Home » » Peniaga maut kereta terbabas akibat jalan licin

Peniaga maut kereta terbabas akibat jalan licin

Written By aku on Sunday 29 November 2015 | 2:09 pm


BESUT - Seorang peniaga maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Kuala Besut-Seberang Jerteh dekat Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Besut, Deputi Superintendan Kamsani Hasan berkata, kemalangan kira-kira 3 petang itu menyebabkan Mohd Al Bakri Ab Kadir, 27, berasal dari Kampung Tok Saboh, Kuala Besut di sini, cedera parah di kepala serta dada, dan meninggal dunia dua jam selepas menerima rawatan di Hospital Besut.

Ketika itu mangsa memandu bersendirian kereta jenis Nissan AD Resort dari rumahnya menghala ke Bandar Jerteh.

"Mangsa hilang kawalan ketika melalui di satu selekoh di TUDM Gong Kedak menyebabkan keretanya terbabas berikutan jalan licin disebabkan hujan lebat," katanya.

Mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu terpaksa dikeluarkan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Besut sebelum dikejarkan ke Hospital Besut. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger