Home » » 2 Kanak Kanak Maut Tragedi jentera pembajak terbalik

2 Kanak Kanak Maut Tragedi jentera pembajak terbalik

Written By aku on Tuesday 4 April 2017 | 2:15 am


Jertih: Dua kanak-kanak perempuan maut selepas jentera pembajak dinaiki mereka terbalik di tebing sungai di Kampung Chegar Malok, di sini, 5.49 petang tadi.

Seorang daripada mangsa, Rabiatul Adawiyah Sayuti, 10, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Besut.

Sepupunya, Nur Ainy Dania Azman, 7, pula maut selepas tersangkut pada jentera pembajak terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih Mustafa Ismail berkata, pihaknya dimaklumkan kedua-dua mangsa menaiki jentera terbabit yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 60 tahun dan seorang lagi kanak-kanak perempuan iaitu kakak Nur Ainy Dania berusia 10 tahun.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila jentera itu dikatakan tergelongsor ketika mendaki bukit sebelum terbalik di tebing sungai berkenaan.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger