BERITA TERKINI
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Selangor catat rekod jumalah penerima BR1M Tertinggi

Written By aku on Wednesday, 19 October 2016 | 2:46 pm


 Terdapat pelbagai program yang telah dan akan terus dijalankan kerajaan bagi meningkatkan kemahiran dan pendapatan rakyat, ujar Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

Menurut beliau, program-program tersebut dilaksanakan untuk semua rakyat termasuk juga para penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Antara program-program yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran rakyat adalah seperti program latihan kemahiran di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang merangkumi institut pendidikan seperti Institut Kemahiran Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan pusat GIATMARA, program latihan kemahiran yang dijalankan oleh Institut Latihan Perindustrian dan juga Pusat Latihan Teknologi Tinggi di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia dan Kementerian Sumber Manusia, serta program latihan di bawah Kementerian Pendidikan seperti Kolej Komuniti," katanya.

Selain itu, kerajaan juga ujar Johari turut memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah bagi melibatkan diri dalam bidang keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan mereka.

"Kerajaan turut memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan sumber kewangan atau pinjaman bagi melibatkan diri dalam industri kecil-kecilan dan keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan mereka. Terdapat banyak sumber untuk mendapatkan pembiayaan tersebut seperti AIM, TEKUN, MARA.

"Kerajaan akan terus menyediakan kemudahan pendidikan dan latihan kemahiran serta pendedahan dalam bidang keusahawanan kepada rakyat bagi membantu mereka agar lebih berdaya saing dalam usaha mendapatkan pekerjaan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) berhubung perancangan kerajaan di dalam melaksanakan program latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan dan pendapatan penerima BR1M pada sesi khas waktu pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Johari turut memberitahu sebanyak 8,362,666 permohonan BR1M telah diterima bagi tahun 2016 di mana 7,280,340 permohonan telah diluluskan manakala baki 1,082,326 pula permohonan yang tidak berjaya.

"Daripada jumlah yang berjaya, Selangor adalah penerima tertinggi iaitu sebanyak 1,017,403 penerima, Johor adalah kedua tertinggi iaitu sebanyak 889,636 penerima manakala Sarawak adalah penerima ketiga tertinggi iaitu sebanyak 735,817 penerima.

"Pemberian BR1M adalah bantuan jangka pendek bermatlamat untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah mengimbangi kenaikan kos sara hidup dalam membeli barang keperluan harian dan bukannya bertujuan untuk membasmi kemiskinan," katanya.

Agus: Salahkah saya menyokong TPP?

Written By aku on Wednesday, 20 January 2016 | 10:46 am


PADA 5 Oktober 2015, rundingan TPP dimuktamadkan di Atlanta AS. Pada 5 November 2015, teks TPP didedahkan kepada umum. Dan pada 3 Disember 2015, kajian kes manfaat TPP didedahkan kepada umum.

Teks lengkap TPP mengandungi 6350 halaman dan 4 annexes. Sejak pendedahan lengkap dokumen TPP, masih ramai rakyat yang sangsi dengan TPP ini, masih ramai yang tidak bersetuju dan membantahnya.

Alasan mereka ialah:

i. TPP sama macam GST yang akhirnya mungkin baik untuk pendapatan negara, tetapi membebankan rakyat.

ii. Kos perubatan naik kesan kawalan terhadap paten dan akses kepada ubatan generik.

iii. Hasil eksport berkurangan kerana cukai eksport dimansuh.

iv. Syarikat kewangan asing bakal menguasai pasaran kewangan negara kerana mempunyai modal yang lebih besar.

v. Tenaga buruh dibanjiri oleh kepakaran luar dan tidak ada pemindahan teknologi

vi. Syarikat Bumiputera tidak mendapat apa-apa lagi kerana terpaksa bersaing dengan syarikat luar.

vii. Harta intelek dan akta hakcipta yang terlalu lama menghalang kreativiti dan inovasi rakyat.

viii. Undang-undang tempatan bakal runtuh apabila syarikat asing bebas memilih untuk dibicarakan di tribunal antarabangsa, bukan dengan undang-undang tempatan.

ix. Harga kereta, harga rumah dan kos barangan akan meningkat.

Saya juga dahulunya mempunyai sangkaan yang sedemikian. Bagaimana sekarang setelah meneliti dokumen TPP?

Bagaimana dengan kos ubat selepas TPP? Hal ini dinyatakan dalam Bab 18 Intellectual Property Rights.

Hasil semakan mendapati TPP memastikan akses perkhidmatan kesihatan dan ubatan pada harga berpatutan diteruskan.

Undang-undang negara memperuntukkan paten selama 20 tahun.

Penyertaan TPP tidak mengubah tempoh dan ciri-iri utama dasar perlindungan paten sedia ada. Ini bermakna ubat generik sedia ada juga boleh diteruskan.

Artikel 18.6(1a): Understandings Regarding Certain Public Health Measures menyatakan setiap negara yang menandatangani perjanjian ini mempunyai hak untuk menjaga dan melindungi kesihatan rakyatnya.

“(a) The obligations of this Chapter do not and should not prevent a Party from taking measures to protect public health. Accordingly, while reiterating their commitment to this Chapter, the Parties affirm that this Chapter can and should be interpreted and implemented in a manner supportive of each Party’s right to protect public health and, in particular, to promote access to medicines for all. Each Party has the right to determine what constitutes a national emergency or other circumstances of extreme urgency, it being understood that public health crises, including those relating to HIV/AIDS, tuberculosis, malaria and other epidemics, can represent a national emergency or other circumstances of extreme urgency.”

Bagaimana dengan kemudahan pelajar untuk salin foto buku? Artikel 18.66 TPP tidak menghalang hal ini selagi mana tujuan salin foto tersebut adalah untuk tujuan mengajar, penyelidikan dan belajar.

“Each Party shall endeavour to achieve an appropriate balance in its copyright and related rights system, among other things by means of limitations or exceptions that are consistent with Article 18.65 (Limitations and Exceptions), including those for the digital environment, giving due consideration to legitimate purposes such as, but not limited to: criticism; comment; news reporting; teaching, scholarship, research, and other similar purposes; and facilitating access to published works for persons who are blind, visually impaired or otherwise print disabled.”

Bagaimana dengan hak Bumiputera selepas TPP?

TPP memberikan pengecualian khas kepada Malaysia dalam hal ini di bawah Bab 15, Annex 15A Schedule of Malaysia. Annex ini memperuntukkan klausa khas untuk kita mengekalkan hak Bumiputera dan rakyat tempatan.

Jika ada syarikat luar yang mahu masuk bersaing, klausa ini membenarkan syarikat luar hanya boleh masuk bersaing dalam perolehan yang melebihi dari SDR1.5 juta. SDR ialah Special Drawing Rights atau RM5 bagi 1 SDR.

Bagaimana dengan peluang pekerjaan dan tenaga buruh rakyat tempatan? Ini diperuntukkan di Bab 19 TPPA. Bab ini menghormati hak-hak buruh dengan melarang buruh paksa dan buruh di bawah umur. Bab ini melindungi kesatuan kerja untuk mempertahankan hak-hak buruh.

Soal peluang pekerjaan, saya melihat TPP menyediakan persaingan, tetapi ini tidaklah sampai ke tahap menyekat peluang pekerjaan rakyat tempatan. Hanya sahaja untuk kita mendapat jawatan yang baik, kita perlu kompetitif dan berdaya saing.

Apakah TPP menjejaskan kedaulatan negara? TPP tidak melibatkan pindaan perlembagaan. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan perjalanan TPPA, terdapat Exit Clause dalam Bab 30 Final Provisions seperti berikut:

Article 30.6: Withdrawal

1. Any Party may withdraw from this Agreement by providing written notice of withdrawal to the Depositary. A withdrawing Party shall simultaneously notify the other Parties of its withdrawal through the contact points.

2. A withdrawal shall take effect six months after a Party provides written notice to the Depositary under paragraph 1, unless the Parties agree on a different period. If a Party withdraws, this Agreement shall remain in force for the remaining Parties.

Apakah harga kereta akan turun atau naik? Harga kereta bergantung kepada pasaran semasa. TPPA tidak menentukan dan memaksa harga kereta naaik atau turun. Ini boleh dilihat dalam Bab 2 National Treatment and Market Forces for Goods.

Bagaimana dengan hak negeri dan tanah yang menjadi bidang kuasa kerajaan negeri? Kuasa negeri kekal dan tidak terancam dengan perjanjian ini. Ini boleh dirujuk di Annex II Schedule of Malaysia: Non-Conforming Measures.

Bagaimana dengan ISDS? Tidakkah apabila berlaku pertikaian antara pelabur dengan negara, maka negara boleh disaman? Hal ini dinyatakan dalam Bab 9 Investment.

Realitinya memang boleh disaman. Tetapi soal ini bukan perkara baru. Sebelum ini kita telah terlibat dalam 74 FTA dan telah melalui proses saman menyaman ini.

Ini kerana semua negara yang terlibat dalam FTA akan tertakluk kepada Investment Guarantee Agreements dan Bilateral Investment Treaties.

Malaysia pernah menyaman dan disaman dalam kes MTD vs. Chile’s Government (keputusan Tribunal pada 21 Mei 2004), Telekom vs. Ghana Government (keputusan tribunal pada 18 Oktober 2004), dan Malaysian Historical Salvors vs. Malaysia Government (keputusan tribunal pada 21 Mei 2007).

Cara perbicaraannya adalah melalui International Center for Settlement of Investment Disputes.

Bagaimana dengan kedudukan Petronas dan Khazanah? Mengapa perlu kita meletakkan syarikat besar negara dalam bahaya untuk ditelan oleh gergasi besar?

Saya telah membaca peruntukan hal ini dalam Bab 17 TPP State-Owned Enterprises and Designated Monopolies.

Hasil semakan mendapati terdapat persaingan, tetapi bukanlah ke tahap yang membolehkan kita ditelan. Ia bergantung kepada cara pengurusan syarikat kita

Jadi, jika kita mahu mendapat keuntungan daripada TPP ini, kitalah yang perlu mengurus syarikat milik kita dengan baik, bukannya salah TPP.

Bagaimana dengan IKS? Tidakkah jika apabila barang Amerika dan negara lain boleh masuk, ia boleh melingkupkan IKS kita?

Peruntukan tentang IKS ini dimasukkan dalam Bab 24 on Small and Medium- Sized Enterprises. Dalam bab ini, ada dua komponen utama yang menunjukkan kelebihan kepada IKS ini.

Pertama, boleh meningkatkan jaringan perniagaan IKS dengan negara luar. Kedua, membolehkan IKS mendapatkan maklumat yang banyak tentang peluang perniagaan IKS di negara luar.

Soal IKS kita terhapus banyak bergantung kepada daya saing IKS kita. Tidak ada klausa yang saya nampak ada ancaman kepada IKS kita melainkan terdapat cabaran kepada IKS kita.

Bagaimana dengan duit pencen? Tidakkah nanti boleh dikebas oleh negara TPP? TPP tidak melibatkan dana awam dan kita berkecuali dalam hal ini.

Penjelasan saya di atas adalah berdasarkan kepada dokumen perjanjian yang ada.

Sama ada kesannya baik kepada rakyat dan negara atau sebaliknya, nasihat saya kepada kawan-kawan baca dan telitilah maklumat asli yang ada dihttp://fta.miti.gov.my/index.php/pages/view/tppa. Selepas itu buatlah penilaian.

Meneliti dokumen ini, ada dua kenyataan yang perlu saya buat.

Pertama, saya mengucapkan tahniah kepada pasukan TPP negara yang telah merundingi hal ini dengan baik.

Saya yakin ini bukan tugas yang mudah memandangkan selepas tulisan pertama saya pada tahun 2013, telah banyak perkara yang diperbaiki dalam TPP ini.

Ini termasuklah addendum khusus tentang Bumiputera, tanah Melayu, Petronas dan lainnya.

Kedua, setelah meneliti dokumen TPP, saya menyokongnya.

Saya menyokongnya kerana kita tidak boleh mengelak dari hidup dalam dunia globalisasi dan bertindak selari dengan perkembangan semasa. Jika kita tidak menandatangani TPPA, maka kita keluar dari menjadi negara dagang. Mahukah kita?

Selain itu, saya dapati beberapa kelebihan baru TPP ini.

i. Kita mempunyai empat kawan baru FTA iaitu Amerika, Peru, Mexico dan Kanada.

ii. Kita adalah antara negara pengasas TPP membolehkan kita mendapat layanan dan pengecualian dalam sektor-sektor sensitif.

iii. Kita akan menjadi negara yang membina daya saing, membina tadbir urus yang baik to comply dengan standards antarabangsa, dan mempunayi barang-barang yang lebih berkualiti.

iv. Kita akan mempunyai barang yang berkualiti dengan import duti yang dimansuhkan dan harga barang yang kompetitif.

Saya menolak hujah jika kita menandatangani TPP, kita menggadaikan kedaulatan negara.

Untuk menjawab hujah ini, saya petik apa yang Tok Pa kata kepada saya. Selain Malaysia ada 11 lagi negara yang menandatangani TPP.

Apakah semua negara tersebut sanggup menjual kedaulatan mereka? Dalam hal ini, saya bersetuju dengan Tok Pa.

Biarpun berkata begitu, saya juga mempunyai kerisauan tentang TPP.

i. Bimbang tentang keupayaan pelaksanaannya.

ii. Mampukah kita untuk bersaing?

iii. Mampukah kita untuk meningkatkan kualiti barangan dan menjaga alam sekitar supaya dapat mengikuti syarat TPPA ini?

iv. Terdapat 26 akta yang perlu dipinda to comply dengan TPP.

Inilah yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Kerajaan perlu jujur memberi maklumat tentang kekurangan TPP ini.

Maklumat tentang kekurangan ini, jika ada, jangan disembunyikan.

Dalam hal ini, saya suka memetik nasihat George Santayana dalam The Life of Reason (1905) supaya kita belajar dari sejarah. Katanya: “Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.”

Apa maksudnya? Belajarlah dari pengalaman penerangan GST. Dalam kes GST dahulu, kerajaan menyatakan GST menurunkan harga barang, tetapi realitiya apabila dilaksanakan tidak ada satu harga barangpun yang turun.

Jangan ulangi kesilapan ini. Bagitahu betul-betul untung ruginya TPP ini kepada rakyat dan negara.

Jika rakyat tanya, apakah TPP boleh menurunkan harga kereta dan menjamin kos ubatan tidak naik, maka jawablah dengan memberikan senario yang benar dan betul. Jangan over commit menyatakan tidak naik jika hakikatnya harga ubat dan kereta ditentukan oleh kausa pasaran.

InsyaALLAH, memulakan sesuatu dengan langkah yang betul akan membuah hasil yang baik.

Di akhir analisisnya, saya dapati TPP bukanlah ancaman untuk negara, tetapi cabaran untuk negara. Dengan hujah ini, saya menyokong TPP. Salahkan saya?

PROF. MADYA, DATUK DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF

Pasaraya Giant Buka Cawangan Di Besut Pertengahan 2016

Written By aku on Saturday, 26 December 2015 | 1:02 pm


GCH Retail (M) Sdn Bhd merancang untuk membuka empat lagi cawangan Pasaraya Giant miliknya menjelang pertengahan tahun depan iaitu di Jerteh (Besut, Terengganu); Setapak (Kuala Lumpur); Kangar (Perlis) serta Kota Baharu (Kelantan).

“Pada masa ini GCH mengendalikan sebanyak 147 Pasaraya Giant di seluruh negara dengan empat cawangan baharu bakal dibuka menjelang pertengahan 2016.

“GCH juga mempunyai lebih 10,000 pekerja dan kami sememangnya mahu mengekalkan kedudukan sebagai peneraju serta mencatatkan pertumbuhan kukuh,” kata Pengarah Operasinya, Ernest Potgieter.

GCH Retail memiliki empat jenama runcit iaitu Giant, Cold Storage, Mercato dan Jasons Food Hall.

70 Fakta Ringkas Tentang Bajet Terengganu 2016

Written By aku on Monday, 30 November 2015 | 3:27 pm


Bajet Bertemakan 'Menjayakan Transformasi Mensejahterakan Rakyat'

1. Anggaran peruntukan sebanyak RM2.103 bilion.
2. Digerakkan dengan lima strategi iaitu; Melonjakkan pertumbuhan melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB), Pengurusan perbelanjaan awam yang cekap lagi berhemat, Pengukuhan program pengupayaan berteraskan ekonomi keperluan rakyat, Pembinaan kapasiti sumber modal insan yang berdaya tahan dan Peningkatan kemudahan awam yang mendamaikan hidup rakyat.
3. Peruntukan RM2.103 bili¬on untuk Perbelanjaan Mengurus, RM1.139 bilion untuk pembangunan dan RM8.88 juta untuk Kumpulan Wang Bekalan Air.

Meningkatkan Keupayaan Sektor-Sektor Berimpak Tinggi

4. Menubuhkan Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T) dan Unit Transformasi Ekonomi Negeri (U-TENT).
5. Melalui pelantikan Pasukan Petugas (Task Force) dan pelaksanaan Makmal Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu, 18 EPP (Entry Point Projects) dengan 71 projek untuk dilaksanakan dari 2016 hingga 2020.
6. RM15.1 billion jangkaan pelaburan dengan RM11.3 billion daripada pelaburan swasta, RM2.02 billion pelaburan awam dan RM1.74 billion pelaburan bersifat pemangkin (enablers) dengan 41,201 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan. 9 projek berada dalam fasa pelaksanaan.
7. Mewujudkan Special Economic Zone (SEZ) seluas 729,400 hektar merangkumi 53% daripada penduduk Terengganu.

Memperkasa Sektor Pelancongan Menjelang Tahun Melawat Terengganu 2017

8. RM51 juta untuk sektor pelancongan.
9. Lapangan Terbang Sultan Mahmud dijadikan Gerbang Pelancongan Negeri. T-Kitchen dibina dengan sajian makanan Terengganu.
10. RM1 juta untuk perkhidmatan bas Amphibious atau Amphicoach.
11. RM1.5 juta bangunkan Pulau Bidong sebagai Pulau Warisan.
12. RM140 juta untuk pembangunan produk pelancongan Tasik Kenyir.
13. Mewujudkan Heritage Trail yang melibatkan Kampung Cina, Pasar Cabang Tiga dan Losong dengan bajet RM200 ribu.
14. RM2 juta untuk Kempen 'Islamic Tourism'.

Memartabatkan Sektor Pertanian

15. RM10 juta untuk tingkat pengeluaran hasil 19,000 petani termasuk Pembangunan Industri Padi, Pembangunan Ladang Kelapa Sawit Rakyat, Projek Tanaman Kelapa dan projek kecil berkelompok.
16. RM1.5 juta untuk tanaman padi dua kali setahun, beri manfaat kepada 9,000 petani padi sawah.
17. RM100 ribu akan diperuntukkan untuk Kempen Keselamatan Nelayan.
18. Jaket keselamatan percuma kepada 8,000 nelayan dengan bajet RM1 juta.

Memperkukuhkan Sektor PKS Sebagai Enjin Pertumbuhan

19. RM2 juta Tabung Pembiayaan Usahawan atau T’Fund.
20. RM500 ribu Skim Pinjaman Khas Usahawan Desa.
21. RM1 juta untuk Pembangunan Usahawan Graduan Terengganu, feadah dinikmati 300 peserta.
22. RM500 ribu bajet untuk program latihan kemahiran usahawan, beri manfaat 3,000 peserta.
23. RM2.1 juta untuk promosi usahawan termasuk Program Pembangunan Produk.
24. RM4.5 juta bina 70 premis perniagaan dan penambahbaikan Kompleks Usahawan Terengganu (KUT) sebagai pejabat utama YPU.

Mengutamakan Ekonomi Keperluan Rakyat

25. Bantuan Dana Persekolahan sebanyak RM10 juta, beri faedah 100,000 pelajar.
26. Dana Bantuan Raya sebanyak RM50 juta untuk 200,000 penerima.
27. Dana Bakti Remaja berjumlah RM22 juta untuk 100,000 orang.
28. RM2.5 juta bajet untuk usahawan online.
29. Membina 20,000 unit lagi rumah baharu, 5,000 unit dibina oleh PR1MA, 5,000 unit oleh SPNB dan 10,000 unit oleh PMINT.
30. 10% dari keseluruhan unit rumah dikhususkan kepada golongan belia yang belum berkahwin.
31. RM1 juta naik taraf Taman Awam Batu Burok.
32. RM2 juta untuk Program Perkahwinan Perdana Generasi TTB, beri manfaat 240 pasangan.
33. Tambah kemudahan tempat letak kereta di sekitar Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
34. Menubuhkan Pejabat Tabung Darul Iman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.
35. RM1.86 juta untuk Program Jaya Diri melibatkan 27,630 ibu dan bapa tunggal.
36. RM50 ribu untuk tingkat prasarana awam untuk OKU seperti tandas dan tempat letak kereta.
37. Insentif SSPN-i untuk bayi yang lahir ditambah sehingga RM500.

Melonjakkan Pembangunan Sukan

38. RM48 juta bajet untuk pembangunan sukan.
39. Menaiktaraf kemudahan padang hoki di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak dan Stadium Hoki MBKT di Batu Burok.
40. RM6 juta untuk bina Kompleks Asrama Atlet di Gong Badak.
41. Tubuh Yayasan Pembangunan Sukan Terengganu.

Memperkasa Modal Insan

42. RM38.45 juta bajet bagi pembangunan pendidikan.
43. Meneruskan Program Pendidikan Anjung Ilmu dengan bajet RM11 juta.
44. RM4 juta untuk Program Pintar Quran melibatkan 772 kelas dan 19,000 pelajar.
45. RM180 juta bina tiga buah kompleks Sekolah Imtiaz di Marang, Setiu dan Kuala Nerus.
46. Tubuh Sekolah Menengah Imtiaz MRSM Ketengah di Bukit Besi, 50 peratus anak Terengganu.
47. RM10 juta bagi menyediakan peralatan dan pengisian di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT).
48. 4 Pejabat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) diwujudkan di Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Utara.
49. RM3.8 juta untuk Hadiah Kecemerlangan Pelajar melalui Yayasan Terengganu.
50. RM1.5 juta untuk Program Al-syahadah Al-Ulya Ulul Albab, kumpulan pertama 50 pelajar.
51. Tubuh Kolej Quran Terengganu, tawar pengajian peringkat Diploma dan Ijazah.
52. RM2 juta untuk program latihan kemahiran selepas SPM, manfaat 6,000 peserta.
53. Program T-GAS dijenamakan semula sebagai Terengganu-Graduate Transformational Program (T-GTP) dengan bajet RM3.7 juta membabitkan 500 peserta, elaun RM1,000 sebulan.
54. RM3 juta untuk Program Transformasi Belia Terengganu.
55. Latihan bagi mengurus bakat melalui Talent Management Terengganu.

Menambah baik Kemudahan Awam

56. RM10 juta untuk naik taraf jalan daripada dua lorong ke empat lorong dari Kemasik ke Kijal, Kemaman.
57. RM24 juta untuk membina jalan bertingkat di jalan Jambatan Sultan Mahmud di Bukit Tumbuh.

Meningkatkan Infrastruktur ICT

58. RM20 juta bagi memperkukuhkan pembangunan infrastruktur telekomunikasi.
59. Penambahbaikan perkhidmatan Terengganu Electronic Government (T-eG) dengan bajet RM500 ribu seperti e-CAKNA, e-ZAKAT dan e-MUNAKAHAT.
60. RM900 ribu bagi menaiktaraf peralatan rangkaian di pusat data negeri dan perisian antivirus secara berpusat.
61. RM2.65 juta bagi pembangunan sistem aplikasi jabatan dan agensi kerajaan.
62. RM2 juta untuk pembinaan dua unit Pusat Bestari.com.

Merancakkan Pembangunan Wilayah

63. RM10 juta untuk pembangunan Bandar Baru Kijal.
64. RM40 juta untuk infrastruktur Bandar Baru Bukit Besar.
65. RM10 juta setahun untuk pembangunan pusat pentadbiran dan komersil Bandar Baru Kuala Nerus selama 10 tahun.
66. RM73 juta untuk projek kebersihan bagi menjadikan Terengganu TerBersih (TTB).
67. RM10 juta bajet untuk Dana Pembinaan Masjid.
68. Bonus RM500 kepada 3,700 guru-guru KAFA, Guru Pintar Quran dan Guru J-Qaf melibatkan bajet RM1.9 juta.
69. 12,000 penjawat awam negeri terima bonus RM500 melibatkan bajet RM6 juta.
70. Memperkenalkan plat kereta TTB.


"Dengan asas Wawasan SIHAT, marilah sama-sama kita berjuang untuk Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun, dengan tekad bahawa Tiada Halangan, Hanya Peluang, melalui pendekatan  Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan, bersendikan keikhlasan, bahawa yang kita perjuangkan mungkin Kecil Bagi Kita, Tapi Besar Bagi Rakyat.  Marilah sama-sama kita bergerak ke hadapan dan menganjak watan tercinta ini ke persada yang sehabis tinggi. Inilah Transformasi Terengganu Baharu" - Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman

Ekonomi Malaysia tumbuh 4.7% suku ketiga

Written By aku on Friday, 13 November 2015 | 12:57 pm


KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia tumbuh 4.7 peratus pada suku ketiga 2015 berbanding lima peratus suku sama tahun lepas dipacu permintaan domestik kukuh.

Permintaan domestik tumbuh empat peratus pada suku ketiga disumbang penggunaan swasta yang menyederhana pada 4.1 peratus dan pelaburan swasta tumbuh 5.5 peratus.

Menurut Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, meskipun berdepan cabaran hebat, ekonomi negara masih berdaya tahan dengan jangkaan pertumbuhan masih dilandasan tepat.

“Meskipun ekonomi berdepan tekanan namun ia masih disokong oleh kepelbagaian sumber pertumbuhan.

“Ia susulan usaha awal negara untuk mempelbagaikan pendapatan dan sudah pasti pertumbuhan kukuh ini disokong sistem kewangan yang kukuh.

"Kami yakin ekonomi mampu capai pertumbuhan 4 ke 5 peratus tahun ini."

Inflasi bagi suku sama berada pada 3 peratus peningkatan berbanding 2.2 peratus suku kedua 2015 dipacu peningkatan harga minyak dan harga makanan.
“Kami sudah jangkakan peningkatan ini susulan pelaksanaan GST berdasarkan apa yang berlaku kepada negara yang baru melaksanakan GST bagi permulaan. Namun ia akan kembali reda.

“Selain itu kelemahan nilai ringgit turut mempengaruhi inflasi namun kelemahan harga minyak mengimbangi kembali kesan tersebut," katanya.

Negara bukan Islam minat pelajari kewangan Islam

Written By aku on Thursday, 5 November 2015 | 8:23 am


KUALA LUMPUR - Beberapa negara bukan Islam termasuk New Zealand dan Afrika, berminat untuk mempelajari kewangan Islam daripada Malaysia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini merupakan antara pencapaian Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF).

"Ramai yang berminat untuk mengetahui bagaimana kita berjaya dalam membangunkan kewangan Islam di negara ini.

"Mereka mahu belajar daripada pengalaman kita dan ini telah menjadi topik perbualan semasa forum WIEF ke-11," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mustapa berkata Malaysia mempunyai produk perbankan Islam yang diiktiraf dunia, termasuk sektor Takaful.

"Ini kerana Malaysia memiliki pakar di dalam sistem kewangan dan perbankan Islam yang boleh dikongsikan dengan negara lain.

"Ia turut membuka peluang kepada Malaysia untuk mempromosikan pelaburan dan meningkatkan perdaganangan dengan negara luar," tambahnya. - Bernama

'Berilah 1MDB ruang untuk bernafas'

Written By aku on Sunday, 1 November 2015 | 7:01 am


KUALA LUMPUR - Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berkata, orang ramai harus memberi "ruang untuk bernafas" kepada syarikat untuk membolehkannya melaksanakan pelan rasionalisasi untuk mengurangkan hutangnya.

"Kami mahu mengurangkan hutang syarikat dengan ketara.

"Apa yang penting ialah berikan kami ruang untuk melaksanakan pelan itu dan penyiasat perlu diberikan 'ruang untuk bernafas' untuk merumuskan siasatan mereka," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada Jun tahun ini, 1MDB mengemukakan pelan rasionalisasi hutang berdasarkan tiga peringkat kepada Kabinet termasuk menjual ekuiti dalam syarikat tenaga Edra Global Energy Bhd yang akan mengurangkan hutang 1MDB antara RM16 dan RM18
bilion.

Peringkat kedua adalah melaksanakan pertukaran hutang dengan ekuiti dengan syarikat pelaburan petroleum dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang akan mengurangkan hutang 1MDB sebanyak kira-kira RM16 bilion.
 
Peringkat ketiga adalah penjualan ekuiti 1MDB di Bandar Malaysia bernilai kira-kira RM11 bilion, kata Arul Kanda.

Beliau berkata, pada masa yang sama, 1MDB terus komited untuk melangsaikan faedah dan hutang pokok syarikat.

Beliau berkata, syarikat juga akan memberi tumpuan untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam semua siasatan yang sedang dijalankan ke atas syarikat.

"Supaya jawapan dan fakta yang tepat dapat disediakan untuk membolehkan rakyat dan semua pihak berkepentingan mendapat versi sebenar yang muktamad," katanya. - Bernama

Cadangan bayaran BR1M ditukar kepada unit amanah

Written By aku on Sunday, 11 January 2015 | 6:25 pm


KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Belia Malaysia hari ini secara dasarnya bersetuju sistem pembayaran secara tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditukar kepada pembayaran melalui unit amanah.
 
Wakil Pahang, Mohd Firdaus Abd Samad ketika menggulung usul penetapan supaya kerajaan menjalankan kajian intensif bagi merapatkan jurang pendapatan negara, berkata mekanisme ini dilihat lebih efektif kepada aliran tunai kerajaan.
 
"Sekiranya BR1M ini diberikan dalam bentuk unit amanah, ia akan ada tempoh matang, jadi dalam masa lima tahun katakan, kerajaan tidak perlu lagi mengeluarkan wang tunai untuk pemberian BR1M, sebaliknya pembayaran seterusnya boleh dibuat menggunakan dividen," katanya.
 
Usul penetapan supaya kerajaan menjalankan kajian intensif bagi merapatkan jurang pendapatan negara itu dicadang Jawatankuasa Sosio Ekonomi dan diluluskan sebulat suara oleh speaker dewan iaitu Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Negara Datuk Shamsul Anuar Nasarah pada persidangan Parlimen Belia Malaysia kedua di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
 
Antara lain, usul itu turut mencadangkan supaya satu jawatankuasa atau badan seumpamanya ditubuhkan di peringkat Parlimen bagi mengkaji jurang pendapatan negara.

Turut bersetuju ialah wakil Terengganu Alif Rosli yang menarik perhatian bahawa selain pembayaran melalui unit amanah, kerajaan juga boleh menggunakan sukuk.
 
"Ini adalah antara beberapa mekanisme, yang lebih sesuai untuk jangka masa panjang, berbanding pembayaran secara one-off, yang mana jika diberikan kepada rakyat pun akan dihabiskan dalam masa yang pendek," katanya.
 
Dalam pada itu, wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Suhail Mohamed Kamaruddin mempersoalkan juga sekiranya perlu lagi kajian ke atas ekonomi rakyat diadakan, memandangkan sudah wujud beberapa badan yang mengadakan kajian sama.

"Unit Perancangan Ekonomi negara pun dah buat kajian dan disokong Jabatan Statistik, tetapi persoalannya kenapa jurang pendapatan ini masih wujud di skala tinggi," katanya. - Bernama

Harga minyak Arab pun lebih tinggi – Tun M

Written By aku on Thursday, 2 October 2014 | 11:58 pm


Pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20sen berkuat kuasa hari ini disifatkan wajar bagi mengelak berlakunya ketirisan dan penyelewengan bahan subsidi itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata jika subsidi tidak dikurangkan, bahan bakar itu akan berterusan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan menerusi kegiatan penyeludupan ke luar negara terutamanya di kawasan sempadan.
“Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita.
“Hari-hari orang curi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk “Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital” di Kolej Wadi Sofea di Kota Baharu, Khamis.
Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dan Pengetua Kolej Wadi Sofea Datuk Hassan Harun.

Agihan pendapatan ASB 7.7 sen seunit

Written By aku on Thursday, 19 December 2013 | 7:17 pm


KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad, mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.70 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 8.26 juta pemegang unit yang melanggan 127.2 bilion unit ASB.
Pembayaran agihan pendapatan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit dan buku pelaburan ASB masing-masing boleh dikemas kini di semua pejabat dan ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 Januari 2014. --Hmetro
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger