Home » » Pas Kini Pembangkang Di Selangor ?

Pas Kini Pembangkang Di Selangor ?

Written By aku on Sunday 29 November 2015 | 3:58 am


Keputusan ini diambil semalam berikutan hasil mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang kekal berkeras untuk menyingkirkan PAS dari mana-mana sidang DUN di Pulau Pinang dan Selangor. Menurut sumber semalam, keputusan ini diambil setelah DAP berkeras mahu menyingkirkan PAS dari mana-mana pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dengan alasan, PAS tidak lagi boleh dipercayai didalam Pakatan berkenaan.

Serentak dengan itu, semua ADUN DAP, PKR dan PAN yang memenangi kerusi dimana-mana DUN di semua negeri akan menjadi pembangkang kecuali Selangor dan Pulau Pinang kerana di dua buah negeri berkenaan, Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan.

Bagi negeri Selangor, semua kedudukan ADUN PAS akan dialihkan ke bahagian pembangkang bermula Isnin ini manakala mana-mana ahli PAS yang dilantik sebagai exco, akan dipecat dan digantikan dengan exco baru. Langkah ini dilihat sebagai satu jalan keluar bagi Azmin bagi mengelakkan Pilihanraya Negeri diadakan lebih awal seperti yang diramalkan oleh ramai pihak.
Andai ada diantara ahli PAS yang tidak bersetuju dengan keputusan ini, mereka tidak mempunyai jalan lain selain daripada meninggalkan PAS dan menyertai mana-mana parti yang menganggotai Pakatan Harapan seperti DAP, PKR, PAN atau PSM. Dalam perkembangan yang sama, Saari Sungip (DUN Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) akan dilantik menjadi exco bagi menggantikan exco PAS selewat-lewatnya Khamis ini.
Andai semua ini berjalan lancar, majlis angkat sumpah exco baru akan dilakukan seawal-awalnya rabu ini dengan Majlis Presiden Pakatan Harapan ingin memastikan dahulu semua ahli PAS di Selangor disingkirkan terlebih dahulu sebelum langkah seterusnya diambil. Sebaik semua langkah ini berjaya diambil, secara rasminya Pakatan Rakyat akan diisytiharkan berkubur.
--sumber
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger