BERITA TERKINI
Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Nelayan warga Thai mati tergantung

Written By aku on Saturday, 10 November 2018 | 12:08 pm


KUALA BESUT - Seorang lelaki dijumpai mati dipercayai menggantung dirinya di kawasan Kompleks Perikanan lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat sini, hari ini.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Asisten Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, mangsa berusia lingkungan umur 30 an dikenali sebagai Mat itu dipercayai berasal dari Thailand.

“Lelaki yang tidak mempunyai pengenalan diri namun berpakaian baju kemeja lengan panjang dan berseluar jeans paras lutut itu ditemui orang awam kira-kira jam 7 pagi sebelum melaporkan kepada polis pada jam 7.30 pagi .
Mangsa yang dikatakan nelayan ditemui tergantung menggunakan tali nylon yang diikat pada tiang tengah bangunan terbuka tempat penyimpanan pukat di kompleks tersebut,” katanya.

Mohd Rozaimi berkata lagi, mangsa yang masih tidak diketahui siapa majikannya itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.
“Siasatan  awal polis dapati kematian mangsa tidak ada unsur jenayah namun punca kematian sebenar mangsa akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan dan setakat ini kes diklafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.


Ganguan bekalan elektrik di daerah besut bermula jam 2.00 pagi 9 nov 2018

Written By aku on Thursday, 8 November 2018 | 5:21 pm


Pengguna yang dihormati,

Kerja-kerja penyelenggaraan sistem bekalan elektrik akan dilaksanakan pada 9 November 2018 (Jumaat) bermula jam 2.00 pagi dan berakhir pada 10.00 pagi.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti berikut:

BESUT, TERENGGANU

• Kg. Cherang Meliling
• Kg. Gong Duek
• Kg. Padang Buloh
• Kg. Bukit Marak
• Taman D’Kenjing
• Kg. Gong Penaga
• Kg. Padang Luas
• Kg. Pelagat
• Kg. Padang Tapong
• Perumahan Saujana
• Taman Pelagat Utama
• Taman Teratur
• Kg. Gaung
• Taman Suria
• Kg. Gong Nering
• Kg. Bukit Kenak
• Kg. Tok Bugis
• Kg. Gong Tanah Merah
• Kg. Telaga Nibong
• Kg. Darau
• Taman An-Nur
• Kg. Kubang Depu
• Kg. Apal
• Kg. Lilit
• Kg. Gong Kemuntong
• Kg. Nyiur Tujuh
• Kg. Tok Raja
• Kg. Alor Lintah
• Kg. Kubang Bemban
• Taman Pelagat 3
• Taman Tuah
• Taman Falahiah
• Taman Damai
• Taman Selasih
• Kg. Padang Landak
• Kg. Lak Lok
• Kg. Tok Motong
• Taman Megan
• Kawasan Seberang Jerteh
• Perumahan Tok Has
• Kg. Tok Has
• Kg. Pusu Tinggi
• Kg. Beris Pak Abu
• Kg. Gong Tengah
• Kawasan Bandar Jerteh
• Kg. Gong Rengas
• Taman D Tijah
• Kg. Lubuk Kawah
• Kg. Bukit Kemuntong
• Kg. Alor Keladi
• Kg. Chegar Batang
• Kg. Awek
• Kg. Bukit Bunga
• Kg. Bukit Payung
• Kg. Lata Tembakah
• Kawasan Batu 13
• Kawasan Felda Tenang 1
• Kawasan Felda Tenang 2
• Kg. Panchor
• Kg. Durian Telor
• Kg. Padang Ladang
• Kg. Padang Bual
• Kawasan Paya Peda 1
• Kawasan Paya Peda 2
• Kg. La
• Kg. Seberang La
• Kg. Dusun Berliku
• Kawasan La Hot Spring
• Kg. Berangan
• Kg. Belaoh
• Kg. Keruak
• Kg. Pok Sik1
• Kg. Pok Sik 2
• Kawasan Felcra Keruak
• Kg. Kuala Sayap
• Kg. Jabi
• Kg. Kerandang
• Kg. Pondok Paku
• Kg. Bukit Tempurung
• Kg. Taman Wira Perdana
• Kg. Kuala Kubang, Renek
• Kawasan Tok Dor
• Kawasan Felda Selasih 1
• Kawasan Felda Selasih 2
• Kg. Anak Ikan
• Kg. Bukit Bintang
• Kg. Padang Lengkuas
• Kg. Pengkalan Sentol
• Kg. Pulau Berangan
• Kg. Pok Wong
• Kg. Lapan Kotak
• Kg. Tempinis
• Kg. Gong Ubi Keling
• Kg. Bukit Jerok
• Kg. Tok Dat
• Kg. Kelubi putih
• Kg. Masin
• Kg. Oh
• RKR Pasir Akar
• Kawasan Tembila
• Kg. Pengkalan Kubur
• Kg. Benting Lintang
• Kawasan Taman Ilmu
• Kg. Bukit Bubus
• Kg. Bukit Tanah
• Kg. Gong Jelutong
• Kg. Alor Nibong
• Kg. Desa Medang
• Kg. Shah Bangun
• Kawasan Perindustrian Gong Medang

Segala kesulitan yang akan dialami oleh pengguna amatlah dikesali. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi TNB CareLine di talian 15454.
info sumber TNB

BesutMaju jadi 'tongkat kedua'

Written By aku on Wednesday, 7 November 2018 | 4:05 pm


KAMPUNG  RAJA – Kerajaan negeri menyambut baik inisiatif pertubuhan BesutMaju yang bersedia membantu menyumbang idea demi membangunkan negeri ini khususnya Besut.

Pengerusi Jawatankuasa  Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, BesutMaju boleh menjadi sebagai pemikir dan penggerak ke arah kemajuan rakyat.


Menurutnya, pertubuhan tersebut juga dianggap sebagai ‘tongkat’ kedua beliau bagi memperolehi input dalam memastikan kepimpinannya berkesan dalam usaha melakukan perubahan kepada daerah dan rakyat.

“Selepas terpilih sebagai wakil rakyat kemudian dilantik sebagai exco kerajaan negeri, saya rasakan banyak kekosongan dan benda yang saya tidak tahu.


“Rakan–rakan pemikir dari Lembah Klang banyak membantu saya dari segi idea dan dengan kesudian BesutMaju menyumbang idea, maka saya anggap  BesutMaju sebagai tongkat kedua,” katanya yang menghargai peranan BesutMaju.

Beliau yang juga Adun Kota Putera bercakap demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan BesutMaju kali kedua di Desa Ukiran Kayu Kampung Raja.

Hadir sama Penaung Besut Maju, Datuk Fasri Shamsuddin; pengerusinya, Datuk Nawawi Ismail dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Sementara itu menurut Nawawi, BesutMaju sebuah pertubuhan yang menjadi kumpulan pemikir kepada pihak pentadbiran dan kepimpinan  daerah mahupun negeri.

Menurutnya, bagi memastikan hala tuju itu tercapai, enam kluster diwujudkan iaitu ekonomi, pendidikan, pertanian dan pelancongan, infrastruktur dan keselamatan awam.

“Kita disertai golongan profesional dan intelek mahu transformasi positif dapat dilakukan di Besut melalui idea dan kajian yang dilakukan.

“Kita adalah pemikir dan bukan pelaksana yang berkongsi idea dan fakta dengan pemerintah setempat agar dapat melaksanakan untuk kebaikan rakyat dan daerah.

“Kita juga boleh menjadi pendesak tetapi setakat ini kita tidak sampai ke tahap pendesak lagi,” katanya.

BesutMaju kini mempunyai keahlian kira-kira 550 orang dan pertubuhan ini terus membuka keahlian kepada orang ramai sama ada mereka atau suami dan isteri dilahirkan di Besut.

“Malah bukan kelahiran Besut tetapi pernah belajar, berkhidmat dan bermastautin di Besut boleh turut serta,” katanya.

Individu yang ingin menyertai BesutMaju boleh menghubungi ahli jawatankuasa pertubuhan itu Ramli Mohamad di talian 013-8980299.
--sinar--

Pemungut hutang kena belasah


KAMPUNG RAJA -  Hasrat seorang pekerja sebuah syarikat barangan elektrik mahu memungut hutang bertukar sebaliknya apabila dia dipukul dengan penyodok tanah dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sekolah Maarif di  sini,  Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang, lelaki berusia 55 tahun pergi ke rumah suspek berusia 51 tahun untuk mengutip bayaran ansuran pembelian barangan syarikat berkenaan.


Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Asisten Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, keadaan menjadi kecoh apabila pelanggan syarikat tersebut bertindak memukul mangsa menggunakan penyodok tanah.

Menurutnya, bukan setakat itu sahaja malah dikatakan suspek turut menendang muka mangsa.


“Mangsa yang cedera di muka dan badan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Besut sebelum membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohd  Rozaime berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang jahit dikatakan bertindak demikian kerana menyangka mangsa menyamar untuk mengutip wang ansuran.

Menurutnya, mangsa dari Jertih adalah wakil yang dilantik syarikat berkenaan yang berpejabat Machang, Kelantan.

“Susulan laporan tersebut, polis telah berjaya menahan suspek di rumahnya di Kampung Raja dekat sini jam 10.30 pagi sehari selepas kejadian,” katanya.

Mohd Rozaime berkata lagi, suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.
--sinar--

UniSZA buka peluang ternak kambing tenusu

Written By aku on Sunday, 4 November 2018 | 5:55 pm


HULU BESUT -  Komuniti Besut berpeluang menternak kambing susu menerusi sistem pawah yang ditawarkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Ladang (PPL) UniSZA, Prof Dr Ramli Abdullah berkata, peluang itu bagi menarik minat penternak menghasilkan susu kambing berkualiti tinggi daripada baka UniSZA Saanen, seterusnya meningkatkan pendapatan mereka.


Menurutnya, tawaran menyertai sistem itu terbuka kepada komuniti di daerah ini yang berminat menternak kambing dan pada masa sama mempunyai tanah serta kandang.

“Mereka yang terpilih akan dilatih selama dua minggu tentang menguruskan kambing baka ini dan cara menjalankan permanian beradas untuk membiakkan lagi baka seterusnya mendapatkan susu bermutu,” katanya.


Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat UniSZA Dairy Goat Farming (UDGF) berkata, setakat ini sebanyak 30 ekor kambing baka itu telah dipawahkan kepada lima penternak di Besut.

Menurutnya, menerusi konsep itu, setiap penternak diberi lima ekor induk betina dan seekor induk jantan untuk tujuan bekalan susu dan penghasilan benih.

“Kos pengurusan harian kambing ini serendah RM5 sahaja seekor dan kita penternak mampu meraih pendapatan tinggi kerana kos rendah manakala harga borong susu kambing segar ialah RM10 seliter.

“Seekor ibu kambing baka ini mampu mengeluarkan dua liter susu sehari, bermakna penternak mampu memperoleh 10 liter susu sehari daripada lima ekor kambing betina,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan penglibatan seramai 100 penternak bermula tahun ini sehingga 2022.

Projek ternakan kambing tenusu itu dimulakan sejak Disember 2017 dengan jumlah kambing tenusu UniSZA Saanen sebanyak 165 ekor iaitu lapan induk jantan dan 157 induk betina.

Jumlah tersebut kemudian meningkat kepada 302 ekor, apabila 137 ekor anak kambing dilahirkan sejak Ogos 2018.

Bagi penternak yang berminat boleh merujuk terus ke Pejabat UDGF, Kampus Tembila, Besut, atau hubungi Muhammad Muslim Mohd Rodi di talian 0135850438 untuk maklumat lanjut.
--sinar--

Permohonan Online Bantuan Persekolah Terengganu 2018 Di Buka

Written By aku on Tuesday, 3 October 2017 | 10:00 pm



*Syarat-Syarat Permohonan Dana Bantuan Persekolahan 2018*
1. Pemohon Suami/Isteri merupakan rakyat negeri Terengganu dan merupakan pengundi berdaftar dalam negeri Terengganu.
2. Pendapatan Ketua Isi Rumah tidak melebihi RM 2500.00 sebulan.
3. Permohonan adalah terhad kepada dua (2) orang tanggungan yang masih bersekolah pada sesi      persekolahan tahun 2018 dan berumur 7 tahun hingga 17 tahun sahaja.
PERMOHONAN ONLINE BOLEH DI BUAT BERMULA PADA 5 OCT 2017 KE 31 OCT 2017

permohionan opnline boleh di buat di SILA KLIK SINI >> http://danattb.terengganu.gov.my BERMULA PADA 5 HINGGA 31 OCT 2017

 KUALA TERENGGANU - Permohonan bantuan sesi persekolahan 2018 akan dibuka secara atas talian bermula 5 sehingga 31 Oktober ini melalui laman sesawang danattb.terengganu.
gov.my. Exco Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang berkata, syarat permohonan bagi pendapatan keluarga daripada RM2,000 sebelum ini, dinaikkan kepada RM2,500 ke bawah dan setiap pelajar layak menerima RM100 dengan maksimum dua pelajar setiap keluarga. Menurutnya, bagi tujuan itu, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM14 juta untuk diagihkan kepada lebih 120,000 pelajar pada Disember atau sebelum sesi persekolahan 2018 bermula. Katanya,
peruntukan RM12 juta tahun lalu, melibatkan 109,880 pelajar meningkat kepada RM14 juta tahun ini. "Ia antara usaha kerajaan Terengganu membantu meringankan beban keluarga kurang berkemampuan dalam membuat persediaan setiap kali tibanya musim persekolahan baharu. “Manakala RM9.5 juta diperuntukkan kepada 94,966 pelajar pada 2014, RM10.2 juta, 101,984 pelajar (2015) dan sejumlah RM10.4 juta diagihkan kepada 104,021 pelajar pada 2016. "Bantuan akan diagih mengikut kawasan Dun melalui wakil rakyat atau pegawai pembangunan parlimen di kawasan terlibat,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Beliau berkata, bantuan yang memasuki tahun ke-13 pelaksanaan sejak 2005 hingga tahun lalu itu diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, dengan membeli kelengkapan sekolah, alat tulis dan bukannya berbelanja kepada perkara tidak berfaedah. “Seboleh-bolehnya saya mahu melihat anak-anak yang mendapat bantuan ini mengenakan pakaian baharu pada sesi persekolahan akan datang.
 "Tidak wajar sekiranya ibu bapa memberi alasan tidak berduit untuk beli pakaian baharu kerana bantuan sudah diberi,” katanya.

Warga emas cedera diserang tebuan

Written By aku on Thursday, 24 August 2017 | 10:15 am


JERTIH - Seorang warga emas berdepan saat mencemaskan apabila dia kejar dan disengat lebih 20 ekor tebuan dalam kejadian di Kampung Gerung, Jabi dekat sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Fatimah Awang Lah mahu mengambil lembu peliharaannya yang ditambat pada semak kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Anak sulung mangsa, Che Mariam Mohamood, 51, ibunya disengat tebuan di semua bahagian badan, namun paling banyak disengat di kepala.

“Ketika emak saya  membuka ikatan tali lembu itu yang diikat pada akar pokok berhampiran semak itulah secara tiba-tiba sekumpulan tebuan mula menyerang emak saya.

“Kemungkinan tebuan tersebut bersarang di situ namun tidak disedari oleh emak saya dan penduduk lain,” katanya.

Che Mariam berkata, tebuan tersebut pada mulanya menyerang bahagian kepala ibunya namun selepas ibunya menutup kepala dengan kain dipakainya menyebabkan serangga tersebut turut menyengat bahagian lain.

Katanya, dalam keadaan kepala berbungkus ibunya berusaha pulang ke rumah namun beberapa ekor masih mengejarnya sehingga di rumah.

“Saya yang tinggal di rumah berdekatan kemudiannya mendengar suara jeritan ibu meminta tolong di rumahnya dan ia turut disedari oleh cucunya yang juga tinggal tidak jauh daripada situ,” katanya.

Menurut Che Mariam, dengan bantuan jiran ibunya dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Besut untuk rawatan.

“Emak saya ditahan di wad Hospital Besut untuk rawatan di hospital itu namun terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) petang semalam untuk pengawasan doktor pakar kerana dibimbangi kesan sengatan akan memberi komplikasi kepada jantungnya,” katanya.

Bagaimanapun kata Che Mariam, keadaan ibunya sekarang dalam keadaan stabil, namun kepala dan badannya terpaksa dibasahkan dengan air kerana dia sering mengadu panas akibat sengatan tebuan itu.

Untuk rekod pada sebelum ini, dua kanak-kanak berusia 2 dan 8 tahun dari daerah ini maut disengat tebuan dalam dua kejadian berasingan.

Pada  4 Ogos lalu, murid Tahun 2 Sekolah Kebangsaan (SK) Tembila, Muhammad Adrian Aiman Mohd Rosmin, 8, dari Kampung Benting Lintang maut selepas disengat lebih 60 tebuan ketika main sembunyi di dalam semak berhampiran rumahnya.

Sementara dalam kejadian terbaru Khamis lepas,  seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun, Puteri Nur Aisya Azahar dari Kampung Lay Out Tok Has meninggal apabila disengat kira-kira 30 ekor tebuan ketika bermain di tepi rumahnya sehari sebelum itu.

Kanak kanak 8 tahun Maut disengat 60 ekor tebuan

Written By aku on Sunday, 6 August 2017 | 1:11 am


KANAK-kanak lelaki meninggal dunia, hari ini ketika dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II), Kota Bharu selepas disengat tebuan ketika bermain di halaman rumahnya di Kampung Benting Lintang, Jertih, kelmarin.

Mangsa, Muhammad Adrian Aiman Mohd Rosmin, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Benting Lintang disahkan meninggal dunia kira-kira 11 pagi tadi.

Bapa mangsa, Mohd Rosmin Ong Bo Jit @ Hussin, 30, berkata, kejadian berlaku ketika anak sulungnya itu sedang bermain kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Menurutnya, sebelum itu anaknya dikatakan bermain badminton berdekatan kawasan itu dan kemudian bermain dengan rakannya di dalam semak berhampiran.

"Kemudiannya dia bersama empat rakannya diserang tebuan yang bersarang di atas pokok di kawasan itu dan anak saya paling banyak kena sengat di seluruh badan.

"Berdasarkan kesan pada tubuhnya dipercayai dia disengat lebih 60 tebuan," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurutnya, Muhammad Adrian kemudiannya dihantar pulang ke rumah oleh anak saudaranya dengan motosikal pada 6.45 petang.

Mohd Rosmin berkata, keadaannya ketika itu sudah lemah tetapi masih boleh bercakap dan menyebabkan dia bersama isterinya, Nor Azah Hamid, 27, terus mengejarkannya ke Hospital Besut dengan kereta.

Kata pemandu lori itu, anaknya boleh bercakap sehingga pihak hospital memasukkan tiub ke mulutnya pada 9 malam untuk memastikan dia tidur dan berehat.

"Memandangkan keadaannya yang agak teruk menyebabkan Muhammad Adrian kemudiannya dirujuk ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Selepas dirawat di hospital itu keadaannya didapati stabil, bagaimanapun bermula 9 pagi tadi anak saya jadi kritikal kerana buang pinggangnya tidak berfungsi sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian," katanya.

Jenazah Muhammad Adrian selamat dikebumikan di Kampung Benting Lintang, petang tadi.

Jumpa serban bercorak salib

Written By aku on Friday, 4 August 2017 | 1:44 am


HULU BESUT - Jemaah Masjid Haji Isa, Kampung Gong Duek, di sini gempar apabila salah seorang daripada mereka menemui sehelai kain serban yang mempunyai corak mirip bentuk salib dalam masjid berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid berkenaan, Jusoh Md Deli berkata, serban berwarna putih bercorak hitam itu ditemui seorang jemaah masjid selepas solat Maghrib hujung minggu lalu.

Menurutnya, pada mulanya jemaah itu ingin memeriksa serban yang berada di bahagian persalinan jemaah lelaki itu kerana sebelum itu tidak ada serban untuk kegunaan umum di masjid tersebut.

“Bahagian itu biasanya kita letakkan kain pelekat atau kopiah sahaja untuk jemaah lelaki menukar pakaian bersih dan serban tidak pernah diletakkan di situ.

"Bila kita periksa serban itu, jemaah terkejut bila nampak corak pada serban itu menyerupai salib," katanya.

Jusoh berkata, terdapat dua corak menyerupai lambang tersebut iaitu yang nampak dengan jelas dan satu corak benar-benar menyerupai salib tetapi coraknya ada tenggelam sedikit.

"Kami tak tahu siapa yang bertanggungjawab tinggalkan serban itu di masjid berkenaan.

"Kita juga tak tahu motif individu terbabit tinggalkan dekat masjid ini. Adakah mereka dengan sengaja berbuat demikian agar jemaah gunakan serban tersebut atau motif lain," katanya.

Sehubungan dengan penemuan serban bercorak demikian, Jusoh menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada ketika membeli serban malah pastikan serban yang dipakai tidak mempunyai corak yang boleh menghina agam Islam.

“Setakat ini saya tak pasti kes seperti ini ada berlaku di masjid lain di daerah ini dan apa yang jelas perbuatan seperti ini sebenarnya boleh menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Tambahnya, selama beberapa tahun menjadi Pengerusi Jawatankuasa Masjid tersebut, kejadian penemuan serban mempunyai lambang salib dan unsur negatif lain ini adalah kali pertama berlaku di masjid berkenaan.

Enam kediaman, dua rumah kedai musnah


HULU BESUT - Sebanyak enam buah rumah termasuk dua rumah kedai di sekitar Kampung Batu 13 rosak manakala lebih lima batang pokok tumbang akibat ribut dan hujan lebat dekat sini malam semalam.

Kampung tersebut satu-satunya  kawasan paling teruk terjejas di Hulu Besut akibat kejadian ribut yang bermula kira-kira jam 8.40 malam itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu 13, Amran Mustafa berkata, kejadian itu dianggap paling buruk dalam sejarah kampung itu memandangkan belum pernah berlaku kejadian seumpama itu sebelum ini.

Menurutnya, angin kencang berlaku berserta hujan lebat dan petir menyebabkan sekurang-kurangnya lebih lima pokok termasuk bersaiz kayu balak tumbang serentak di atas jalan raya utama menghubung Jertih ke Keruak di sepanjang jalan kampung berkenaan menyebabkan pengguna jalan raya terkandas.

“Kejadian puting beliung ini agak pelik kerana ia berlaku sebanyak dua kali  bermula di sebelah kiri dan kanan jalan dari arah Jertih ke Keruak.

“Pada peringkat awalnya pusaran angin di sebelah kiri jalan bermula dari simpang ke Lata Tembakah ke arah Keruak menyebabkan banyak pokok tumbang merintangi jalan.

“Sebaik puting beliung itu  sampai di Simpang 3, Kampung Batu 13, ia berpatah balik semula dan melanda deretan rumah di sebelah kanan jalan pula,” katanya.             

Besut dijadikan Majlis Perbandaran menjelang 2022

Written By aku on Wednesday, 26 July 2017 | 8:50 pm



BESUT – Majlis Daerah Besut (MDB) akan membangunkan daerah itu  dari sebuah daerah berasaskan pertanian kepada sebuah daerah elit moden sesuai dengan sasaran untuk menjadikannya sebagai sebuah majlis perbandaran menjelang tahun 2022.

Yang Dipertua MDB, Ab Rashd Jusoh memberitahu hampir 80 peratus daripada kawasan telah dikenal pasti untuk dibangunkan membabitkan bandar Jertih, Kampung Raja, Kuala Besut dan Hulu Besut termasuk sekitar laluan landasan dan stesen keretapi laju yang dirancangkan kerajaan untuk dibina di Terengganu dan Besut dalam jangka masa lima tahun ini.

Beliau berkata untuk ditingkatkan ke tahap majlis perbandaran, beberapa langkah sedang dilaksanakan oleh MDB termasuk memperbaiki prestasi kutipan cukai tahunan, menambah bilangan penduduk, memperbaiki tahap kesihatan, kebersihan dan keindahan di samping memastikan kemudahan untuk orang awam diperbanyakkan dengan membabitkan perbelanjaan puluhan juta ringgit.

“Untuk itu MDB memerlukan kerjasama daripada penduduk dalam memberi sokongan sepenuhnya terutamanya dalam membuat pembayaran cukai taksiran tahunan dan penjagaan kebersihan agar apa yang dirancangkan dapat dilaksanakan tanpa sebarang penangguhan”, katanya kepada media di Majlis Sambutan Hari Raya MDB hari ini.

Menurut Ab Rashid, bagi memastikan pengutipan cukai dapat ditingkatkan, MDB sedang menambah baik setiap perkhidmatannya di seluruh daerah termasuk di Pulau Perhentian dengan menambah penyediaan kemudahan tempat penginapan pelancongan.

Ab Rashid berkata kemudahan untuk rumah penginapan dan kedai-kedai jualan telah dibangunkan bukan sahaja di Pulau Perhentian malah di Kolam Air Panas La, lokasi rekreasi Bukit Keluang,  tempat perkelahan Lata Belatan, Jabi dan Lata Tembakah termasuk di bandar Jertih.

Selain itu katanya, kemudahan seperti penyediaan tempat rekreasi dan tempat menjamu selera sedang dibangunkan dengan penekanan diberikan kepada penjagaan kebersihan dan keindahan  bagi menarik pelawat tempatan dan pelancong datang ke daerah Besut.

“Di bandar Jertih sendiri, Dataran Kejat sedang dibina dengan belanja RM30 juta bagi memberi kemudahan kepada para peniaga kecil seperti penjualan buah-buahan dan barangan keperluan harian dipusatkan di satu kawasan agar peniaga dalam bandar Jertih akan lebih tersusun,” katanya.

Ab Rashid yakin dengan pelbagai kemudahan yang disediakan penduduk akan lebih mudah untuk membayar cukai kepada MDB setiap tahun bagi mencapai sasaran kutipan sebanyak RM25 juta setahun seiring untuk menjadikan Besut sebagai sebuah perbandaran.

Bagi penambahan penduduk, beliau menjangka dalam beberapa tahun ini bilangannya akan bertambah dengan pembukaan beberapa pusat pengajian tinggi seperti Politeknik Besut di samping pemulihan Taman Ilmu dilakukan oleh kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memulihkannya yang telah lama terbengkalai.

Katanya, pihaknya menjangka kutipan cukai MDB akan meningkat kepada RM18 juta tahun ini berbanding RM15 juta tahun lalu dengan peningkatan pembayar cukai melebihi 60 peratus sekarang berbanding hanya 50 peratus sebelumnya. - Bernama

Beriadah sambil cari lokan


BENTING LINTANG – Kawasan paya bakau berhampiran Sungai Benting Lintang, di sini pastinya menjadi destinasi pilihan bagi peminat lokan selain turut menjadi lokasi riadah hujung minggu bersama keluarga dan rakan.

Muhammad Abdullah, 39, berkata, lokasi itu menjadi salah satu pilihan keluarganya kerana mereka dapat melakukan aktiviti mencari lokan yang banyak ditemui di situ.

"Isteri, anak-anak dan saudara suka datang sini. Sambil berkelah boleh cari lokan.

"Hasil yang diperoleh boleh bawa balik dan dimasak dengan pelbagai menu atau dibakar," katanya ketika ditemui bersama ahli keluarganya ketika mencari lokan di situ.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kawah, Hulu Besut itu berkata, masa paling sesuai untuk mencari lokan adalah ketika air sungai surut kerana hidupan ini hidup di dalam lumpur dalam kawasan pokok bakau tepi sungai.

Menurutnya, ketika berkelah di kawasan yang turut ditumbuhi pokok rhu itu, isteri dan anak-anaknya pasti tidak melepaskan peluang mencari lokan kerana aktiviti itu menyeronokkan.

"Nak cari lokan kena gunai besi macam sabit. Perlu cakar dalam lumpur baru dapat jumpa lokan," katanya.

Muhammad berkata, terdapat banyak lokan di sini dengan pelbagai saiz sehinggakan ada pencari memperolehi puluhan ekor dalam kawasan seluas beberapa kaki persegi sahaja.

"Untuk keselamatan, saya suruh mereka semua pakai kasut getah," katanya.

Dapat lebih 5kg lokan dalam dua jam

Tambahnya, kebiasaannya dia mengambil masa dua hingga tiga jam setiap kali ke situ untuk mencari lokan dan dalam tempoh tersebut, mereka mampu memperoleh lima kilogram ke atas setiap orang.

"Selain dapat rapatkan hubungan kekeluargaan dan kawan-kawan, riadah macam ini juga dapat biasakan anak-anak dengan aktiviti lasak," katanya.

Katanya, selain hobi, ada juga dalam kalangan saudaranya yang menjadikan lokan sebagai sumber pendapatan sampingan terutama apabila memperoleh  hasil yang banyak dan selebihnya untuk dimakan sendiri

"Saiz lokan besar berkali ganda berbanding kerang menyebabkan beberapa biji lokan saja dah capai berat satu kilogram. Lokan dijual dekat kampung sekitar RM5 untuk dua kilogram.

"Kalau dekat kedai atau tepi jalan mungkin dijual dengan harga berbeza sebab itu punca pendapatan utama mereka," katanya.

Walau bagaimanapun katanya, lokan yang dikutip perlu dibiarkan selama sekurang-kurang satu malam supaya lumpur di dalam lokan itu dapat dikeluarkan.

"Kalau terus masak atau dibakar tetap boleh dimakan cuma rasanya kurang sedap sebab ada rasa payau akibat air atau lumpur yang ada dalam kulitnya," katanya.

Jelasnya, anak-anaknya suka makan lokan bakar kerana rasa masinnya yang asli selain saiz isinya lebih besar dari kerang.

"Kalau nak cari lokan dekat sini kena naik kereta pacuan empat roda atau motor sebab jalan berpasir," katanya

Harga durian kampung tinggi

Written By aku on Saturday, 8 July 2017 | 12:28 pm

JERTIH - Musim durian kampung dari daerah ini sudah tiba apabila raja buah itu mulai gugur sejak sepuluh hari lalu. Sejak itu, tepi-tepi jalan di sini mulai meriah dengan jualan buah yang menjadi kesukaan ramai itu. Tinjauan Sinar Harian bagaimanapun mendapati durian musim ini tidak begitu menjadi kerana banyak pokok durian yang tidak mengeluarkan buah atau sekadar berbunga sahaja. Ekoran kekurangan hasil kali ini dikatakan punca harga buah durian kampung yang menjadi buruan dan dan digemari ramai kini dijual dengan agak tinggi di daerah ini. Menurut peniaga buah, Wan NorAzman Wan Setapa, 44 , harga durian kampung ditentukan oleh penghasilan durian pada sesuatu musim. “Musim ini durian kampung di Besut tidak begitu menjadi. Hanya kawasan Jertih seperti Kampung Tok Raja, Pelagat, Seberang Jertih dan beberapa kampung lain sekitar sahaja menjadi sedangkan di kawasan Hulu Besut iaitu kawasan paling banyak dusun dan kebun durian tidak menjadi. “Hanya sebahagian kecil pokok durian sahaja di sana (Hulu Besut) yang lekat buah sehingga gugur,” katanya yang menjual buah durian di tepi jalan Kampung Mak Sara di sini.

Borang permohonan perkahwinan perdana Terengganu 2017

Written By aku on Wednesday, 5 July 2017 | 1:50 pm


Untuk rakyat Terengganu sahaja

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum/pada 16 JULAI 2017 ke Ibu Pejabat YPKT atau di Pejabat YPK Kawasan.
Penyertaan adalah terhad.

Muat turun borang dibawah:
Borang Permohonan Keluarga Generasi TTB : Perkahwinan Perdana 2017
BORANG

Syarat-syarat Permohonan

Pemohon/pasangan salah seorang daripadanya adalah rakyat negeri
Terengganu.(Pemastautin tetap melebihi 10 tahun, hendaklah mendapatkan pengesahan mastautin daripada Wakil Rakyat / Penghulu Kampung / Ketua Kampung)

Pemohon dan pasangan berumur 18 – 35 tahun.
Perkahwinan adalah kali pertama.
Tiada rekod jenayah dan tiada masalah kesihatan yang kritikal seperti HIV, AIDS atau penyakit kelamin dan sebarang jenis penyakit yang boleh mendatangkan masalah kepada pasangan.

Pendapatan pemohon bersama pasangan adalah RM3,000.00 ke bawah.
Pendapatan ibubapa pemohon dan pasangan adalah RM5,000.00 ke bawah.
Mendapat restu kedua-dua ibubapa.

Lulus kursus Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM) atau agensi yang diiktiraf oleh Kerajaan.

Pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM1,000.00 bagi setiap pasangan pengantin  sebagai komitmen penyertaan.

Pemohon dan pasangan  bersetuju untuk bernikah pada 16 September, 2017 (Sabtu)  dan  majlis  akad nikah beramai-ramai  akan diuruskan  oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Permohonan  yang  layak  akan dipanggil ke sesi  temuduga pemilihan.
Keputusan pemilihan tertakluk kepada Panel  Jawatankuasa  Pemilih  yang dilantik dan keputusan adalah muktamad.

Sekiranya tuan/puan tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup penyertaan,  maka permohonan tuan/puan dianggap  tidak  berjaya.

MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI http://www.ypkt.gov.my/pengumuman/permohonan-keluarga-generasi-ttb-perkahwinan-perdana-tahun-2017-kini-dibuka.html

‘Mereka masih ada datuk dan nenek’


KUALA BESUT -  Kisah lima beradik dari Kampung Beris Lampu, di sini yang didakwa hidup sebatang kara selepas  kematian ibu mereka 30 Jun lalu mendapat perhatian pelbagai masyarakat setelah kisahnya disiar sebuah media elektronik seterusnya tersebar melalui media sosial.

Susulan berita itu, pelbagai pihak yang bersimpati tampil menghulurkan bantuan dan tidak kurang juga yang ingin mengambil sebagai anak angkat apabila laporan turut menyebut lima beradik itu bersedia untuk dijadikan anak angkat oleh sesiapa sahaja asalkan mereka tidak dipisahkan.

Bagaimanapun dakwaan tersebut disanggah dan dinafikan datuk kepada lima beradik tersebut, Ismail Embong, 70, dan waris yang lain.

Menurut Ismail, dakwaan seperti dilaporkan itu tidak tepat mungkin berpunca kerana  silap faham atau pihak terbabit tidak merujuk kepada pihak sepatutnya.

“Mereka masih ada datuk dan nenek, ibu mahupun bapa saudara serta waris lain. Jadi macam mana boleh timbul cerita hidup mereka sebatang kara,” katanya  ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beris Lampu.

Ismail adalah bapa kepada ibu lima beradik itu, Akma Ismail, 41, yang meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan Jumaat lalu kerana kanser payu dara.

Kata bekas Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan  lagi, anak  perempuannya yang merupakan ibu tunggal menderita kanser selepas dikesan sejak setahun lalu.

“Keadaannya semakin teruk sehinggalah pada pertengahan Ramadan lalu dia  dimasukkan ke HUSM sehingga meninggal dunia Jumaat lepas.

“Arwah yang bekerja sebagai tukang jahit ketika hayatnya meninggalkan lima anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan iaitu Muhammad Azri Irfan Mohd Zahari, 14, Muhammad Azril Irman, 13, Azreen Eleya Balqis, 11, Muhammad Azri Isyraaf, 6 dan Azlily Eleya Qistina, 3,” katanya.

Ismail berkata, ketika anaknya terlantar di hospital, ahli berkeluarga termasuk kakak arwah, Azizah Ismail, 54, yang tinggal di Lembah Bidong, Setiu, bergilir-gilir menunggu Akmal di HUSM termasuk anak-anaknya
 BACA JUGA > DAKWAAN TIADA WARIS TIDAK TEPAT

Dakwaan tiada waris tidak tepat


KUALA BESUT -  Kisah lima beradik dari Kampung Beris Lampu, di sini yang didakwa hidup sebatang kara selepas kematian ibu mereka 30 Jun lalu mendapat perhatian pelbagai masyarakat setelah kisahnya disiar sebuah media elektronik seterusnya tersebar melalui media sosial.

Susulan berita itu, pelbagai pihak yang bersimpati tampil menghulurkan bantuan dan tidak kurang juga yang ingin mengambil sebagai anak angkat apabila laporan turut menyebut lima beradik itu bersedia untuk dijadikan anak angkat oleh sesiapa sahaja asalkan mereka tidak dipisahkan.

Bagaimanapun dakwaan tersebut disanggah dan dinafikan datuk kepada lima beradik tersebut, Ismail Embong, 70, dan waris yang lain.

Menurut Ismail, dakwaan seperti dilaporkan itu tidak tepat mungkin berpunca kerana silap faham atau pihak terbabit tidak merujuk kepada pihak sepatutnya.

“Mereka masih ada datuk dan nenek, ibu mahupun bapa saudara serta waris lain. Jadi macam mana boleh timbul cerita hidup mereka sebatang kara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beris Lampu, semalam.

Ismail adalah bapa kepada ibu lima beradik itu, Akma Ismail, 41, yang meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan Jumaat lalu kerana kanser payu dara.

Kata bekas Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan lagi, anak perempuannya yang merupakan ibu tunggal menderita kanser selepas dikesan sejak setahun lalu.

“Keadaannya semakin teruk sehinggalah pada pertengahan Ramadan lalu dia dimasukkan ke HUSM sehingga meninggal dunia.

“Arwah yang bekerja sebagai tukang jahit ketika hayatnya meninggalkan lima anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan iaitu Muhammad Azri Irfan Mohd Zahari, 14, Muhammad Azril Irman, 13, Azreen Eleya Balqis, 11, Muhammad Azri Isyraaf, 6 dan Azlily Eleya Qistina, 3,” katanya.

Akan tetap jaga semua cucu

Ismail berkata, ketika anaknya terlantar di hospital, ahli keluarga termasuk kakak arwah, Azizah Ismail, 54, yang tinggal di Lembah Bidong, Setiu, bergilir-gilir menunggu Akma di HUSM termasuk anak-anaknya.

Menurutnya, arwah tidak mahu berenggang dengan anaknya menyebabkan tiga anaknya berada di situ di samping ahli keluarga lain.

Katanya, dia dan ahli keluarga yang lain kesal terhadap dakwaan tersebut kerana ia menjatuhkan maruah keluarga kerana menggambarkan seolah-olah ahli keluarga mengabaikan kanak-kanak itu.

Menurutnya, dia akan tetap menjaga cucunya sehingga mereka membesar dan dapat menguruskan diri sendiri.

“Saya tak akan izinkan orang luar ambil cucu saya, sekiranya saya tak larat atau tak mampu jaga, ibu atau bapa saudara mereka akan jaga,” katanya yang tinggal di rumah bersebelahan dengan rumah didiami Akma sekeluarga sebelum ini.

Katanya lagi, cuma sekarang dia akan berbincang dengan pihak sekolah untuk menempatkan Muhammad Azri Irfan dan Muhammad Azril Irman di asrama sebuah sekolah agar mereka dapat menumpukan kepada pelajaran.

Menurutnya, sekarang Muhammad Azri Irfan kini belajar di  Sekolah Menengah Agama Maarif manakala Muhammad Azril Irman di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Peroi sementara Azreen Eleya Balqis murid Tahun 5, SK Kampung Nangka.

Dalam pada itu, Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang turut menziarahi keluarga terbabit melahirkan rasa terkejut dengan dakwaan tersebut.

Katanya, keluarga tersebut dalam perhatian pihaknya sejak ibu kanak-kanak terbabit disahkan menghidap barah payudara tahun lalu.

“Arwah Akma telah mendapat bantuan bulanan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 2013 selepas arwah berpisah dengan suaminya.

“Bantuan tersebut akan diteruskan  melalui  waris sah yang menjaga lima beradik ini manakala Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Maidam) Terengganu juga memperuntukkan bantuan bulanan RM500 kepada kanak-kanak terbabit,” katanya di samping  Pegawai Kebajikan Daerah, Suzieyati Siyude yang turut hadir.

Katanya, bapa kanak-kanak terbabit juga masih ada dan tinggal berdekatan dengan keluarga Ismail.

Selepas mengunjungi keluarga terbabit, Tengku Zaihan membawa kanak-kanak tersebut ke sebuah bank di Kuala Besut untuk membuka akaun termasuk memasukkan wang yang disumbangkan beliau.

Kisah lima beradik ini mula mendapat perhatian apabila dilaporkan hanya kanak-kanak terbabit menunggu di hospital termasuk saat Akma menghembuskan nafas kira-kira jam 7.15 malam Jumaat
lalu.
BACA JUGA >> MERAKA MASIH ADA DATUK DAN NENEK BUKAN SEBATANG KARA

Kadar zakat fitrah Terengganu 2017 kekal RM7

Written By aku on Tuesday, 23 May 2017 | 10:24 pm


KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan kadar fitrah pada tahun ini adalah sebanyak RM7 seorang, kekal sebagaimana kadar tahun lepas.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Ismail berkata, kadar itu dikira berdasarkan kepada harga beras gred super tempatan di pasaran setelah mengambil kira nilai bersamaan dengan beras 10 peratus hancur serta 5 peratus hancur.

“Bagi mana-mana orang yang memakan beras dari jenis super import, maka kadar bayarannya adalah senilai dengan kadar beras yang dimakannya iaitu bersamaan 2.60 kilogram atau 2.97 cupak bersamaan satu gantang Baghdad.

“Pada tahun ini juga, kita menetapkan bayaran fitrah hanya boleh dibuat dengan wang tunai sahaja,” katanya kepada media di pejabat Maidam, di sini hari ini.

Menurut Shaikh Harun, orang Islam di negeri ini boleh membayar fitrah di mana-mana kaunter zakat Maidam dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja biasa.

Bagaimanapun beliau berkata, bagi memberi kemudahan kepada masyarakat Islam di negeri ini, kaunter zakat Maidam termasuk di Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan dibuka tujuh hari seminggu dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang bermula 11 Jun hingga 24 Jun nanti.

Selain itu katanya, Maidam turut melantik seramai 1,038 orang amil pada tahun ini yang akan membuat pungutan fitrah dan zakat harta di setiap masjid serta surau di seluruh Terengganu.

Kanak-kanak mangsa pertama denggi tahun ini

Written By aku on Sunday, 21 May 2017 | 12:45 pm


BESUT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 1O tahun menjadi mangsa pertama pada tahun ini yang meninggal akibat demam denggi di Terengganu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohammad Omar berkata, mangsa dari Kampung Sentosa, dekat Kampung Raja di sini, meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, jam 8.02 pagi Khamis.

Menurutnya, mangsa mengalami gejala demam, batuk, selsema dan hilang selesa makan pada 14  Mei lepas.


"Pada hari keempat demam, mangsa mendapatkan rawatan di Klinik Kampung Raja sebelum dirujuk ke Hospital Besut namun dihantar ke HSNZ kerana keadaan tidak stabil," katanya.

Jari terputus gara-gara bot nelayan berlanggar

Written By aku on Friday, 19 May 2017 | 9:41 pm


KUALA BESUT - Jari seorang pelancong tempatan putus dua putung selepas bot laju yang dinaikinya bersama empat pelancong lain berlanggar dengan sebuah bot nelayan petang semalam.

Dalam kejadian kira kira jam 4.40 petang itu, bot laju yang membawa muatan lima penumpang itu dalam perjalanan dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut telah berlanggar dengan  bot nelayan di muara Kuala Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 4.45 petang.

Menurutnya, punca kemalangan masih dalam siasatan dan mangsa  yang cedera dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan.

Menurutnya, polis turut melakukan saringan awal air kencing terhadap pemandu bot berkenaan tetapi negatif dadah.

Katanya, pemandu bot pelancong turut mengalami kecederaan di kepala dan sakit anggota badan.

Empat jam tersangkut atas pokok


BESUT - Pengalaman tersangkut hampir empat jam di atas pokok setinggi kira-kira 16 meter langsung tidak melunturkan semangat Sharifah Nadia Wafa Syed Muhammad Thalal Wafa, 29, untuk meneruskan hobinya itu dalam sukan luncur udara (paragliding).

Malah kemalangan yang berlaku dua tahun lalu itu dijadikan pengalaman berharga untuk beliau lebih berhati-hati setiap kali terlibat dalam acara itu.

Menurut gadis dari Kuala Lumpur itu, kejadian tersangkut atas pokok berhampiran Rumah Api, Jugra, Selangor ketika membuat terbangan dengan payung terjun kira-kira jam 6.30 petang berlaku ketika dia baru mula berjinak dengan hobi tersebut.


"Saya diselamatkan dan diturunkan oleh anggota bomba pada 10.19 malam tanpa sebarang kecederaan.

"Apa yang berlaku tak patahkan semangat saya tapi berjaya bentuk saya jadi paraglider yang berani dan lebih profesional," katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Luncur Udara Antarabangsa Terengganu (Tipco) 2007 di Taman Paragliding Kota Putera, Bukit Bubus dekat Tembila, di sini.

Majlis disempurnakan Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan  Che Ku Abd Rahman.

Dalam kejohanan tersebut, Sharifah Nadia Wafa dinobatkan sebagai johan keseluruhan kategori wanita dan membawa pulang hadiah wang tunai 300 euro dan pingat sementara peserta Vietnam di tempat kedua diikuti Jepun tempat ketiga.

Katanya, ini penyertaan ketiganya dalam kejohanan antarabangsa bagi acara itu dan pencapaian tersebut amat membanggakannya apabila menunjukkan peningkatan berbanding kejohanan terdahulu.

“Dalam kejohanan peringkat antarabangsa sebelum ini di Jugra saya dapat tempat kedua dan menerusi kejohanan peringkat kebangsaan terdahulu lagi saya mendapat tempat ketiga,” katanya.

Kejohanan yang berlangsung selama lima hari berakhir semalam itu dan julung kali diadakan di negeri ini itu disertai 90 peserta termasuk penyertaan 75 peserta luar negara membabitkan 27 buah negara termasuk Malaysia.

Peserta Indonesia, Rio Indrakusumah  muncul juara terbuka keseluruhan Tipco 2017 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai 1,000 euro.

Tempat kedua pula Siwakorn Sornnuwatara dari Thailand memenangi hadiah 700 Euro, ketiga Ariubat Khadkhuu dari Mongolia dengan hadiah sebanyak 300 euro.

Manakala dua peserta dari Malaysia menduduki tempat keempat dan kelima iaitu Nasarudin A.Bakar serta Mohd Nazri Sulaiman.

Bagi kategori kebangsaan pula, tempat pertama dimenangi Nasarudin Abu Bakar, kedua Mohd Nazri Sulaiman manakala tempat ketiga ialah Mohd khairul Kamaruddin.

 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger