Home » » Projek RPMM siap tahun depan

Projek RPMM siap tahun depan

Written By aku on Saturday 28 November 2015 | 1:32 pm


PULAU REDANG - Projek Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) yang dilaksanakan di pulau ini melibatkan kos RM28.5 juta, dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

Adun Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman berkata, projek yang sedang dalam pembinaan itu melibatkan empat blok setinggi lima tingkat dengan keseluruhan 160 unit rumah.

Menurutnya, masalah kediaman antara perkara yang sering dibangkitkan penduduk di sini, terutamanya bagi generasi kedua yang terpaksa berhimpit di rumah ibu bapa.

“Jadi, kita harap projek perumahan terbesar di perkampungan yang terletak di pulau ini secara tidak langsung mampu mengatasi generasi muda yang tidak mempunyai rumah sendiri.

“Ini kerana, kediaman yang mempunyai tiga bilik dan dua bilik air ini sememangnya dinanti penduduk untuk memiliki kediaman yang mampu milik,” katanya.

Kata Bazlan, mengenai harga bulanan yang perlu dibayar pemilik kediaman masih belum ditentukan, bagaimanapun beliau memberi jaminan harga rumah itu tidak akan membebankan penduduk yang rata-ratanya berpendapatan rendah.

“Malah, kita akui projek ini siap agak lambat berbanding tempoh sebenar dan kita faham ia disebabkan kesukaran yang terpaksa dihadapi kontraktor untuk membawa masuk peralatan pembinaan ke kawasan pulau ini.

“Ia bukan sahaja masalah kos yang tinggi, sebaliknya juga turut berhadapan dengan cabaran ombak besar, terutamanya pada musim tengkujuh,” katanya.

Beliau berharap jika projek itu siap nanti ia mampu memberi keselesaan kepada kepada masyarakat di pulau ini tanpa perlu tinggal berhimpit dengan keluarga.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger