Home » » Kanak-kanak dua tahun lemas di alur sungai

Kanak-kanak dua tahun lemas di alur sungai

Written By aku on Friday 19 February 2016 | 1:19 pm


BESUT - Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia setelah terjatuh di sebatang alur Sungai Kuala Besut di Kampung Jerat Cina, Kuala Besut di sini semalam.

Dalam kejadian pada jam 6.15 petang itu, mangsa Muhammad Darwish Loqman Zaidi yang dipercayai terjatuh ketika sedang bermain berseorangan di lokasi kejadian yang terletak di tepi rumahnya.

Ketua Polis Besut, Superintendan Khaled Che Lah memberitahu pemberita bahawa mangsa telah ditemui tidak sedarkan diri di dalam alur berkenaan oleh anggota keluarganya setelah menyedari kehilangannya.

Katanya, mangsa yang tidak sedarkan diri telah dihantar oleh ibunya Zainura Hamzah, 40 ke Klinik Kesihatan Kuala Besut untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya.

Khaled berkata ketika kejadian bapa mangsa Zaidi Hashim, 42 tiada di rumah kerana berurusan di Tok Bali, Pasir Putih, Kelantan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat kira-kira jam 10.00 malam tadi sebelum dituntut oleh anggota keluarga untuk dikebumikan pagi ini. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger