Home » , » Negara bukan Islam minat pelajari kewangan Islam

Negara bukan Islam minat pelajari kewangan Islam

Written By aku on Thursday 5 November 2015 | 8:23 am


KUALA LUMPUR - Beberapa negara bukan Islam termasuk New Zealand dan Afrika, berminat untuk mempelajari kewangan Islam daripada Malaysia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini merupakan antara pencapaian Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF).

"Ramai yang berminat untuk mengetahui bagaimana kita berjaya dalam membangunkan kewangan Islam di negara ini.

"Mereka mahu belajar daripada pengalaman kita dan ini telah menjadi topik perbualan semasa forum WIEF ke-11," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mustapa berkata Malaysia mempunyai produk perbankan Islam yang diiktiraf dunia, termasuk sektor Takaful.

"Ini kerana Malaysia memiliki pakar di dalam sistem kewangan dan perbankan Islam yang boleh dikongsikan dengan negara lain.

"Ia turut membuka peluang kepada Malaysia untuk mempromosikan pelaburan dan meningkatkan perdaganangan dengan negara luar," tambahnya. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger