Kanak-kanak mangsa pertama denggi tahun ini
Written By aku on Sunday, 21 May 2017 | 12:45 pm
BESUT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 1O tahun menjadi mangsa pertama pada tahun ini yang meninggal akibat demam denggi di Terengganu.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohammad Omar berkata, mangsa dari Kampung Sentosa, dekat Kampung Raja di sini, meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, jam 8.02 pagi Khamis.
Menurutnya, mangsa mengalami gejala demam, batuk, selsema dan hilang selesa makan pada 14 Mei lepas.
"Pada hari keempat demam, mangsa mendapatkan rawatan di Klinik Kampung Raja sebelum dirujuk ke Hospital Besut namun dihantar ke HSNZ kerana keadaan tidak stabil," katanya.
Labels:
Semasa