan berat hati bersetuju dan mereka akhirnya mula jatuh cinta. Sejak itu Andre tidak mempedulikan kawan baiknya, Dafi yang mempunyai masalah dengan Ah Long.
Tina dan Dafi bersepakat mengambil alih pasukan persembahan dan menang pertandingan. Tina semakin popular dan persahabatan dengan Shila semakin pudar. Cinta dan persahabatan menjadi pertaruhan manakala pertandi­ngan akhir tarian pula semakin hampir.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89789#sthash.PXVQuPbN.dpuf

Filem muzikal remaja, Sinaran gabungan tiga negara

Written By aku on Sunday, 1 November 2015 | 6:43 am


PADA 26 November ini, sekali lagi filem arahan pengarah terkenal, Osman Ali akan menemui penonton dengan genre yang berbeza daripada kebiasaan pengarah ini hasilkan.

Bukan filem adaptasi atau filem seram, namun filem genre percintaan remaja yang diberi judul Sinaran, berlatar belakangkan muzikal yang kesemuanya adalah lagu daripada penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid.

Mengakui ini kali pertama menghasilkan filem yang sedikit muzikal, memberikan satu pengalaman baharu kepadanya dalam dunia pengarahan.

Menurut Osman, idea asal untuk menghasilkan filem tersebut adalah cetusan daripada pihak penerbit sendiri iaitu Sinaran Pictures dari Singapura yang merupakan antara peminat setia, Sheila Majid.

"Daripada minatnya itu dan minat saya juga dalam menjadikan penyanyi itu sebagai idola telah memberikan idea agar menghasilkan satu filem yang punyai inspirasi daripada penyanyi tersebut.

"Oleh itu, filem arahan saya kali ini bergenre percintaan remaja dengan konsep muzikal kerana diselitkan beberapa nyanyian dan tarian di dalamnya.

"Pastinya, genre seperti ini amat jarang dilakukan oleh mana-mana filem tempatan, namun kami percaya ia dapat menarik remaja untuk menonton filem ini nanti yang sememangnya dekat dalam dunia mereka," katanya kepada Zass.

Memulakan penggambaran pada September tahun lalu, filem Sinaran ini juga mendapat kerjasama daripada tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

"Kerjasama itu termasuk dari segi penerbitan, peralatan, pelakon, lokasi penggambaran dan tenaga kerja sendiri yang memberikan satu kelainan dan jalinan kerjasama yang baharu kepada kami semua.

"Namun kebanyakan penggambaran dilakukan di Singapura iaitu selama 30 hari, 25 hari di Malaysia dan tiga hari di Indonesia," katanya.

Osman berkata, pihak mereka memilih untuk kerjasama dalam filem tersebut kerana tidak mahu filem Sinaran menjadi filem Malaysia sahaja, tetapi mahukan satu filem pelbagai budaya.

"Ia penting untuk memasukkan budaya dari Indonesia dan Singapura kerana sasaran penonton kami mahukan daripada ketiga negara ini termasuk di Brunei.

"Walaupun ramai pelakon adalah dari Malaysia, tetapi kita tidak mahu ia menjadi filem Malaysia sahaja, tetapi filem tiga negara ini kerana ada juga diselitkan budaya negara Indonesia di dalamnya.

"Memang pada awalnya saya risau juga dengan pembikinan filem ini, namun saya percaya filem ini ada keistimewaan sendiri yang pastinya akan menarik penonton negara terlibat untuk menontonnya," katanya.

Tunjuk ajar koreografer

Sebagai pengarah yang baharu untuk filem konsep muzikal, Osman mengakui dirinya banyak mendapatkan perbincangan daripada koreografer tarian.

"Koreografer akan fokus pada nyanyian dan tarian, dan saya pula fokus pada lakonan dan penceritaan.

"Tetapi saya belajar juga sedikit sebanyak pergerakan tarian yang sesuai dengan penceritaan. Sebelum ini juga saya memang minat filem muzikal dan teater muzikal serta ada melakukan beberapa pembelajaran daripada penglihatan saya itu untuk mengarahkan filem ini," katanya.

Dalam muzikal, aspek yang penting juga kata Osman adalah pemilihan pakaian kerana dapat memperlihatkan emosi pelakon.

"Jika ceritanya sedih, maka tariannya perlu menunjukkan emosi sedih, jika gembira maka, emosi gembira perlu dipersembahkan, dan jika ketika emosi jatuh cinta, ada gerakan tariannya tersendiri.

"Itulah yang menariknya dalam filem Sinaran ini nanti yang pastinya memberikan satu kelainan kepada penonton," katanya.

Osman turut menjelaskan, untuk menggambarkan suasana ceria dalam penceritaan, maka nama Sinaran telah dipilih.

"Ia juga diambil sempena lagu Sheila Majid yang sangat popular itu," katanya.

Filem yang dibarisi pelakon Lisa Surihani, Evan Sanders, Izara Aishan, Syarif Sleeq dan Nadiah M Din ini mengisahkan tentang pelajar baharu kolej bernama Shila (Lisa Surihani) yang belajar mengenai cabaran dalam menjalani kehidupan dan dalam perhubungan cinta.

Di kolej itu juga bertemunya lima gadis muda yang bersama-sama menempuhi hari yang penuh dengan nilai kehidupan, cinta, persahabatan, cita-cita, dan pengkhianatan.

Pelakon perlu pandai menari

Berkongsi pula mengenai pemilihan pelakon, Osman memberitahu, sebenarnya ada antara beberapa nama pelakon terkenal Malaysia menjadi pilihan penerbit dan pengarah untuk dipilih pada permulaannya.

"Namun, bagi pihak penerbit dari negara lain, ada sebilangan nama pelakon sahaja yang mereka kenal.

"Nama Lisa Surihani dan Izara Aishah antara pelakon yang mereka kenali. Justeru daripada situ, saya memanggil pelakon yang telah disenaraikan untuk menghadiri sesi uji bakat.

"Uji bakat itu bagi mengetahui latar belakang setiap pelakon sekiranya mereka punyai sedikit asas tarian dan nyanyian.

"Oleh kerana filem ini ada konsep muzikal, maka setiap pelakon perlu menari dan menyanyi, oleh itu, pemilihan pelakon juga dipilih berdasarkan kriteria itu agar memudahkan penggambaran," katanya.

Bagi pelakon dari Singapura dan Indonesia iaitu Syarif Sleeq serta Evan Sanders, diketahui latar belakang mereka berdua sememangnya terkenal dalam bidang nyanyian dan pengacaraan di negara masing-masing.

"Maka, pemilihan mereka tidak salah kerana ada bakat dalam bidang nyanyian dan tarian sudah mereka miliki," katanya.

Penampilan khas Sheila Majid

Menguatkan lagi keyakinan dengan sambutan filem itu nanti, Osman berkata, hasil kerjasama tiga negara akan membolehkan  filem Sinaran terbitan Sinaran Pictures dan Nuansa Sdn Bhd ditayangkan secara serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 26 November ini.

"Tayangan di Indonesia pula, belum lagi mendapat pengesahan daripada pihak sana. Namun kami percaya filem ini akan mendapat sambutan di negara-negara terlibat apabila kebanyakan peminat Sheila ada di mana-mana.

"Seperti di Indonesia, baru saya tahu, di sana mempunyai ramai peminat lagu Sheila Majid. Dan apabila kami menyatakan filem ini ada menampilkan penyanyi tersohor itu, ramai teruja untuk menantikan tayangannya.

"Memang Sheila Majid akan muncul di dalam filem ini dengan satu watak ketika nyanyian bermula," katanya.

Justeru, harapan pengarah ini terhadap filem taruhannya kali ini mendapat sambutan daripada penonton.

"Filem ini mungkin ada yang salah anggap di mana menyatakan genre filem ini muzikal, namun sebenarnya ia lebih kepada penceritaan yang punyai sedikit elemen muzikal.

"Muzikal bukanlah fokus utama filem, tetapi penceritaan tentang cinta remaja itu yang cuba disampaikan," katanya.

Kes dadah lagi: Mamat Exist didenda RM4,000

Written By aku on Tuesday, 30 June 2015 | 4:44 pm


BEKAS vokalis kumpulan Exist, Mamat didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis methamphetamine, Mac lepas.

Majistret Noor Farah Hazwani Othman turut memerintahkan Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 36, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah juga memerintahkan Mamat yang memakai pakaian penjara berwarna merah menjalani tempoh pengawasan polis selama tiga tahun.

Dia didakwa mengambil dadah itu di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, di sini pukul 11 malam pada 26 Mac lepas.

Penyanyi itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 Akta yang sama, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, dan pengawasan polis tidak melebihi tiga tahun.

Peguam Fadlyzil Ikram Norzailan Shah yang mewakili Mamat memberitahu media bahawa adik angkat Mamat dari Singapura telah membayar denda itu.

Mamat sedang menjalani hukuman penjara selama lapan bulan di Penjara Bentong atas kesalahan sama selepas gagal membayar denda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Raub pada April lepas.

Ketika rayuan, Fadlyzil Ikram memohon hukuman denda paling ringan atas alasan tertuduh mempunyai masa depan dalam bidang nyanyian.

"Anak guam saya telah berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya dan tidak mahu mensia-siakan bakat nyanyian yang ada padanya," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz pula memohon hukuman lebih berat atas alasan tertuduh dikenali ramai dan mempunyai peminat yang mengikuti perkembangan hidupnya.

"Sebagai 'public figure' (orang terkenal) sepatutnya menjadi contoh  (role model) kepada pengikut dan peminatnya dan bukan sebaliknya. Tertuduh juga mempunyai satu rekod sabitan lampau atas kesalahan yang sama," katanya. - Bernama

Megat Nordin Sedih Kajol dihukum penjara

KOTA BHARU – Mendapat khabar berita berhubung rakan seperjuangannya Kajol yang dihukum penjara kerana berpakaian wanita di Mahkamah Syariah, di sini, minggu lalu, membuatkan dia terkedu dan sedih.

Pendikir terkenal Kelantan, Megat Nordin atau nama sebenarnya Nor Din Yusoff, 54, berkata, sebagai orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jefery, 29, ke dunia seni, beliau seharusnya merasa hiba atas nasib pendikir itu.

Katanya, Kajol adalah seorang individu yang sangat baik budi pekertinya dan walaupun dia dilahirkan sebagai seorang lelaki, Kajol secara semula jadi mempunyai perwatakan lemah lembut serta sentiasa menghormati orang yang lebih tua.

 “Saya mengenali Kajol ketika usia dia baru mencecah lima tahun. Ketika itu, dia bersama seorang rakan datang berjumpa saya yang sedang berniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh dengan tujuan mahu saya membawanya ke majlis-majlis untuk menyanyi bersama saya.


“Mulanya, saya tidak yakin dan kemudian dia mengikut saya pulang ke rumah. Kebetulan ketika itu musim cuti sekolah dan rumahnya pula jauh di Gua Musang, jadi saya benarkan dia tinggal selama seminggu,” katanya.

Mengimbau kenangan 18 tahun lalu itu, Megat Nordin berkata, dia kemudian mempercayai bakat yang ada pada Kajol ketika terdengar dia menyanyi di dalam bilik mandi rumahnya.

“Di situ terlintas di hati saya, boleh tahan nyanyian budak ini. Saya kemudian membawanya berlatih menyanyi dan apabila bakat itu disedari orang lain, dia kemudian mempunyai pengurus serta mula bergerak sendiri sehingga sekarang,” katanya.

Menurutnya, ketika seminggu Kajol yang juga berasal dari suku kaum Orang Asli itu tinggal di rumahnya, dia dapat lihat sifat kewanitaan yang ada dalam diri Kajol seperti sangat sukakan kebersihan dan banyak masa berada di dapur basuh pinggan mangkuk serta bantu isterinya memasak.

“Ketika itu, dia masih berpakaian seperti kanak-kanak lelaki yang lain dengan berseluar panjang dan berbaju T. Cuma semasa dia betul-betul aktif menyanyi sahaja dia mula memakai pakaian wanita. Dia pernah kata pada isteri saya, rela mati kalau tidak pakai macam perempuan,” katanya.

Walaupun bersedih dengan hukuman yang dikenakan kepada Kajol, Megat Nordin yang juga pemenang keempat Kilauan Emas musim ke-4 lalu tetap tidak bersetuju dengan cara Kajol berpakaian wanita tersebut dan menasihatkan pendikir yang sudah dianggap seperti anaknya itu supaya berubah.

“Saya anggap dia sebagai anak dan mahu membantu dia mengubah cara berpakaian kerana dalam Islam itu yang salah tetap salah. Tidak boleh kita halalkan dan dia seharusnya menerima kelembutan yang dijadikan tuhan itu sebagai satu ujian untuk dia melawan dan menjadi lelaki tulen,” katanya.

Badul terkenal di Pantai Timur

Written By aku on Thursday, 21 May 2015 | 4:07 pm


SEBUT nama Mohd Yaacob Ahmad sudah tentu tidak ramai yang tahu, tetapi jika dipanggil Badul Thailand atau Badul Tukang Karut pasti ramai penduduk di negeri ini termasuk Kelantan mengenalinya.

Dia yang kini berusia 61 tahun amat dikenali dalam kalangan peminat dikir barat di negara ini terutama di Pantai Timur sebagai seorang tukang karut komedi tersohor.

Selain lebih popular dengan gelaran Badul Thailand, dia juga terkenal dengan beberapa gelaran lain antaranya Badul ‘Raja Mabuk’ dan beberapa gelaran lain.

Menurutnya, dia mula terlibat dalam dikir barat khususnya tukang karut sejak berusia 14 tahun ketika mengikut ibunya mencari rezeki di Patani, selatan Thailand.

“Selepas pulang ke negara ini pada 1982, saya aktif berdikir di sini dan sering menerima undangan dikir barat di setiap persembahan dikir barat mahupun program tertentu,” katanya yang berasal dari Kampung Gong Sawa, Pasir Puteh, Kelantan dan kini menetap di Kampung Gong Duek, Hulu Besut.

Badul berkata, dia mula mempelajari asas dikir barat daripada seorang pendikir terkenal di Selatan Thai yang dikenal Geba.

Katanya, bagaimanapun kemahiran tukang karut sukar dipelajari, sebaliknya ia berdasarkan kebolehan sendiri yang datang secara spontan yang dikukuhkan oleh pengalaman.

“Tukang karut perlu kemahiran berbalas pantun secara spontan dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara kuat dan lantang.

“Persembahan jenaka saya yang ala gila-gila sikit menyebabkan saya dapat gelaran Raja Mabuk dan bukan bermaksud saya betul-betul mabuk.

“Peranan saya untuk menghiburkan penonton dengan lawak jenaka saya di samping menyaksikan persembahan oleh juara dan penyanyi dikir barat,” katanya yang bekerja tetap sebagai kontraktor.

Badul berkata, sehingga kini beliau menerima undangan membuat persembahan di seluruh negara termasuk Singapura dan selalunya persembahan dilakukan pada malam minggu.

Kini hanya tinggal beliau seorang sahaja lagi generasi awal tukang karut terkenal di Pantai Timur selepas ramai dalam kalangan rakannya yang terkenal dalam bidang ini seperti Mat Yeh, Seman Wau Bulan dan Tok Do Hussin meninggal dunia.

Selain giat membuat persembahan, beliau juga telah menerbitkan 20 siri cakera padat, 10 kaset termasuk cakera padat tersohor iaitu Animasi Wayang Kulit.

Beliau berharap akan ada generasi pelapis tukang karut agar seni budaya ini tidak pupus dan berkekalan sampai bila-bila.

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Written By aku on Sunday, 8 March 2015 | 6:07 pm


Menurut sumber kami yang juga merupakan rakan niaga selebriti ini, Harun Salim Bachik baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi. Berita itu khabarnya disampaikan sendiri oleh rakan baik beliau, Afdlin Shauki.

