Home » » 4 lelaki didakwa bunuh remaja mencuri wang tabung masjid

4 lelaki didakwa bunuh remaja mencuri wang tabung masjid

Written By aku on Tuesday 17 December 2013 | 5:54 pm


KUALA LUMPUR - Seorang pengurus keselamatan dan tiga pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini, terhadap pertuduhan membunuh seorang remaja lelaki yang dipercayai mencuri wang tabung masjid, tiga minggu lalu.

Pengurus keselamatan Mohamad Yusof Mohamad, 39; Mohd. Aswendy Majon, 26; Iweldo Putra, 19, dan Pondri Neriko, 20, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Mohamed Shah Reza Fauzi @ Mohamed, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al Azim, Jalan Pandan Indah, Ampang, dekat sini kira-kira pukul 3 pagi, 3 Disember lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman mati mandatori.

Keempat-empat tertuduh hanya mengangguk faham pertuduhan namun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 17 Februari depan untuk sebutan semula kes itu sementara  menunggu laporan forensik dan bedah siasat.

--Hmetro Sementara itu, dua daripada tertuduh, iaitu Iweldo Putra, dan Pondri Neriko dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah memasuki Malaysia tanpa perjalanan yang sah.

Kesalahan berlaku di Jalan Pandan Indah 4/8 di sini, kira-kira jam 2.30 petang, 3 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) Kanun Keseksaan Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 3 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene manakala kesemua tertuduh masih belum diwakili peguam.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger