BERITA TERKINI
Showing posts with label Kemalangan. Show all posts

4:29 pm
YAN - Seorang maut, empat parah dan seorang cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di simpang empat Ulu Sedaka di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar berkata dalam kejadian kira-kira 3 petang tadi, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Nurizzatunhusna Mohd Aminudin Bakri, 24.
“Kemalangan berlaku apabila kereta Proton Pesona dinaiki mangsa datang dari arah Guar Chempedak menghala ke Pulau Bunting dilanggar kereta Honda Stream dari arah Ulu Sedaka yang dipercayai tidak berhenti di persimpangan berkenaan.
“Akibatnya kereta Proton Pesona itu berpusing manakala kereta Honda Stream terbalik sehingga memasuki laluan kereta lain jenis Volkswagen Vento yang datang dari arah selekoh,” katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai tercampak keluar dari tempat duduk penumpang hadapan manakala pemandu dan penumpang kereta Proton Pesona parah.
“Seorang penumpang Honda Stream turut parah dan seorang lagi penumpang cedera ringan. Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk rawatan lanjut.
“Mangsa yang meninggal pula dibawa ke Hospital Yan untuk bedah siasat namun mangsa yang menaiki Volkswagen Vento tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Shahnaz berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Maut tercampak dari tempat duduk depan
Written By aku on Wednesday, 7 November 2018 | 4:29 pm

Labels:
Kemalangan
10:18 am
BESUT – Seorang pekerja kilang papan maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori pasir dalam kemalangan di simpang empat Kampung Gong Medang, dekat sini petang semalam.
Dalam kejadian jam 4.11 petang itu, mangsa, Kamarulzaman Kamarudin, 44, dari Kampung Golok, Semerak, Pasir Putih, Kelantan maut ditempat kejadian akibat cedera parah dibeberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas waktu kerja.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila sampai di tempat mangsa meneruskan perjalanan tanpa berhenti di persimpangan itu dan pada masa sama datang sebuah lori dari arah Gong Kepas telah bahagian rusuk kiri motosikal ditunggang mangsa.
"Mangsa tercampak manakala motosikal berada di bawah lori dan mangsa mmeninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Pekerja kilang papan maut dirempuh lori pasir
Written By aku on Thursday, 24 August 2017 | 10:18 am
BESUT – Seorang pekerja kilang papan maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori pasir dalam kemalangan di simpang empat Kampung Gong Medang, dekat sini petang semalam.
Dalam kejadian jam 4.11 petang itu, mangsa, Kamarulzaman Kamarudin, 44, dari Kampung Golok, Semerak, Pasir Putih, Kelantan maut ditempat kejadian akibat cedera parah dibeberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas waktu kerja.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila sampai di tempat mangsa meneruskan perjalanan tanpa berhenti di persimpangan itu dan pada masa sama datang sebuah lori dari arah Gong Kepas telah bahagian rusuk kiri motosikal ditunggang mangsa.
"Mangsa tercampak manakala motosikal berada di bawah lori dan mangsa mmeninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Labels:
Kemalangan
1:14 am
KUALA BESUT - Seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut selepas bot yang dinaiki bersama 15 pelajar lain terbalik berdekatan muara Kuala Besut, tengah hari tadi.
Mangsa, Nurnasibah Husna Ibrahim, 21, dari Kampung Alor Pasir, Pasir Putih, Kelantan maut selepas terperangkap di dalam bot yang terbalik manakala lebih enam penumpang lain cedera.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, ketika kejadian kira -kira jam 12.15 tengah hari itu, bot pelancong terbabit membawa muatan kumpulan pelajar terbabit dari Pulau Perhentian untuk pulang ke jeti Kuala Besut.
Menurutnya, sebelum kejadian dipercayai bot laju itu mengalami masalah teknikal di bahagian kawalan enjin, menyebabkannya hilang kawalan dan terbalik.
"Kejadian berlaku berhampiran perairan Pulau Rhu kira -kira 5 kilometer sebelum sampai ke jeti Kuala Besut," katanya.
Mohd Zamri berkata, mangsa yang terselamat diselamatkan oleh beberapa bot lain, manakala Nurnasibah Husna dipercayai lemas selepas terperangkap di bawah bot yang terbalik.
Menurutnya, mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat manakala pelajar yang cedera dihantar ke Unit Kecemasan hospital sama.
Difahamkan, kesemua pelajar terlibat dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian selepas selesai menghadiri satu program di situ.
Program tersebut melibatkan pelajar daripada pelbagai universiti awam seluruh negara.
Pelajar UMS maut, enam cedera bot terbalik
Written By aku on Wednesday, 9 August 2017 | 1:14 am

8:02 am
BESUT - Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor lembu dalam kejadian di Kampung Bukit Tanah, dekat Tembila di sini malam tadi.
Dalam kejadian jam kira -kira 9.15 malam itu, Mohammad Azrizal Akashaf Mohd Yusry, 16, anak seorang anggota polis Balai Polis Kampung Raja disahkan meninggal dunia Unit Kecemasan Hospital Besut sementera pembonceng Muhammad Shahrul Nizam Abu Bakar,17, cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika kedua -dua mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagneda 110Z dari arah Tembila ke Kampung Renek.
Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian motosikal ditunggang mangsa melanggar lembu yang berada di tengah jalan menyebabkan kedua mereka terjatuh.
"Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Besut sementara rakannya dirawat sebagai pesakit luar," katanya.
Remaja maut motosikal langgar lembu
Written By aku on Thursday, 6 July 2017 | 8:02 am

9:41 pm
KUALA BESUT - Jari seorang pelancong tempatan putus dua putung selepas bot laju yang dinaikinya bersama empat pelancong lain berlanggar dengan sebuah bot nelayan petang semalam.
Dalam kejadian kira kira jam 4.40 petang itu, bot laju yang membawa muatan lima penumpang itu dalam perjalanan dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut telah berlanggar dengan bot nelayan di muara Kuala Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 4.45 petang.
Menurutnya, punca kemalangan masih dalam siasatan dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan.
Menurutnya, polis turut melakukan saringan awal air kencing terhadap pemandu bot berkenaan tetapi negatif dadah.
Katanya, pemandu bot pelancong turut mengalami kecederaan di kepala dan sakit anggota badan.
Jari terputus gara-gara bot nelayan berlanggar
Written By aku on Friday, 19 May 2017 | 9:41 pm
KUALA BESUT - Jari seorang pelancong tempatan putus dua putung selepas bot laju yang dinaikinya bersama empat pelancong lain berlanggar dengan sebuah bot nelayan petang semalam.
Dalam kejadian kira kira jam 4.40 petang itu, bot laju yang membawa muatan lima penumpang itu dalam perjalanan dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut telah berlanggar dengan bot nelayan di muara Kuala Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 4.45 petang.
Menurutnya, punca kemalangan masih dalam siasatan dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan.
Menurutnya, polis turut melakukan saringan awal air kencing terhadap pemandu bot berkenaan tetapi negatif dadah.
Katanya, pemandu bot pelancong turut mengalami kecederaan di kepala dan sakit anggota badan.
Labels:
Kemalangan,
Semasa
9:31 pm
BESUT - Pengalaman tersangkut hampir empat jam di atas pokok setinggi kira-kira 16 meter langsung tidak melunturkan semangat Sharifah Nadia Wafa Syed Muhammad Thalal Wafa, 29, untuk meneruskan hobinya itu dalam sukan luncur udara (paragliding).
Malah kemalangan yang berlaku dua tahun lalu itu dijadikan pengalaman berharga untuk beliau lebih berhati-hati setiap kali terlibat dalam acara itu.
Menurut gadis dari Kuala Lumpur itu, kejadian tersangkut atas pokok berhampiran Rumah Api, Jugra, Selangor ketika membuat terbangan dengan payung terjun kira-kira jam 6.30 petang berlaku ketika dia baru mula berjinak dengan hobi tersebut.
"Saya diselamatkan dan diturunkan oleh anggota bomba pada 10.19 malam tanpa sebarang kecederaan.
"Apa yang berlaku tak patahkan semangat saya tapi berjaya bentuk saya jadi paraglider yang berani dan lebih profesional," katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Luncur Udara Antarabangsa Terengganu (Tipco) 2007 di Taman Paragliding Kota Putera, Bukit Bubus dekat Tembila, di sini.
Majlis disempurnakan Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Dalam kejohanan tersebut, Sharifah Nadia Wafa dinobatkan sebagai johan keseluruhan kategori wanita dan membawa pulang hadiah wang tunai 300 euro dan pingat sementara peserta Vietnam di tempat kedua diikuti Jepun tempat ketiga.
Katanya, ini penyertaan ketiganya dalam kejohanan antarabangsa bagi acara itu dan pencapaian tersebut amat membanggakannya apabila menunjukkan peningkatan berbanding kejohanan terdahulu.
“Dalam kejohanan peringkat antarabangsa sebelum ini di Jugra saya dapat tempat kedua dan menerusi kejohanan peringkat kebangsaan terdahulu lagi saya mendapat tempat ketiga,” katanya.
Kejohanan yang berlangsung selama lima hari berakhir semalam itu dan julung kali diadakan di negeri ini itu disertai 90 peserta termasuk penyertaan 75 peserta luar negara membabitkan 27 buah negara termasuk Malaysia.
Peserta Indonesia, Rio Indrakusumah muncul juara terbuka keseluruhan Tipco 2017 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai 1,000 euro.
Tempat kedua pula Siwakorn Sornnuwatara dari Thailand memenangi hadiah 700 Euro, ketiga Ariubat Khadkhuu dari Mongolia dengan hadiah sebanyak 300 euro.
Manakala dua peserta dari Malaysia menduduki tempat keempat dan kelima iaitu Nasarudin A.Bakar serta Mohd Nazri Sulaiman.
Bagi kategori kebangsaan pula, tempat pertama dimenangi Nasarudin Abu Bakar, kedua Mohd Nazri Sulaiman manakala tempat ketiga ialah Mohd khairul Kamaruddin.
Empat jam tersangkut atas pokok

2:15 am
Jertih: Dua kanak-kanak perempuan maut selepas jentera pembajak dinaiki mereka terbalik di tebing sungai di Kampung Chegar Malok, di sini, 5.49 petang tadi.
Seorang daripada mangsa, Rabiatul Adawiyah Sayuti, 10, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Besut.
Sepupunya, Nur Ainy Dania Azman, 7, pula maut selepas tersangkut pada jentera pembajak terbabit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih Mustafa Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan kedua-dua mangsa menaiki jentera terbabit yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 60 tahun dan seorang lagi kanak-kanak perempuan iaitu kakak Nur Ainy Dania berusia 10 tahun.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila jentera itu dikatakan tergelongsor ketika mendaki bukit sebelum terbalik di tebing sungai berkenaan.
2 Kanak Kanak Maut Tragedi jentera pembajak terbalik
Written By aku on Tuesday, 4 April 2017 | 2:15 am
Jertih: Dua kanak-kanak perempuan maut selepas jentera pembajak dinaiki mereka terbalik di tebing sungai di Kampung Chegar Malok, di sini, 5.49 petang tadi.
Seorang daripada mangsa, Rabiatul Adawiyah Sayuti, 10, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Besut.
Sepupunya, Nur Ainy Dania Azman, 7, pula maut selepas tersangkut pada jentera pembajak terbabit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih Mustafa Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan kedua-dua mangsa menaiki jentera terbabit yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 60 tahun dan seorang lagi kanak-kanak perempuan iaitu kakak Nur Ainy Dania berusia 10 tahun.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila jentera itu dikatakan tergelongsor ketika mendaki bukit sebelum terbalik di tebing sungai berkenaan.
Labels:
Kemalangan
12:57 pm
KUALA BESUT - Seorang pejalan kaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di jalan Tok Saboh dekat sini malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, mangsa Mae Yae Kono, 77, warganegara Thailand maut di tempat kejadian apabila kecederaan parah di beberapa anggota badan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Kamsani Hassan berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika wanita berkenaan ingin melintas jalan selepas pulang daripada pasar malam yang terletak berdekatan kejadian.
Menurutnya, mangsa berjalan kaki melintas dari kanan ke kiri jalan namun tiba-tiba datang sebuah pacuan empat roda jenis Hilux dari arah Kuala Terengganu menghala ke Gunung, Bachok, Kelantan.
“Pemandu Hilux tersebut seorang lelaki berusia 57 tahun dari Gunung itu tidak sempat mengelak kerana jarak dekat lalu terlanggar mangsa.
Warga emas maut dirempuh kenderaan
Written By aku on Wednesday, 18 January 2017 | 12:57 pm
KUALA BESUT - Seorang pejalan kaki warga emas maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di jalan Tok Saboh dekat sini malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, mangsa Mae Yae Kono, 77, warganegara Thailand maut di tempat kejadian apabila kecederaan parah di beberapa anggota badan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Kamsani Hassan berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika wanita berkenaan ingin melintas jalan selepas pulang daripada pasar malam yang terletak berdekatan kejadian.
Menurutnya, mangsa berjalan kaki melintas dari kanan ke kiri jalan namun tiba-tiba datang sebuah pacuan empat roda jenis Hilux dari arah Kuala Terengganu menghala ke Gunung, Bachok, Kelantan.
“Pemandu Hilux tersebut seorang lelaki berusia 57 tahun dari Gunung itu tidak sempat mengelak kerana jarak dekat lalu terlanggar mangsa.
Labels:
Kemalangan
8:35 am
Setiu Terengganu – Makluman awal kemalangan maut berlaku sebentar tadi melibatkan 2 buah motorsikal dan sebuah kereta sebelum bulatan Saujana Setiu dari arah Permaisuri.
Maklumat orang awam mangsa bergesel sesama sendiri dan kemudian digilis kereta.
Kedua-dua penunggang motorsikal maut ditempat kejadian.
Salah seorang mangsa putus kepala manakala rakannya parah di bahagian kepala.
Menurut sumber, mangsa berasal dari Batu Rakit bersama sekumpulan penunggang motosikal berkonvoi beramai-ramai sebelum kemalangan berlaku.
Kepada penunggang motosikal hati-hati di jalan raya. Alfatihah.
Ngeri! Dua maut termasuk seorang putus kepala nahas di Setiu (6 Gambar)
Written By aku on Monday, 2 May 2016 | 8:35 am
Setiu Terengganu – Makluman awal kemalangan maut berlaku sebentar tadi melibatkan 2 buah motorsikal dan sebuah kereta sebelum bulatan Saujana Setiu dari arah Permaisuri.
Maklumat orang awam mangsa bergesel sesama sendiri dan kemudian digilis kereta.
Kedua-dua penunggang motorsikal maut ditempat kejadian.
Salah seorang mangsa putus kepala manakala rakannya parah di bahagian kepala.
Menurut sumber, mangsa berasal dari Batu Rakit bersama sekumpulan penunggang motosikal berkonvoi beramai-ramai sebelum kemalangan berlaku.
Kepada penunggang motosikal hati-hati di jalan raya. Alfatihah.
Labels:
Kemalangan
7:50 pm
Penuntut kolej swasta maut
Written By aku on Sunday, 1 May 2016 | 7:50 pm
BESUT - Seorang penuntut sebuah kolej swasta di Kota Bharu, Kelantan maut sementara tunangnya parah selepas kereta dinaiki mereka tertembung dengan sebuah lori di Kampung Batang Gergaji dekat Jabi di sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira- kira jam 7 pagi itu, mangsa Yusaini Ashfaq Yusof, 25, dari Kampung Bakong, Pasir Mas, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, penumpang kereta Proton Satria itu yang juga pelajar kolej sama, Wan Farah Farhana Wan Ariffin, 20, dari Lorong Pak Nik Mat, Pasir Mas, Kelantan mengalami kecederaan parah di kepala.
Menurutnya, manakala pemandu lori jenis Isuzu yang membawa muatan ayam itu tidak mengalami kecederaan sementara kelindan mengalami luka -luka kecil.
“Maklumat awal daripada pemandu lori memberitahu kejadian berlaku apabila sampai di tempat kejadian, dia yang dari arah Kota Bharu ke Kuala Terengganu melihat kereta Proton Satria dipandu mangsa dari arah Kuala Terengganu menghala ke arah Kota Bharu hilang kawalan lalu memasuki laluannya (bertentangan).
“Pemandu lori itu telah mengelak ke sebelah kiri bahu jalan tetapi kereta Satria itu masih lagi berada di laluan lori lalu kereta itu melanggar lori tersebut di bahagian depan,” katanya.
Mohd Zamri berkata, pemandu yang tersepit dalam kenderaan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Katanya, semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Besut sementara mayat Yusaini Ashfaq dihantar untuk bedah siasat di hospital yang sama.
Mohd Zamri berkata lagi, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
“Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan berlaku berpunca kerana pemandu Satria itu dalam keadaan mengantuk kerana dikatakan dia bersama tunangnya bertolak pada jam 2 pagi semalam dari Kuantan, Pahang dan dalam perjalanan ke Kota Bharu,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, kes disiasat oleh Inspektor Muhammad Wafi Azrul Suati.
Labels:
Kemalangan
1:57 pm
JERTIH: Cubaan dua lelaki mencuri seekor lembu bukan sahaja gagal kerana kereta mereka terbakar malah lembu terbabit rentung dalam kejadian di Kampung Bukit Kenak, dekat sini, awal pagi tadi. Perbuatan dua pencuri itu disedari polis yang mengekori kereta Nissan Celfiro dinaiki mereka dari arah Kuala Terengganu ke Jertih, kira-kira jam 4 pagi. Menyedari diekori, dua lelaki dalam lingkungan 30an itu cuba melarikan diri bagaimanapun kereta mereka berasap dan terbakar sebaik tiba di kampung berkenaan. Suspek memberhentikan kenderaan dan cuba melarikan diri
meninggalkan lembu curi yang diletakkan di tempat duduk belakang, namun polis berjaya menahan seorang daripada mereka di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meloloskan diri. Kereta Nissan Cefiro dinaiki dua suspek musnah terbakar, manakala lembu curi itu rentung. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan.
Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/134179
Kereta pencuri terbakar, lembu curi rentung
Written By aku on Wednesday, 16 March 2016 | 1:57 pm

Jenayah,
Kemalangan
10:41 am
JERTIH - Bekas pemain sepak takraw Sukma Terengganu maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori balak di Kampung Padang Luas di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, Amir Zaidi, 33, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, sebelum kejadian mangsa dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu telah merempuh bahagian belakang lori dengan muatan balak yang diletak di tepi jalan di tempat kejadian.
Menurutnya, mangsa dipercayai menunggang di bahu jalan ketika itu dan tidak perasan adanya lori treler terbabit lalu melanggarnya.
“Akibat rempuhan kuat itu mangsa yang beralamat di Kampung Gerong, Apal meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya mengenai mangsa yang bekerja sebagai pekerja kontrak dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut.
Khaled berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Menurutnya, keadaan jalan di tempat kejadian lurus dua lorong dua hala dengan batu pembahagi hala lalu lintas sementara suasana gela kerana lampu jalan rosak .
Kata Khaled, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemuda maut rempuh belakang lori balak

12:58 pm
BESUT – Seorang petani terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kenderaan MPV Perodua Kembara di KM 2, Jalan Jerteh-Kampung Raja, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa Mohd Sabri Nawi, 44, dari Kampung Gong Pasir, Besut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, tangan dan kaki.
Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, dalam kejadian itu mangsa sedang menunggang motosikal berseorangan dari arah Jerteh menghala ke Kampung Raja.
"Ketika sampai di kawasan Kampung Nyiur Tujuh mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan MPV Perodua Kembara yang dipandu seorang Penolong Jurutera yang datang dari arah bertentangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu MPV tersebut, seorang wanita berumur 31 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan. -Bernama
Petani maut motosikal bertembung MPV
Written By aku on Sunday, 13 March 2016 | 12:58 pm

1:01 pm
JERTIH - Dua lelaki maut apabila motosikal ditunggangi mereka bertembung dalam kejadian di simpang jalan Kampung Paya, dekat Kampung Baharu, Kuala Besut, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.25 malam itu, kedua-dua mangsa, Abdul Aziz Ismail, 46, menunggang motosikal Honda Future dan Irwan Ismail, 24, menunggang motosikal Honda EX5, maut di tempat kejadian.
Abdul Aziz meninggalkan seorang balu sedang hamil tujuh bulan, sementara Irwan meninggalkan isteri sedang hamil anak sulung berusia dua bulan.
Isteri Abdul Aziz, Maslinda Mohamad, 45, berkata, berita sedih itu diterima daripada mentua yang tinggal di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu ketika dia bersama lapan anak berusia 3 hingga 17 tahun berada di rumah sewa mereka di Rumah Awam Kampung Raja.
Sementara itu, Irwan yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan, baru melangsungkan perkahwinan dengan Siti Sazwani Ruzmin, 24, dari Kampung Gong Manok, Kuala Besut pada Jun tahun lalu.
Siti Sazwani kini hamil dua bulan, namun takdir menentukan Irwan tidak sempat menatap bayinya itu apabila maut dalam perjalanan menjemput isteri pulang bekerja di sebuah pasar raya di Kuala Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila sebuah daripada motosikal terbabit hilang kawalan, lalu masuk ke laluan bertentangan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta hubungi Inspektor Wafi Azrul Suati atau Balai Trafik Daerah Besut," katanya.
Tak sempat tatap wajah anak
Written By aku on Sunday, 21 February 2016 | 1:01 pm

12:00 pm
15 kaki pancing hilang
Langkawi: Lima belas kaki pancing dilaporkan hilang selepas bot karam kira-kira 10 batu nautika di selatan Pulau Payar, di sini, malam tadi.
Jurucakap Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dalam satu kenyataan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 10.41 malam.
Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat mengggunakan dua bot APMM, dua bot Polis Marin dan beberapa bot nelayan sedang dilakukan, pagi ini.
Labels:
Kemalangan
1:19 pm
BESUT - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia setelah terjatuh di sebatang alur Sungai Kuala Besut di Kampung Jerat Cina, Kuala Besut di sini semalam.
Dalam kejadian pada jam 6.15 petang itu, mangsa Muhammad Darwish Loqman Zaidi yang dipercayai terjatuh ketika sedang bermain berseorangan di lokasi kejadian yang terletak di tepi rumahnya.
Ketua Polis Besut, Superintendan Khaled Che Lah memberitahu pemberita bahawa mangsa telah ditemui tidak sedarkan diri di dalam alur berkenaan oleh anggota keluarganya setelah menyedari kehilangannya.
Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri telah dihantar oleh ibunya Zainura Hamzah, 40 ke Klinik Kesihatan Kuala Besut untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya.
Khaled berkata ketika kejadian bapa mangsa Zaidi Hashim, 42 tiada di rumah kerana berurusan di Tok Bali, Pasir Putih, Kelantan.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat kira-kira jam 10.00 malam tadi sebelum dituntut oleh anggota keluarga untuk dikebumikan pagi ini. - Bernama
Kanak-kanak dua tahun lemas di alur sungai
Written By aku on Friday, 19 February 2016 | 1:19 pm

3:59 pm
Jertih: Rumah mudir pondok musnah dalam kebakaran di Kampung Tok Dor, di sini, kira-kira 6 pagi ini.
Harun Hussin, 70, yang juga Pengerusi Rumah Warga Tua Nurul Saadah mengalami kerugian kira-kira RM80,000.
Balai Bomba dan Penyelamat Jertih bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada 6.15 pagi.
Jurucakap bomba berkata, setibanya di lokasi mereka mendapati kira-kira 90 peratus rumah berkenaan sudah hangus.
"Bagaimanapun, penghuni rumah berkenaan selamat dan punca kejadian masih disiasat," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112948#sthash.fAYHTDL2.dpuf
Mudir hilang tempat berteduh
Written By aku on Saturday, 6 February 2016 | 3:59 pm
Jertih: Rumah mudir pondok musnah dalam kebakaran di Kampung Tok Dor, di sini, kira-kira 6 pagi ini.
Harun Hussin, 70, yang juga Pengerusi Rumah Warga Tua Nurul Saadah mengalami kerugian kira-kira RM80,000.
Balai Bomba dan Penyelamat Jertih bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada 6.15 pagi.
Jurucakap bomba berkata, setibanya di lokasi mereka mendapati kira-kira 90 peratus rumah berkenaan sudah hangus.
"Bagaimanapun, penghuni rumah berkenaan selamat dan punca kejadian masih disiasat," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112948#sthash.fAYHTDL2.dpuf
Labels:
Kemalangan
3:08 pm
Jertih: Dua maut, seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan treler di Kampung Tok Dor, di sini, 4.15 pagi tadi.
Mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Muhammad Faizal Mohd Rani, 21, dan sepupunya, Muhamad Danish Iskandar,7.
Muhamad Amirul Dania Iskandar,10, yang juga abang kepada Muhamad Danish cedera.
Difahamkan, mereka yang menaiki kereta Perodua Myvi itu dalam perjalanan dari Johor ke Pasir Mas, Kelantan.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jertih terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat Muhamad Faizal yang tersepit di bahagian pemandu.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah mengesahkan kejadian itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112669#sthash.PlAyzqlD.dpuf
Dua maut, kereta bertembung treler
Written By aku on Friday, 5 February 2016 | 3:08 pm
Jertih: Dua maut, seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan treler di Kampung Tok Dor, di sini, 4.15 pagi tadi.
Mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Muhammad Faizal Mohd Rani, 21, dan sepupunya, Muhamad Danish Iskandar,7.
Muhamad Amirul Dania Iskandar,10, yang juga abang kepada Muhamad Danish cedera.
Difahamkan, mereka yang menaiki kereta Perodua Myvi itu dalam perjalanan dari Johor ke Pasir Mas, Kelantan.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jertih terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat Muhamad Faizal yang tersepit di bahagian pemandu.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah mengesahkan kejadian itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112669#sthash.PlAyzqlD.dpuf
Labels:
Kemalangan
5:16 pm
Jertih: Dua rumah dan dua kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Akar, di sini, pagi ini.
Walaupun kejadian berlaku ketika hujan tetapi kesemua premis berkenaan termasuk kedai kanopi dan butik pengantin gagal diselamatkan.
Pegawai Bomba Dan Penyelamat Balai Bomba Jertih, Mustafa Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan. pada 6.37 pagi.
Menurutnya, 10 anggota bersama dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jertih serta Kampung Raja ke tempat kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM610,000.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112141#sthash.EPaCnMaL.dpuf
Butik pengantin musnah
Written By aku on Wednesday, 3 February 2016 | 5:16 pm
Jertih: Dua rumah dan dua kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Akar, di sini, pagi ini.
Walaupun kejadian berlaku ketika hujan tetapi kesemua premis berkenaan termasuk kedai kanopi dan butik pengantin gagal diselamatkan.
Pegawai Bomba Dan Penyelamat Balai Bomba Jertih, Mustafa Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan. pada 6.37 pagi.
Menurutnya, 10 anggota bersama dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jertih serta Kampung Raja ke tempat kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM610,000.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112141#sthash.EPaCnMaL.dpuf
Labels:
Kemalangan,
Semasa
11:28 am
KAMPUNG RAJA – Seorang pembonceng motosikal maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di persimpangan empat Kampung Gelam Mas dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 12 tengah hari itu, Muhammad Alif Adam Rozimi, 21, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, mangsa yang merupakan anak kepada anggota polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu membonceng motosikal yang ditunggang rakannya Muhammad Faiq Mazlan, 21.
Menurutnya, bagaimanapun rakan mangsa tidak cedera dalam kemalangan membabitkan motosikal jenis Yamaha LC yang dinaiki mangsa, sebuah kenderaan pacuan roda jenis Toyota Hilux dan sebuah sebuah lori ais.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila Hilux dari arah Kampung Keluang ke Kampung Raja hendak masuk ke kanan jalan untuk ke arah Demong.
“Dikatakan kenderaan tersebut berhenti di simpang tersebut untuk masuk dan tiba-tiba motosikal dinaiki mangsa yang datang dari arah Kampung Raja ke arah Keluang telah merempuh hadapan Hilux tersebut,” katanya.
Khaled berkata, pelanggaran itu menyebabkan pembonceng motosikal melambung dan terkena pada rim sebelah kanan sebuah lori membawa muatan ais dari arah Demong yang sedang berhenti untuk ke arah Kampung Keluang.
Menurutnya, akibat kejadian itu mangsa beralamat di Kampung Lapan Kejor, Pasir Akar, Hulu Besut, cedera parah di kepala dan meninggal di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat sementara rakannya yang tinggal di Taman D’Fakir Kampung Gelam Mas, tidak cedera.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sinar Harian difahamkan lokasi kejadian sering berlaku kemalangan termasuk kemalangan maut dan banyak pihak meminta pihak berkuasa ambil langkah bina bulatan di situ untuk elak kejadian sama berulang.
Pembonceng motosikal maut
Written By aku on Tuesday, 2 February 2016 | 11:28 am