Saya tak dipaksa nyanyi – Zamani

Written By aku on Saturday, 24 January 2015 | 5:28 pm


PETALING JAYA - Penyanyi Zamani (Slam) mengakui tiada sebarang paksaan ketika anggota polis merakamkan dia menyanyi lagu popularnya, Gerimis Mengundang  pada hari pertama ditahan di lokap pada Rabu.
Penyanyi berusia 44 tahun yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya itu berkata, dia dengan rela hati menyanyi kerana diminta berbuat demikian secara baik selepas anggota polis itu memberitahu mereka adalah peminat Slam.
“Saya tidak dipaksa untuk menyanyi atau berlaku sebarang kekerasan, saya menyanyi selepas individu itu betul-betul menunjukkan dia peminat tegar Slam.
“Dia menyanyi beberapa lagu Slam dihadapan saya dan meminta saya turut nyanyi sekali, namun dia sudah berjanji bahawa rakaman itu hanya untuk simpanan personal  sahaja,” ujarnya kepada mStar Online, di sini, Sabtu.
Pemilik nama sebenar Zamani Ibrahim itu ditemui di pejabat peguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar di Villa Damansara, di sini, selepas dibebaskan dari tahanan reman awal pagi Sabtu.
Terdahulu media melaporkan seorang penyanyi 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat dekat sini awal pagi Rabu lalu.
Serbuan pada pukul 12.30 malam itu dilakukan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang itu telah menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin seberat kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.
Ujian air kencing mendapati penyanyi berkenaan positif dadah jenis morfin, manakala teman wanitanya berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.
Bagaimanapun, Zamani mengakui terkilan dengan penyebaran video tersebut yang dianggap mengaib dan menjatuhkan maruah dia dan keluarganya.
“Silap saya kerana tidak lihat semula rakaman video tersebut yang nampak jelas tangan saya bergari. Ketika itu saya yakin ia hanya untuk simpanan peribadi sahaja.
“Namun, saya tahu niat dia bukan untuk memalukan saya, sebaliknya video itu tersebar tanpa kawalan selepas ia terlepas ke tangan orang lain. Apabila berpeluang melihat rakaman video itu, saya sangat malu dengan masyarakat  yang menontonnya,” jelasnya.
Zamani turut merayu agar masyarakat tidak lagi berkongsi video tersebut dilaman-laman sosial.
Sementara itu, ditanya tentang keengganannya mengambil sebarang tindakan kepada individu tersebut, Zamani berkata, dia tidak mahu menutup periuk nasi orang lain.
Katanya, biarlah perkara itu menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat.
“Perkara itu sudah berlaku dan dia juga tidak bermaksud memalukan saya. Kalau saya ambil tindakan mungkin dia akan kehilangan pekerjaannya sekarang.
“Saya tidak mahu menutup periuk nasi orang,” ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang pembebasannya, Zamani mengucapkan syukur dan lega apabila diberi peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan.
Jelasnya, banyak hikmah disebalik penangkapan tersebut yang membuatkan dirinya tekad untuk membersihkan diri daripada najis dadah.
“Alhamdulillah, saya lega apabila dapat keluar dan dari apa yang berlaku, baru saya tahu masih ramai yang sayangkan saya dan mahu melihat saya pulih.
“Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini.
“Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga,” ujarnya.
Zamani berkata, sejak bergelumang dengan gejala dadah 10 tahun lalu, dia sudah dua kali secara sukarela ke pusat pemulihan dadah Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).
Bagaimanapun, dia mengakui statusnya sebagai seorang selebriti menyukarnya dia untuk ke pusat tersebut secara sembunyi-sembunyi.
“Saya sudah dua kali pergi ke pusat pemulihan AADK iaitu pada 2010 dan 2012, namun gagal untuk pulih sepenuhnya. Lagi pula sebagai orang yang dikenali masyarakat menyukarkan saya untuk pergi ke pusat pemulihan itu tanpa diketahui ramai.
“Saya akui malu untuk ke sana dan takut dengan tangapan orang ramai. Namun sekarang orang semua sudah tahu lebih memudahkan saya untuk mendapatkan pemulihan,” katanya. Zamani akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada  27 Januari ini.
Dalam perkembangan lain, dua anggota polis yang dikenalpasti terbabit merakam dan meyebarkan video penyanyi ini telah digantung tugas.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai berkata, pihaknya mengadakan siasatan berhubung penyebaran video penyanyi, Zamani Ibrahim yang menjadi virul menerusi media sosial itu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pangkat kedua-dua anggota terbabit, tetapi memberi jaminan tindakan tegas akan dikenakan jika didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, lapor mStar.

Video Panasss Peminat Kpok berpeluk Dan Kena Cium Atas Pentas

Written By aku on Sunday, 11 January 2015 | 8:51 am

Panasss Peminat Kpok berpeluk Dan Kena Cium Atas Pentas

Punca Sebenar Emma Maembong, Zizan Razak Putus!

Written By aku on Friday, 9 January 2015 | 1:02 pm


TAK habis lagi nampaknya kisah yang berbangkit ekoran berita putusnya percintaan antara pelawak dan pelakon Zizan Razak serta Emma Maembong.

Jika sebelum ini Zizan meminta pemberita memberi ruang kepadanya ketika disogok soalan berkaitan perpisahannya itu, hari ini menerusi sebuah portal berita, dia akhirnya membuka mulut.

Zizan memberitahu punca sebenar hubungan mereka berakhir adalah kerana hasratnya untuk memiliki sebuah kereta mewah berkuasa tinggi ditentang Emma kerana dianggap membazir!

Tambahnya lagi, sepanjang hubungannya dengan Emma berlangsung tiada perselisihan besar yang dihadapi namun titik tolak daripada keinginannya itulah ia mulai retak.


“Sebenarnya tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir.

“Malah, hajat saya juga ditentang oleh ibu sendiri. Itu yang jadi punca perpisahan kami,” katanya seperti dilaporkan media tersebut.

Mengakui dia masih mencintai Emma dan berharap hubungan mereka akan kembali seperti sediakala, Zizan turut menolak andaian sesetengah pihak yang mengatakan pelakon jelita itu mengikis duitnya.

Daripada penjelasan Zizan ini nyata hatinya masih kuat inginkan Emma. Jadi jalan penyelesaian terbaik mungkin mereka berdua perlu duduk semuka dan berbincang.

Mana tahu, mungkin keadaan dapat dipulihkan jika kedua-duanya masih menyimpan perasaan pada satu sama lain kan? – MYNEWSHUB.CC

Ehh… Zizan Dan Emma Maembong Kembali Bersama?


TERKEJUT kami mendengar tentang hubungan cinta antara Zizan Razak dan Emma Maembong yang dikatakan sudah putus dan tiba-tiba dikhabarkan kembali bersama.

Kalau betul… baguslah berita gembira sebeginilah yang diharap-harapkan oleh peminat setia pelawak terkenal, Zizan Razak dan pelakon jelita, Emma Membong.

Sebelum ini memang heboh tentang gosip percintaan mereka yang dikatakan sudah berakhir.

Emma Maembong sendiri yang mengaku memutuskan hubungan cintanya dengan pelawak terkenal itu gara-gara dia sering makan hati dengan sikap Zizan Razak kepadanya.

Tiba-tiba… lain pulak kisahnya apabila Zizan Razak dikatakan telah memuat naik status di laman sosial, Instagramnya malam tadi dengan kapsyen “Alhamdulilah, terima kasih Allah.. terima kasih doa-doa yang baik dari anda semua… I love you sayang.”

Gambar itu jelas menunjukkan ayat cinta tersebut ditujukan kepada wanita disebelahnya iaitu Emma Maembong.

Status yang ditulis Zizan Razak itu seolah-olah bermaksud yang hubungan cinta mereka berdua telah pulih dan kembali bersatu bersama.

Rata-rata peminat nampaknya menunjukkan rasa syukur dan gembira malah sempat berdoa agar kedua-dua selebriti terkenal ini segera melangsungkan perkahwinan mereka.


Baguslah kalau betul mereka berdua telah bersama kembali… sebelum ini pun kedua-duanya pernah mengaku yang masih menyimpan lagi rasa cinta terhadap masing-masing.

Kami doakan moga cinta mereka dapat disatukan hingga ke jinjang pelamin.- MYNEWSHUB.CC

Pelawak veteran Maidin Ibrahim meninggal dunia

Written By aku on Wednesday, 13 August 2014 | 4:39 pm


ALOR SETAR: Pelawak veteran, Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Pokok Tai, Gurun, jam 2 petang tadi.

Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Tam atau mesra dipanggil Mamu, meninggalkan seorang isteri, Habira Ibrahim dan lima anak serta tiga orang cucu.


Maidin yang dilahirkan di Pokok Keras, Bagan Lalang, Butterworth, mula menceburi bidang seni sejak 1950 bersama kumpulan boria di kampungnya.

Terkini Pelawak Mydin (Mydin Ibrahim), 76, meninggal dunia

Pelawak Mydin (Mydin Ibrahim), 76, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di kampung Pokok Tai, di sini, jam 2 petang tadi. . Al-Fatehah--
Berita Di petik dari facebook Hilme Ibrahim -Keua Pemuda Umno Batu Kawan .
BACA LAGI SINI

Baju putih ketat Hanis Zalikha cetus kontroversi

Written By aku on Wednesday, 6 August 2014 | 1:00 pm


Hanis Zalikha, nama yang agak kurang kontroversi dengan penampilan bersahaja dan simple beliau.
Beliau yang juga seorang blogger dan kini begitu popular sebagai selebriti, kini menjadi perhatian masyarakat. Apa sahaja yang dipakai, dibuat pasti menjadi tumpuan.
Terkini, sekeping foto beliau yang dipercayai diambil dari laman Instagramnya telah dimuat naik oleh blogger Rotikaya. Seperti biasa, foto yang dimuatnaik oleh blogger kontroversi ini pasti ada sesuatu yang menarik perhatian.
Ternyata foto berkenaan mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Foto tersebut menampilkan Hanis memakai sleeveless t-shirt ketat berwarna putih di atas sebuah bot. Dengan penampilan sedemikian, sudah pasti mengundang pelbagai reaksi, dipetik Pilihan-anda.blogspot.com.

Farhan Akui Dicederakan Abby Abadi Sebelum Cerai

Written By aku on Wednesday, 11 June 2014 | 5:09 pm


KUALA LUMPUR, 11 JUN 2014: Hakim Mahkamah Syariah Rendah Gombak Timur Shaiful Azli Jamaluddin memutuskan kes penceraian Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah adalah sah menerusi SMS yang dihantar oleh Muhammad Nor Farhan Che Bakar pada 9 Mei lalu.

Namun, Murai yang mendapatkan komen dari bekas suaminya mendapati terdapat faktor lain yang menjadi punca berlakunya penceraian.

Farhan dikatakan telah dicederakan secara fizikal di bahagian muka, tangan dan lengan.

"Saya telah dicakar, Abby kata saya tidak membawa kepentingan padanya serta tidak membawa apa-apa faedah untuk meneruskan hubungan suami isteri," katanya kepada media selepas perbicaraan kes penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Menurutnya, Abby sering meminta wang dan dia akan dimarahi sekiranya tidak diberikan jumlah yang dikehendakinya.

"Saya sudah buat laporan polis untuk dijadikan sebagai bukti sekiranya hakim memerlukannya tetapi kes penceraian diselesaikan secara baik dan dipersetujui kedua-dua pihak." katanya.

Mengenai kontroversi Farhan yang dikatakan sering keluar malam dan berkaroke, dia menjelaskan ianya tidak tepat seperti mana digembar-gemburkan.

Farhan dengan tegas mengatakan dia sudah tawar hati dan tidak mungkin kembali semula bersama Abby.
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger