Agihan pendapatan ASB 7.7 sen seunit
Written By aku on Thursday, 19 December 2013 | 7:17 pm
KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad, mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.70 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 8.26 juta pemegang unit yang melanggan 127.2 bilion unit ASB.
Pembayaran agihan pendapatan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit dan buku pelaburan ASB masing-masing boleh dikemas kini di semua pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 Januari 2014. --Hmetro
Labels:
Ekonomi