Jari terputus gara-gara bot nelayan berlanggar
Written By aku on Friday, 19 May 2017 | 9:41 pm
KUALA BESUT - Jari seorang pelancong tempatan putus dua putung selepas bot laju yang dinaikinya bersama empat pelancong lain berlanggar dengan sebuah bot nelayan petang semalam.
Dalam kejadian kira kira jam 4.40 petang itu, bot laju yang membawa muatan lima penumpang itu dalam perjalanan dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut telah berlanggar dengan bot nelayan di muara Kuala Besut.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 4.45 petang.
Menurutnya, punca kemalangan masih dalam siasatan dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan.
Menurutnya, polis turut melakukan saringan awal air kencing terhadap pemandu bot berkenaan tetapi negatif dadah.
Katanya, pemandu bot pelancong turut mengalami kecederaan di kepala dan sakit anggota badan.
Labels:
Kemalangan,
Semasa